Kunjungan Hormat ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Disiarkan pada 16 Dec 2024
Sumber Berita: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Facebook
16/12/2024 - Pengarah SCSDU dan 2 pegawai SCSDU bersama YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada hari ini.
Perjumpaan tersebut antara lainnya membincangkan mengenai cadangan integrasi Aplikasi MyDigital ID dan Sarawak ID untuk memudahkan rakyat Sarawak mengakses aplikasi digital kerajaan dan swasta dengan lebih mudah, selamat dan efisien.
Petikan Facebook MOSTI: https://www.facebook.com/share/p/SgWkAKmLP15b92M2/
