picture
 

Webinar Integriti Keluarga 2021


Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) bekerjasama dengan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak (KWKPK) serta Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) telah menganjurkan Webinar Integriti Keluaga 2021 pada 12 Oktober 2021. 

Objektif webinar adalah untuk memupuk, membudaya dan memperkasa nilai integriti dalam institusi keluarga; mewujudkan keluarga yang sejahtera dan bahagia berlandaskan integriti; dan melibatkan institusi keluarga dalam pemantapan integriti masyarakat. 

Seramai 652 orang penjawat awam pelbagai gred dan ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO) telah mengikuti webinar ini. 

Antara pengisian program ialah: 

i. Ucaptama yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Felo Utama, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia; 

ii. Forum “Peranan Institusi Keluarga dalam Pengukuhan Integriti”; dan 

iii. Ceramah “Digital Parenting: Teknik, Taktik dan Trik yang Berintegriti”. 

Webinar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman). Manakala, majlis penangguhan disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rosey binti Haji Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, mewakili Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak.