Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Dato' Sri Huang Terus Santuni Masyrakat Rumah Panjang

MERADONG: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii meneruskan lawatan di Meradong dengan mengunjungi 31 lagi rumah rumah panjang.   Lawatan pada Khamis itu tertumpu di kawasan Sg Mador, Sg Tulai, Sg Kelupu, Sg Kawi, Sg Kijang, Sg Pidi dan Sg Meradong   Sambil menyantuni masyarakat rumah panjang, lawatan itu juga digunakan oleh Dato' Sri Huang untuk mendengar sentimen orang awam, cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan rumah panjang.   Beliau turut memperuntukkan dana kepada pelbagai jawatankuasa rumah panjang untuk pembangunan rumah panjang mengikut keperluan penduduk rumah panjang seperti menaiktaraf jalan raya dan menyelesaikan isu-isu sara hidup penduduk.   Dalam kata-kata ringkasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu turut berterima kasih kepada pengundi atas sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 hingga memberinya peluang untuk menyuarakan suara rakyat di Parlimen.   Beliau turut menyeru penduduk rumah panjang memberi sokongan penuh kepada Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.   Senarai rumah panjang yang dilawati beliau adalah RH Lidik Baling, RH Untin Muyang, RH Peter Ugah, RH Mening Ganai, RH Kam Gaing, RH Ngumbang Mansor, RH Linya Giling, RH Bajik Geruna, RH Sap Ngabong, RH Bandar Wat, RH Sandom Agan, RH Edmund Labang Jawa, RH Junis Juli, RH Dangat Ansi, RH Temaga Lum dan RH Anthony Muling.   Selain itu, turut dilawatinya RH Nealy Baja, RH Sukin Gatal, RH Madau Ringgit, RH Nenci Uloh, RH Corrinne Have, RH Ujan Kadir @ Kader, RH Jimbai Lumpoh, RH Joshua Suring, RH Siang Amat, RH Sedadu Sandom, RH Anggok Bali, RH Rebi Kalasau, RH Rami Sandai, RH Jerukan Nani dan RH George Suli. – EDISI UKAS  

View

news

Dendangan Puisi Tradisional Ketengahkan Keunikan Bandar Raya Miri

MIRI: Penganjuran Dendangan Puisi Tradisional Antarabangsa 2024 yang berlangsung pada Jumaat malam di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak Miri telah disambut meriah serta dihadiri oleh masyarakat sekitar.  Program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Majlis Bandaraya Miri dan Pejabat Residen Miri diadakan untuk mengetengahkan keunikan etnik-etnik melalui persembahan oleh penggiat seni dan sastera melalui kegiatan kesenian yang dipersembahkan menggunakan bahasa Ibunda masing-masing.  Antara persatuan etnik yang terlibat dari Tering, Melayu Sarawak, Saban, Bisaya dan Jati Miriek. Dendangan Puisi Tradisional Antarabangsa yang julung kali diadakan ini juga disertai oleh Negara Brunei dan Indonesia melalui persembahan oleh Kumpulan Putra Seni, Brunei dan Kumpulan Seniman Kayong Utara, Kalimantan Indonesia.  Kehadiran peserta dari luar negara pada kali ini turut dilihat sebagai medium untuk memperkasakan industri pelancongan sastera dan menyebarluaskan keunikan budaya negara serantau. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai berkata, pemilihan Bandaraya Miri sebagai lokasi penganjuran dibuat kerana keunikan bahagian ini yang mempunyai lebih 30 etnik.  Beliau turut menyifatkan penganjuran program seperti ini diharap dapat menjadi tarikan kepada generasi baharu yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kebudayaan serta penggunaan bahasa Ibunda yang digunakan oleh sesebuah masyarakat pada masa lampau.  Selain itu, beliau berharap penganjuran program seperti  ini dapat diadakan secara tahunan bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Sarawak. Hadir sama dalam majlis tersebut Lilian Baun Pulo, Ketua Bahagian Pustaka Miri Wilayah Sarawak, Encik Zainal Abidin Suhaili, Sasterawan Negeri Sarawak, Kaunselor John Terawih, Ahli Majlis Bandaraya Miri dan wakil pejabat Residen Miri. -EDISI UKAS

View

news

Raptai Penuh SMeC 2024 Berjalan Lancar

KUCHING: Raptai penuh bagi Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 di Hotel Riverside Majestic di sini berjalan lancar pada Sabtu.    Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee serta Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon telah hadir meninjau persiapan raptai tersebut.   SMeC 2024 bakal berlangsung pada 26 hingga 27 Mei ini dengan sebanyak 11 topik selaras dengan tema persidangan iaitu ‘Evolusi Media dalam Era Digital’.    Tujuh penceramah akan menyampaikan topik tersebut pada persidangan dua hari itu yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 26 Mei ini.   Manakala, majlis penutupan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) Datuk Abdullah Saidol yang juga Pengerusi Jawatankuasa SMeC 2024 pada 27 Mei.    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) Ali Suhaili. -EDISI UKAS

View

news

Curtain Raises For HAWANA 2024, UKAS Exhibition Booths The Centre Of Attention

KUCHING: The National Journalists’ Day (HAWANA) 2024 celebration, themed ‘Etika Teras Kewartawanan Mampan’, has officially kicked off on Saturday.   In particular, the HAWANA 2024 Exhibition takes centre stage at the Main Atrium of Plaza Merdeka here, providing 20 exhibition booths involving 17 agencies that showcase their services, besides offering visitors the opportunity to obtain information and participate in various activities.   Visitors to the HAWANA 2024 Exhibition also have the chance to see classic equipment used in the journalism field back then including cameras, radios, recording devices, and video cameras, as well as immersing themselves in the history of media establishment in Sarawak.   A survey by the Sarawak Public Communication Unit (UKAS) reporters on site found that most visitors enjoyed viewing the various informative exhibitions and were especially excited to experience being a newsreader at the UKAS booths.   A visitor, Nur Nazzieratul said, she had obtained various interesting information about the field of journalism, adding that her visit to the HAWANA 2024 Exhibition provided a valuable experience as it was held for the first time in Kuching.   Another visitor, Nurul Syafika shared that this was her first experience reading the news and expressed interest in becoming a newsreader if given the opportunity.   Moreover, the UKAS booth saw an overwhelming response, with over 100 visitors by noon.   Later at 3 p.m. today, the HAWANA 2024 Exhibition will be officiated by the Minister of Communications, Fahmi Fadzil.   Meanwhile, the HAWANA 2024 celebration, which will continue until Monday, began with the ‘Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa’ at the Sarawak State Library involving 200 students from Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, and Swinburne University of Technology Sarawak.   HAWANA 2024 is attended by approximately 1,000 media practitioners from over 11 countries, namely Cambodia, Indonesia, Japan, Kuwait, Brunei Darussalam, the Philippines, Timor-Leste, Vietnam, China, South Korea, and Qatar. -UKASnews  

View

news

Sarawak Explores Potential Of AI Technology

KUCHING: The Sarawak government is committed to exploring the extraordinary potential of artificial intelligence (AI) technology to unlock the full potential of connectivity, leading to increased efficiency, productivity, and innovation in the state. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, said the state government will continue its efforts in implementing digital strategies and solutions, as well as providing ethical and transparent government services to improve the quality of life for every Sarawakian. “The Sarawak government reaffirms its commitment to advancing the vision of Sarawak to become an economic digital powerhouse for the nation and the region. "We are ambitious and proactive about Sarawak's digital future, and I am optimistic that we will achieve our objectives with Sarawak becoming a thriving society driven by innovation and technology," he said in his speech at the signing ceremony of the SMART600 Multi-Operator Core Network Agreement between Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) and CelcomDigi, Maxis, U Mobile, and YTL here on Friday. His speech was read by Sarawak Minister for Utility and Telecommunication, Dato Sri Julaihi Narawi. The Premier of Sarawak also invited industry players to attend the International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2024, which will be held from October 17 to 18 at the Borneo Convention Centre Kuching. Entering its seventh year, with the theme 'AI for Sustainable Development: Navigating the Green and Circular Future', the conference is expected to gather over 1,500 global leaders, innovators, and stakeholders to discuss key topics such as green technology and innovation, collaborative partnerships, circular supply chains, and other related subjects. Minister of Communications, Fahmi Fadzil, was also present at the event.-UKASnews

View

news

Full Rehearsal For SMeC 2024 Runs Smoothly

KUCHING: The full rehearsal for the Sarawak Media Conference (SMeC) 2024 at the Riverside Majestic Hotel here went smoothly on Saturday. Sarawak Deputy State Secretary (Operations), Datu Hii Chang Kee, and the Director of the Sarawak Public Communication Unit (UKAS), Samuel Simon, were present to observe the rehearsal preparations. SMeC 2024 is set to take place from May 26 to 27, featuring 11 topics in line with the conference theme, 'The Evolution of Media in the Digital Era'. Seven speakers will deliver these topics during the two-day conference, which will be officiated by the Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, on May 26. The closing ceremony will be officiated by the Sarawak Deputy Minister in the Premier's Department (Corporate Affairs, Information, and UKAS), Datuk Abdullah Saidol, who is also the Chairman of the SMeC 2024 Committee, on May 27. Also in attendance was the Chief Executive Officer of Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM), Ali Suhaili. -UKASnews

View

news

HAWANA 2024 Buka Tirai, Reruai Pameran UKAS Jadi Tumpuan

KUCHING: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang bertemakan “Etika Teras Kewartawanan Mapan" telah membuka tirainya pada Sabtu. Apa yang menariknya, Pameran HAWANA 2024 di Atrium Utama, Plaza Merdeka menyediakan 20 reruai pameran melibatkan 17 agensi berhubung perkhidmatan mereka selain memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat serta menyertai aktiviti disediakan. Pengunjung Pameran HAWANA 2024 juga berpeluang melihat sendiri peralatan klasik seperti kamera, radio, alat rakaman, kamera video selain sejarah penubuhan media di Sarawak. Menerusi tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di lokasi berkenaan, rata-rata pengunjung seronok melihat pelbagai pameran yang penuh informasi serta teruja untuk merasai pengalaman sebagai pembaca berita di ruang pameran UKAS. Nur Nazzieratul, salah seorang pengunjung berkata, beliau telah mendapat banyak informasi menarik mengenai bidang kewartawanan. Katanya, kedatangan beliau ke pameran HAWANA 2024 memberikan pengalaman yang berharga kerana ianya diadakan buat pertama kalinya di Kuching Sarawak. Nurul Syafika pula memberitahu, ini merupakan pengalaman pertama beliau membaca berita dan berminat untuk menjadi salah seorang pembaca berita jika diberikan peluang. Selain itu, pengunjung di ruang pameran UKAS turut memberikan sambutan menggalakkan dengan kedatangan lebih 100 orang pengunjung setakat jam 12 tengah hari. Sementara itu, sambutan yang diadakan hingga Isnin ini dimulakan dengan Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak yang melibatkan 200 pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dan Swinburne University of Technology Sarawak. Program julung kali diadakan semasa sambutan HAWANA itu bakal dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada jam 3 petang ini. HAWANA 2024 disertai kira-kira 1,000 pengamal media dari lebih 11 negara iaitu Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan dan Qatar.-EDISI UKAS

View

news

Kementerian Komunikasi Bakal Lancarkan 'Chatbot', Sahihkan Berita Tular

KUCHING: Kementerian Komunikasi akan melancarkan satu 'chatbot' dalam aplikasi WhatsApp bagi menentukan kesahihan berita yang tular di media sosial. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, 'chatbot' yang kini dalam fasa akhir tersebut akan dilancarkan dalam masa terdekat namun masih tidak mempunyai nama. "Satu aplikasi dalam WhatsApp iaitu 'chatbot' untuk membantu membuat pengesahan tentang topik atau sebaran. "Sekarang 'chatbot' itu masih lagi berbentuk teks tetapi saya telah meminta agar gambar dan video boleh dihantar juga bagi mengesahkan berita menggunakan kecerdasan buatan (AI). "Ini membolehkan pengesahan sama ada video atau berita tersebut adalah sudah lama atau yang telah diambil tindakan," katanya demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak pada Sabtu. Tambahnya, aplikasi WhatsApp dipilih memandangkan berita tular yang tidak sahih sering berkait dengan aplikasi tersebut bagi membanteras berita palsu. Selain itu, jurucakap Kerajaan Persekutuan itu menambah, aplikasi tersebut yang terkini mempunyai dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris namun akan ditambah dia lagi bahasa iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil. Fahmi berharap rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dalam menyebarkan berita mahupun video atau gambar yang tidak sahih di samping menunggu pelancaran 'chatbot' ini kelak. Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj. -EDISI UKAS

View

news

Sambutan Perayaan Serlah Nilai Perpaduan Masyarakat

BELAGA: Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat di Belaga yang sinonim dengan pelbagai budaya, bangsa, dan kaum semakin terserlah setiap kali sambutan perayaan utama di negeri ini. Ahli Dewan Negara Senator Michael Mujah Lihan berkata walaupun sambutan Hari Raya Aildilfitri di Belaga disambut dalam suasana yang sederhana, namun yang lebih penting ialah ia dapat mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara masyarakat berbilang kaum di daerah itu. Justeru, beliau berharap supaya majlis seperti ini akan terus memekarkan semangat kerja berpasukan dan nilai perpaduan dalam kalangan organisasi dan masyarakat di situ. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Bulan Syawal dan Ramah Tamah Hari Raya Aildilfitri Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Masyarakat Belaga pada Rabu. Katanya, majlis seperti mempunyai makna yang sangat besar kepada semua masyarakat di mana ia menjadi jambatan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan peluang untuk beramah mesra Dalam hal ini, beliau merasa bangga kerana majlis ini telah dijayakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa Belaga, JKKK Kampung Hijrah Jaya, Kampung Melayu Belaga dengan kerjasama dari Pejabat Daerah Belaga. Sebanyak 12 reruai disediakan yang menghidangkan pelbagai juadah dan hilangan berkonsepkan perayaan Hari Raya yang melibatkan persatuan, kelab dan JKKK kampung. Pelbagai persembahan dipersembahkan sepanjang majlis berlangsung antaranya persembahan silat, deklamasi sajak, nyanyian dan koir oleh kumpulan belia dan kanak-kanak dari Kampung Hijrah Jaya dan Kampung Melayu Belaga serta persembahan bergendang oleh Kumpulan Bergendang Kampung Melayu Belaga. - EDISI UKAS

View

news

72 Rumah Panjang Di Sarikei Terima Bantuan Projek Pintu Hari Gawai

SARIKEI: Sebanyak 72 rumah panjang melibatkan 1,153 pintu di sekitar Sarikei merangkumi Zon A, C dan D telah menerima bantuan Projek Pintu sempena Hari Gawai pada Rabu.   Bantuan ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan kehidupan penduduk rumah panjang di kawasan Repok lebih-lebih lagi sebagai persiapan menyambut Hari Gawai yang akan datang.   Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii kepada Tuai Rumah masing-masing pada Rabu.   Menurut Kapitan Ling, Dato' Sri Huang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kerana telah membawa banyak perubahan positif, memberikan bantuan dan perhatian dalam pelbagai bentuk seperti projek pembangunan infrastruktur, bekalan asas dan sokongan sosial.   Selain itu, beliau akan memastikan kualiti hidup rakyat di kawasan pedalaman seperti desa dan kampung tidak terpinggir.    Hadir sama Penyelaras Zon A Tuai Rumah Anthony Suding, Penyelaras Zon B1 Tuai Rumah Keli Angai, Penyelaras Zon C Tuai Rumah Clement, Penyelaras Zon D Tuai Rumah Pitre Ambit dan Penyelaras Zon D Kaunselor Ling Chai Yun. - EDISI UKAS  

View
FirstPrevious851852853854855856857858859860NextLast