Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Pengurusan JKKK Perlu Sistematik |
KUCHING: Pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) yang teratur dan sistematik penting dalam usaha membawa pembangunan yang rancak ke kawasan kampung masing-masing. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman berkata, sesebuah JKKK harus mempunyai data yang lengkap bagi merancang segala pembangunan di peringkat kampung. "Justeru, JKKK perlu menyediakan profil kampung untuk tujuan rujukan pelbagai agensi kerajaan terutamanya Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian semasa Program Taklimat Pengurusan Ahli JKKK Kampung Kawasan Semeba anjuran Pejabat Daerah Kecil Padawan di sini pada Ahad. Sebanyak lapan kampung di Zon Semeba terlibat dalam sesi taklimat pengurusan JKK Kampung yang merupakan pertama kali melibatkan kesemua JKKK. Fazzruddin menambah, usaha Pejabat Daerah Kecil Padawan dalam melaksanakan program taklimat pengurusan kampung itu harus disokong bagi memastikan semua ahli JKKK memahami peranan masing-masing. Katanya, pelbagai inisiatif dan pendekatan dibawa oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam usaha meramcakkan pembangunan di seluruh Sarawak. "Ini termasuk mencari jalan dan cara untuk menambahkan pendapatan Sarawak seterusnya membangunkan negeri ini secara keseluruhan," katanya. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuching mewakili Residen Bahagian Kuching, Solfi Jebal, Pegawai Tadbir merangkap Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Sapong, Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching, Atok Dirop, Pemanca Kawasan Padawan, Raymond Jihap serta barisan KMKK di Daerah Kecil Padawan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
媒体从业者是政府间沟通桥梁 |
古晋:砂拉越媒体从业者作为砂政府与人民之间信息和沟通纽带,所做出的贡献获得赞赏和认可。 砂总理署副部长(企业事务、资讯及公关组)拿督阿都拉赛顿表示,媒体在传达政府促进砂拉越发展和福祉的所有举措和政策方面,发挥着重要作用。 他指出,这对于培养社会积极的意识和理解,从而更加开放地接受砂政府引入的一体化和经济发展的价值观非常有帮助。 “人民尤其是乡区居民欲了解政府的议程越,因为他们不熟悉氢能、新能源和其他相关事务的信息。” 因此,他希望,双方能够举行几次简报会,让记者了解政府的举措和所落实的措施。 “同时,我们也需要媒体了解乡区人民的投诉并向我们汇报,以便政府的每一项行动都符合人民的意愿。” 他星期日出席砂公关单位(UKAS)与媒体及公关官员开斋节活动及致词时,如是表示。 其他出席嘉宾包括砂副州务秘书(行政)拿督许赞麒、砂公关单位总监山姆西门及砂拉越电视台(TVS)首席执行员古赛利阿邦。 拿督阿都拉提到,将拨款给砂公关单位员工福利俱乐部,作为活动基金,以提高媒体作为社区信息和沟通纽带的质量和影响力。 “距离在5月25日至27日举办的2024年全国记者日(HAWANA)还有数星期,也许我们可以举办保龄球比赛和五人制足球友谊赛,或有任何建议。” 他指出,虽然活动场地在古晋,但若有更多拨款,可在其他地区如诗巫或美里举办,与砂全体媒体从业员一同欢庆。 这项由通讯部及砂政府通过砂公关单位合作举办的2024年全国记者节主题为“可持续新闻业的核心道德”,这也是首次在砂拉越举办的最大规模媒体从业者聚会。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Pendidikan Perlu Diberi Perhatian Masyarakat Luar Bandar |
BINTULU: Bidang pendidikan merupakan fokus utama yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat luar bandar. Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berkata, ini kerana bidang pendidikan mampu mengubah nasib keluarga pada masa depan. "Agenda utama saya menjadi wakil rakyat adalah untuk memastikan anak-anak di kawasan Parlimen Selangau mendapat pendidikan yang terbaik dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. "Melalui pendidikan, suatu hari nanti mereka ini akan mampu mengubah nasib keluarga. "Oleh demikian, anak anak dari kawasan Parlimen Selangau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diberi bantuan secara sekaligus sebanyak RM1200," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Taklimat Isu-isu Semasa di Rumah Maong Anggat di sini baru-baru ini. Edwin menambah, selain pendidikan, pembangunan ekonomi juga menjadi fokus utama beliau. "Tanaman kelapa sawit dan kopi dilihat dapat mempertingkatkan pendapatan keluarga kerana tanaman ini mendatangkan hasil yang baik dan lebih senang diuruskan," tambahnya. Dalam program sama, Edwin turut menyampaikan cek kepada lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang bagi kawasan Selangau.. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Jualan Rahmah Bergerak Bantu Ringankan Beban Rakyat |
SIBURAN: Program Jualan Rahmah Bergerak yang dilaksanakan merupakan salah satu usaha dalam membantu meringankan beban rakyat susulan kenaikan kadar harga barangan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, rakyat perlu mengambil peluang ini terutamanya masyarakat luar bandar yang ketika ini terbeban dengan kos sara hidup. Menurutnya, program yang dilaksanakan di Kampung Patung juga memberi peluang kepada penduduk setempat menjual barangan seperti bahan basah, produk makanan dan kraftangan. “Ini dapat menambah sumber ekonomi penduduk yang rajin membuat kerja seperti bercucuk tanam dan berdagang di kampung. Namun saya harap lebih lagi dari itu dengan menjual hasil bukan sahaja di kampung tapi jual juga di bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Program Jualan Rahmah Bergerak di sini pada Ahad. Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNK) kerana telah membuat itu sebanyak enam kali di kawasan Tarat. Hadir sama, Pengarah KPDNK Sarawak Matthew Dominic Barin, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek dan Pegawai Tadbir di Pejabat Residen Serian, Esther Najoh.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Satok Santuni Mangsa Kebakaran Di Jalan Patinggi Ali |
KUCHING: Simpati dengan nasib tiga keluarga yang kehilangan kediaman mereka akibat kebakaran di Jalan Patinggi Ali pada awal pagi Ahad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki telah meluangkan masa menyantuni keluarga mangsa tersebut. Dalam lawatan itu, Dato Ibrahim telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada tiga keluarga yang terkesan akibat insiden tersebut. Menjawab pertanyaan media, beliau memberitahu, mangsa yang terjejas ditempatkan di rumah flat buat sementara waktu. Katanya, usaha ini bagi menunggu keputusan perbincangan dengan mangsa sama ada untuk membina rumah baharu atau membaik pulih rumah yang terkesan dengan kebakaran itu.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kerjasama Penting Dalam Penganjuran Program |
SIMUNJAN: Semangat kerjasama amat penting dalam menjayakan penganjuran sesebuah program. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, ia mampu mengukuhkan semangat berpasukan serta mengeratkan silaturahim bagi melaksanakan matlamat seterusnya memberi kesan yang positif kepada komuniti. "Tahniah dan syabas kepada ketiga-tiga perkumpulan yang sanggup bekerjasama untuk mengadakan majlis seperti ini. "Inilah yang paling bagus yang dapat saya lihat sebuah kampung seperti di Sageng Hilir ini yang mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Pengurusan Surau serta Ranting PBB dapat digabungkan dan berkumpul sekali dalam majlis yang meriah pada malam ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 yang diadakan di Ruang Legar Surau Darul Ibadah Kampung Sageng Hilir, pada Ahad. Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sageng Hilir, Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ibadah Sageng Hilir dan Ranting PBB Sageng Hilir. Ujarnya lagi, ini adalah salah satu cara untuk penjimatan masa serta kos dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan komuniti setempat. Awla turut memberi jaminan akan membantu dari segi kewangan bagi memenuhi keperluan bangunan Pusat Sumber Kampung Sageng Hilir yang hampir siap. "Semasa sampai ke sini tadi, saya melihat telah tersergam sebuah pusat sumber yang didirikan di kampung ini. "Saya mengakui bahawa peruntukan yang diberikan untuk pusat sumber tersebut memang tidak mencukupi, jadi saya akan menambah untuk memenuhi apa lagi yang kurang seperti tempat meletak kereta, tempat menjalankan aktiviti, bekalan elektrik dan bekalan air yang akan ditambah dari masa ke semasa. Awla juga turut menyumbangkan sebanyak RM1,000 kepada kumpulan zikir wanita Kampung Sageng Hilir.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Awla Dris Serikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dan Hari Bomba 2024 Di Simunjan |
SIMUNJAN: Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah menyerikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 di Balai Bomba Dan Penyelamat, di sini pada Ahad. Semasa berucap dalam majlis tersebut, Awla menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Simunjan atas khidmat dan bakti mereka kepada masyarakat. "Semoga semua anggota balai bomba Simunjan sentiasa diberi kesihatan untuk berbakti kepada masyarakat di Simunjan. "Mudah-mudahan di sini kita dihindarkan serta dijauhkan daripada bala yang besar di kawasan kita," katanya. Dalam pada itu, turut disampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak warga BBP Simunjan dan cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Awla Dris. Hadir sama ialah Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Simunjan Nazari Harun, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli, Kapitan Liew Jau Kheng, Timbalan Ketua PBB Cawangan Simunjan Bojeng Ali, Penghulu Abang Madehie Abang Junaidi dan Penghulu Ahmad Dol bin Simpol.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Set To Achieve 4 Million Tourist Target By End Of September 2024 |
SARIKEI: Sarawak’s target of 4 million tourist arrivals this year is expected to be achieved by end of September. According to Sarawak Deputy Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts (MTCP), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, 2.8 million tourist arrivals has been recorded from January to July 2024, an increase compared to 2.2 million during the same period last year. “With an average arrival of 400,000 tourists each month, the target is expected to be achieved by the end of September. “By July, the number of tourists had already reached 2.8 million,” he told reporters after chairing the Sarawak Tourism Committee Coordination Meeting at the Sarikei Division Resident's Office on Tuesday. Additionally, Datuk Sebastian expressed his ministry’s optimism that Sarawak is on track to surpass the 4 million tourists target this year especially with various major activities such as the Para Malaysia Games (Para SUKMA) XXI, Sarawak Regatta, and the International Dragon Boat Festival scheduled to take place from September until the end of 2024. He added, MTCP is confident that tourist arrivals could reach 5 million by the end of this year, surpassing the record set in 2019 which saw 4.66 million tourist arrivals. "Tourists from Brunei Darussalam remain the largest group with a total of 1.1 million visitors. “The significant growth in tourist numbers is expected to have a substantial impact on the local tourism industry including hotels, homestays, the food industry, and transportation,” he added. Datuk Sebastian also acknowledged the crucial role of the media in promoting the tourism sector throughout Sarawak. Also present at the meeting were MTCP Permanent Secretary, Datu Sherrina Hussaini, Sarikei Division Resident, Michael Ronnie Langgong, along with other guests. -UKASnews |
View |
|
news |
2024年玩转古晋(WAK)将带来鼓舞人心的体验 |
古晋:标志性活动“2024年玩转古晋”(WAK)将于今年10月盛大开幕,标志着砂文化活动的另一个重要篇章。 该活动已进入第6届,是庆祝砂拉越丰富文化遗产和创意精神的主要平台。 砂旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林表示,玩转古晋(WAK)将在古晋各地举办233场活动,为旅客带来更加生动和鼓舞人心的体验。 他说,这将让这座城市在该月份成为艺术和文化的主要焦点。 “像WAK这样的平台是本地年轻人才展示能力的绝佳机会。如果不展现出来,这些才华可能会被埋没,最终他们成家立业后就不会继续下去。这整个月份将是他们展示艺术实力的最佳时机。” 他星期二在“2024年玩转古晋(WAK)活动:庆祝艺术、文化和生活方式”新闻发布会上,如是说。 与此同时,拿督斯里阿都卡林也乐观地认为,玩转古晋可成为年轻人才在艺术界取得更大成功的垫脚石。 他说,10月将是砂拉越忙碌而热闹的一个月。 “10月对我们来说将是非常忙碌的一个月,我们在10月12日举行砂元首华诞庆祝活动、10月11日和12日举行婆罗洲音乐节,将有来自韩国的艺人的表演,及月底有国际龙舟赛。我们还将举办国际匹克球赛,当然还有玩转古晋,在一个月内将举办233场活动。可以想象一下古晋将会多么的热闹。” 此外,他也有信心这个活动将吸引更多的旅客,不仅来自新加坡,且来自世界各地。 “今年的目标是吸引400万旅客人次,我相信砂拉越将在10月达到此目标,尤其是马运会及玩转古晋等大型活动的举办,都具有大吸引力。2024年玩转古晋,预计不仅将促进旅游业,也将加强古晋作为婆罗洲文化和艺术中心的地位。” 出席仪式的还有古晋南市市拿督黄鸿圣、古晋北市市长赫米乌曼、哥打三马拉汉市议会主席拿督彼得米诺斯、巴达旺市议会主席陈开、古晋省长达央佐妮达,及旅游、艺术与文化部总监黛比仁谷。-UKAS |
View |
|
news |
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Lawat Ibu Pejabat Affin Bank |
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah melakukan lawatan ke ibu pejabat Menara Affin Bank di Bangunan Tun Razak Exchange (TRX) pada Selasa. Ketibaan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah pada jam 10.30 pagi disambut mesra oleh Pengerusi Affin Bank, Dato Agil Natt serta isteri Datin Sharifah Fatmah Alhabshi bersama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah serta isterinya Datin Wan Deneena Liza. Dalam sesi lawatan tersebut, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengunjungi beberapa tempat dan seksyen di pejabat Affin Bank, bermula di cawangan utama AFFIN KL yang terletak secara strategik di Tingkat 1 serta cawangan Affin Hwang Investment Bank yang terletak di sayap yang sama. Selepas itu, beliau juga melawat pejabat Pengerusi Affin Bank Dato Agil di Tingkat 41 dan meluangkan masa berbual selama 30 minit. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut berkesempatan menandatangani buku pelawat dalam sesi lawatan tersebut. Usai melawat pejabat Dato Agil, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Affin Diventium Private Banking dan beliau menerima cenderamata iaitu dua buku berjudul ‘Dialog: Thoughts on Tunku’s Timeless Thinking’ dan ‘The Towns of Malaya’. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi makan tengah hari bersama barisan pengurusan tertinggi Affin Bank. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious2421242224232424242524262427242824292430NextLast |