Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Taman Negara Talang-Satang, Surga Sang Penyu

LUNDU: Di persisiran Laut China Selatan, tersergam indah sebuah taman laut yang menjadi benteng terakhir bagi kelangsungan penyu di Sarawak.  Terletak di Daerah Lundu, Taman Negara Talang-Satang bukan sekadar gugusan empat pulau yang terdiri daripada Pulau Talang-Talang Besar, Talang-Talang Kecil, Satang Besar dan Satang Kecil tetapi merupakan nadi kepada usaha pemuliharaan marin negeri ini.  Dengan keluasan hampir 19,400 hektar termasuk kawasan laut dan terumbu karang, taman ini adalah pusat utama pendaratan penyu, menyumbang hampir 95 peratus daripada keseluruhan pendaratan penyu di Sarawak. Sejak akhir 1990-an, data menunjukkan antara 2,000 hingga 3,500 ekor penyu betina terutamanya spesies penyu agar (Chelonia Mydas) dan juga penyu sisik (Eretmochelys Imbricata) bersarang setiap tahun di Taman Negara Talang-Satang serta Taman Negara Tanjung Datu.  Kedua-dua spesies ini tergolong sebagai haiwan terlindung sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan disenaraikan sebagai spesies terancam dalam IUCN Red List. Data ini menunjukkan trend pendaratan yang positif dan mencadangkan bahawa populasi telah mencapai tahap keseimbangan dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Malah, data pendaratan dan kadar penetasan telur di pulau-pulau ini kekal stabil, menandakan populasi penyu di sini telah mencapai tahap keseimbangan.  Sementara itu, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mengambil langkah proaktif dalam menyebarkan kesedaran awam mengenai usaha pemuliharaan penyu di perairan negeri ini. Baru-baru ini, UKAS diketuai pengarahnya, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sea Turtle Conservation Project di Taman Negara Tanjung Datu dan Pulau Talang-Talang yang menjadi titik permulaan penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan pemuliharaan kepada masyarakat. Pengalaman dua hari satu malam di lokasi tersebut telah memberikan pendedahan kepada warga ukas untuk melihat sendiri kaedah pemuliharaan penyu termasuk proses penetasan telur. Berkongsi peranan Taman Negara Talang-Satang yang menjadi surga pendaratan penyu, Warden Taman Negara Tanjung Datu dan Pulau Talang-Talang, Mohamad Dzulkhairi Eneng menjelaskan Sarawak betuah kerana mempunyai laut Samatan yang merekodkan pendaratan penyu yang paling tinggi. Jelasnya rekod jumlah pendaratan dan sarang penyu, pada tahun ini menunjukkkan angka itu semakin bertambah jika dibandingkan pada tahun lepas.   Pada 2023, di keempat-empat pulau itu telah merekodkan lebih 2,000 sarawak dan angka itu dijangka terus bertambah pada tahun ini. Para pakar menegaskan bahawa data yang diperolehi hanya merujuk kepada penyu betina yang datang bertelur, bukan keseluruhan populasi, maka ancaman masih tidak boleh dipandang ringan. Walaupun data kelihatan memberangsangkan, perlindungan penyu tetap berdepan dengan cabaran. ancaman semula jadi seperti biawak, ketam dan burung pemangsa, sering meragut nyawa anak penyu sebelum sempat ke laut.  Tambahan pula, faktor persekitaran seperti hakisan pantai dan perubahan suhu pasir akibat perubahan iklim boleh mempengaruhi nisbah jantina anak penyu. Musim landas dari oktober hingga mac turut membawa cabaran lebih besar apabila tapak penetasan sering ditenggelami air. Sebagai Langkah menyelamatkan telur daripada banjir dan hakisan, pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) memindahkan telur ke dalam tong khas untuk pengeraman, merupakan satu langkah kritikal yang kini menjadi amalan standard. Namun, ancaman paling besar datang daripada manusia adalah pencemaran plastik yang disangka makanan oleh penyu, bunyi bising bot enjin yang mengganggu penyu betina daripada naik ke pantai, aktiviti pukat tunda dan juga aktiviti haram penjualan telur penyu. Dalam usaha memastikan inisiatif pemuliharaan penyu berjalan lancar, pelbagai program telah dijalankan termasuk memanfaatkan teknologi moden. Sejak 1998, tukun ‘reef balls’ dipasang di perairan Talang-Satang untuk menghalang aktiviti pukat tunda.  Keberkesanannya terbukti luar biasa dengan kes kematian penyu dewasa akibat aktiviti perikanan menurun drastik daripada lebih 100 kes setahun kepada kurang daripada 10 kes. Kejayaan pemasangan tukun ‘reef balls’ itu bukan sahaja mengurangkan kematian penyu dewasa, malah memberi impak positif yang besar terhadap usaha konservasi penyu di Sarawak.  Langkah ini melindungi kawasan perairan penting daripada aktiviti pukat tunda, sekali gus meningkatkan peluang kelangsungan hidup penyu dan menyokong pemulihan populasi spesies ini dalam jangka panjang.  Selain itu, kajian menggunakan 'satellite telemetry' dan 'radio telemetry' membolehkan penyelidik menjejak laluan migrasi penyu, mengenal pasti kawasan mencari makan penting, serta merangka strategi perlindungan lebih menyeluruh.  Renjer dan penyelidik turut melakukan pemantauan harian, mengumpul data biologi dan ekologi untuk menambah baik pengurusan. Keberhasilan konservasi di Talang-Satang juga bertitik tolak daripada peranan komuniti.  Penduduk tempatan dilantik sebagai Wildlife Guardian Ranger (WGR) sebagai pembantu lapangan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk membantu pemeliharaan dan pemuliharaan penyu di Taman Negara Talang Satang dan Taman Negara Tanjung Datu melalui aktiviti rondaan pantai, penjagaan ‘hatchery’ dan pelepasan anak penyu berdasarkan SOP yang dirangka oleh SFC.  Program seperti Sea Turtle Conservation Program membuka ruang untuk sukarelawan menyumbang secara langsung dalam kerja lapangan, manakala Sarawak Sea Turtle Adoption Program menggalakkan kesedaran awam melalui penyertaan simbolik “mengambil anak penyu angkat”. Malah turut diwujudkan ialah Talang-Satang Turtle Research Working Group pada 1998 yang melibatkan Muzium Sarawak, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan.  Projek-projek besar seperti ‘reef ball’ Ssarawak dan kerjasama dengan syarikat korporat Seperti Sarawak Energy Berhad (pemasangan tenaga solar di stesen konservasi) serta Petronas-MLNG (projek eco-marine) telah memperkukuh infrastruktur pemuliharaan. Pada 2019, hasil kerjasama dengan University of Tokyo, penyu bersarang di sini dilengkapi alat penjejakan satelit untuk memperluas data saintifik mengenai tingkah laku migrasi penyu. Dalam masa yang sama Lembaga Pengurusan Penyu Sarawak memberi impak besar terhadap usaha pemuliharaan dengan visi menjadi peneraju dalam pemuliharaan penyu sebagai sebahagian daripada pemeliharaan warisan dan khazanah Sarawak untuk generasi akan datang. Natijahnya, Taman Negara Talang-Satang adalah bukti nyata bahawa apabila sains, teknologi, komuniti dan kerajaan berganding bahu, keajaiban konservasi dapat tercapai.  Ia bukan hanya habitat penyu, tetapi simbol perjuangan manusia dalam melindungi khazanah alam daripada ancaman kepupusan. Di sinilah, setiap telur yang dipindahkan, setiap anak penyu yang dilepaskan dan setiap sukarelawan yang menghulur tenaga, semuanya menyumbang kepada satu harapan besar: agar penyu terus kembali, generasi demi generasi, ke pantai berpasir putih Talang-Satang. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Sarawak U18 Shines With Quarterfinal Finish At National Interstate Championship

PENANG: The Sarawak Under-18 badminton squad lit up the courts at the PETRONAS National Interstate Mixed Team Championship 2025, storming their way into the quarterfinals before bowing out gallantly to top-seeded Penang. Defying expectations as one of the lower-seeded sides, the young Sarawakians captured attention with their grit, spirit and unyielding teamwork to earn a proud last-eight finish. The boys’ line-up featured Ho Sin Hong, Jack Huong, Chung Jia Ho, Mohamad Najib Haqimi, Chong Yan Cheng, Leong Ming Kai, Jared Foo, and Leacus Tang, while the girls’ team showcased the talents of Genevie Lim, Wafa Shahmina Rahman, Janice Tchin, Julia Yek, Avee Lee Han, Wendy Feebie, and April Lee. The squad was steered with passion and precision by coaches Ichwansyah Rusli Ali and Mohamad Razlan Shah. SBA Honorary Secretary and Team Manager, Datuk Dr. Wan Khalik, hailed the performance as a significant breakthrough. “This reflects the hard work of our players, coaches, and staff. It’s a clear sign that our development programmes are paying off as we shape the next generation of champions,” he said with pride. The Sarawak Badminton Association is optimistic that this inspiring campaign will fuel the players’ hunger for success in upcoming tournaments, while extending heartfelt appreciation to parents and loyal supporters for their unwavering belief in the team. -UKASnews  

Lihat

news

Tema Kain Pelikat Serikan Miri City Car-Free Day 2025

MIRI: Penganjuran Miri City Car-Free Day 2025 tampil lebih unik tahun ini apabila mengetengahkan tema kain pelikat yang sarat dengan nilai simbolik, sekali gus menceriakan suasana sambutan di bandar raya ini. Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, pemilihan kain pelikat bukan sekadar sebagai pakaian tradisional, malah melambangkan kesederhanaan, tradisi dan perpaduan rakyat Malaysia. “Kain pelikat adalah simbol kehidupan yang sederhana, mengingatkan kita kepada budaya dan akar tradisi yang menjadi asas kepada perpaduan masyarakat. Ia selaras dengan semangat Car-Free Day yang bukan hanya menekankan kelestarian alam sekitar, tetapi juga nilai budaya yang menyatukan rakyat,” katanya ketika merasmikan program tersebut di perkarangan Dewan Bandaraya Miri pada Sabtu. Selain aktiviti riadah, beliau berkata, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan sukan rakyat seperti melastik tradisional, memanah tradisional dan permainan warisan lain yang membangkitkan nostalgia di samping memupuk semangat kebersamaan. Menurutnya, Car-Free Day memberi ruang kepada masyarakat untuk berjalan kaki, berbasikal, berlari dan menikmati udara segar tanpa gangguan kenderaan, sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga serta komuniti. Yii menegaskan, penganjuran tersebut sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), iaitu SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) serta SDG 13 (Tindakan Iklim). “Matlamat kita jelas – menggalakkan gaya hidup sihat, mewujudkan ruang awam yang selamat, berkongsi ilmu melalui pemeriksaan kesihatan dan pameran, serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan, NGO, sektor swasta dan komuniti,” ujarnya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap SDG MBM, Kaunselor Jamil Bujang serta jawatankuasanya yang telah memastikan kelancaran penganjuran. Antara pengisian program ialah briskwalk, larian santai, aktiviti berbasikal, pickleball, cabaran lastik, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran pendidikan yang berjaya menarik penyertaan ratusan warga bandar raya.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Delegasi UTS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee pada Khamis. Delegasi tersebut turut disertai oleh Naib Canselor UTS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid serta beberapa pegawai kanan universiti. Kunjungan berkenaan bertujuan untuk menjemput Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dan isteri menghadiri Majlis Statesman’s Lecture, Book Talk & Book Launch yang akan berlangsung di UTSpada 30 Ogos 2025. Pada majlis tersebut, dua karya penulisan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi akan dilancarkan, iaitu Teriso’s Little Star dan Silence. Teriso’s Little Star berasaskan kisah benar kehidupan beliau, yang dilahirkan di Kampung Pendam dan membesar di Teriso. Sementara itu, Silence merupakan sebuah antologi sajak hasil kolaborasi bersama Diana Ningkan dan Yusuf Mustanir. Sebahagian besar puisi dalam antologi ini lahir daripada pengalaman serta perjalanan hidup Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi.-EDISI UKAS Foto: Astana Negeri Sarawak  

Lihat

news

Sarawak Mulls Establishment Of Energy Council

KUCHING: The Sarawak Government is currently exploring the possibility of establishing the Sarawak Energy Council as part of efforts to coordinate all stakeholders in the energy sector. According to Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, this would ensure that their business policies and operations are aligned with the state’s policies. “We are in the process of engaging with the private sector, and today’s event is part of that process. “This is to ensure consensus between the private and public sectors. Only then can we formulate suitable policies,” he said. He said this in a press conference after the Public Industry Engagement Day and Launching Ceremony of the Sarawak Energy Transition Policy (SET-P) held at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) on Monday. Datuk Patinggi Abang Zohari said the establishment of the council will be carried out in stages to ensure effective implementation. However, he noted that its implementation would likely take place next year, as the remaining four months of this year would not be sufficient to see it materialise. Also present were Speaker of the Sarawak Legislative Assembly, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Minister for Utility and Telecommunication, Dato Sri Julaihi Narawi, Minister for Transport, Dato Sri Lee Kim Shin, Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Deputy Ministers, heads of departments and other dignitaries. -UKASnews

Lihat

news

Datuk Dr Ripin Lawat, Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Sain Ugang

BELURU: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II (Pembangunan Usahawan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Dr Ripin Lamat turun padang meninjau keadaan mangsa kebakaran di Rumah Sain Ugang, Batu 18, Bukit Song, di sini, pada Jumaat. Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri keadaan mangsa serta mengenal pasti keperluan susulan insiden kebakaran yang berlaku petang Khamis sehingga memusnahkan lapan pintu rumah panjang. Bagi meringankan beban yang ditanggung, Datuk Dr Ripin telah menyerahkan bantuan wang tunai kepada lapan ketua keluarga yang terjejas. Sumbangan keperluan asas turut disalurkan oleh pelbagai agensi, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi, berupa bakul makanan, air, dan kit kebersihan. Dalam usaha menyediakan penempatan sementara yang selesa, Datuk Dr Ripin mencadangkan agar kawasan sekitar dewan kecil dibersihkan segera bagi membolehkan pembinaan dua buah kanopi yang disumbangkan oleh beliau sendiri. Bagi menjamin keselamatan dan kemudahan asas, beliau turut mengarahkan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat memastikan keadaan bekalan elektrik adalah selamat, serta menyediakan sambungan elektrik sementara dari rumah berhampiran ke kawasan dewan. Di samping itu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) diminta menyediakan kemudahan tangki simpanan air dan sambungan paip sementara untuk kegunaan di kawasan terbabit. Datuk Dr Ripin turut mendengar laporan berhubung insiden tersebut bersama wakil agensi-agensi berkaitan dalam sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Miri Sentral, Bonny Martin Saging Mato di dewan kecil berdekatan lokasi kejadian. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Residen Bahagian Miri Bujang Rahman Seli, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritenden Nur Asyikin Abdullah, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Japar Labaw, Pegawai Daerah Beluru Charles Aloysius Lisu serta wakil daripada JBPM, APM, JBALB dan JKM.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Sarawak Committed To Safeguarding Environment Through Integrity Day 2025

KUCHING: The values ​​of environmental integrity and sustainability must form the basis for every development plan, administration and management of natural resources to ensure a balance between the economy and the environment. Deputy Minister for Urban Planning, Land Administration and Environment, Datuk Len Talif Salleh, said green integrity and good governance must be the pillars in the management of Sarawak's natural resources. In the overall context, he stressed, green integrity means environmental integrity. "I am very proud that Sarawak is very committed to promoting environmental sustainability. "Sarawak's achievements in the forestry, biodiversity and environmental integrity sectors both nationally and internationally are very significant. Among them are forest restoration programmes, rewilding and others,” he said. He said this while representing Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan during the Ministry for Natural Resources and Urban Development’s Integrity Day 2025 ceremony held here on Friday. Datuk Len Talif added that Sarawak has recorded various successes in environmental conservation initiatives, including forest and landscape restoration programs since 2019 which are in line with the Malaysia Greening Campaign. In addition, he said, almost 50 per cent of the state’s forest areas have now been certified through the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), while Mulu National Park has been recognised as a UNESCO World Heritage Site. Sarawak is also working to gazette Bako and Bukit Lambir National Parks as ASEAN Heritage Parks as well as obtain UNESCO Global Geopark recognition for Sarawak Delta Geopark in 2026, he explained. -UKASnews  

Lihat

news

Sarawak Hantar 38 Atlet & Pegawai Ke FESMAS XVII Johor 2025

KUCHING: Sarawak menghantar seramai 38 orang termasuk atlet dan pegawai bagi menyertai sembilan acara sukan pada Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-negeri Se Malaysia (FESMAS) XVII Johor 2025 yang akan berlangsung di Johor Bahru dari 23 hingga 28 Ogos ini. FESMAS diadakan secara dwi-tahunan secara bergilir selepas di Pulau Pinang pada 2023 lepas. Acara yang disertai kontinjen Sarawak termasuk orientering, dart, lawn bowls, bola tampar, 3 on 3 bola jaring, e-sukan, tenpin bowling VIP, golf VIP dan karaoke. Penyerahan bendera kontinjen telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Dolhadi Marzuki yang mewakili Setiausaha Tetap MYSED kepada Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak, Khairul Nizam Morshidi. Secara keseluruhan, FESMAS XVII Johor 2025 menyaksikan penyertaan sebanyak 15 kontinjen merangkumi kesemua MSN negeri termasuk MSN Negara dan ISN kecuali MSN kedah. Ia melibatkan seramai 808 orang terdiri daripada 586 atlet dan 222 pegawai daripada kontinjen Majlis Sukan Negeri seluruh negara. Pada 2023, Sarawak turut menyerlah pada FESMAS XVI apabila meraih pingat perak dalam acara tenpin boling lelaki bergu dan gangsa dalam acara dart.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Sarawak Governor Receives Courtesy Visit From UTS Delegation

KUCHING: Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi received a courtesy visit from a Universiti Teknologi Sarawak (UTS) delegation led by the Deputy Minister for Education, Innovation and Talent Development, Datuk Dr. Annuar Rapaee on Thursday. The delegation was also joined by UTS Vice-Chancellor, Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid and several senior university officials. The visit served to invite the Sarawak Governor and his wife to attend the Statesman’s Lecture, Book Talk & Book Launch event which will be held at UTS on 30 August 2025. At the event, two works written by Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi will be launched, namely Teriso’s Little Star and Silence. Teriso’s Little Star is based on the true story of his life, who was born in Kampung Pendam and grew up in Teriso. Meanwhile, Silence is an anthology of poems, written in collaboration with Diana Ningkan and Yusuf Mustanir. Most of the poems in this anthology are born from the experiences and life journey of Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi. -UKASnews Photos: Astana Negeri Sarawak  

Lihat

news

砂拉越致力通过2025年廉正日守护环境

古晋:廉正价值与环境永续必须成为一切发展规划、行政管理及天然资源治理的基础,以确保经济与环境之间的平衡。 砂拉越城市规划、土地行政与环境副部长拿督连达立夫表示,绿色廉正与良好治理应成为砂拉越自然财富管理的核心支柱。 他说,在整体下,绿色廉正的真正含义就是 环境廉正(environmental integrity)。 “我非常自豪,因为砂拉越在推动环境永续方面展现了坚定的承诺。无论在国内或国际层面,砂拉越在林业、生物多样性及环境诚信方面的成就都具有重要意义,其中包括森林修复、生态复育(rewilding)等项目。” 他周五代表砂拉越副总理兼砂国际贸易、工业及投资部长拿督阿玛阿旺登雅出席天然资源与城市使用部2025年廉正日庆典及致词时,这么说。 他补充说,自2019 年起,砂拉越已配合马来西亚绿化运动推出多项森林与景观修复计划,并取得显著成果。 此外,他指出,砂拉越近50%的森林面积已通过马来西亚木材认证计划(MTCS) 的认证,而姆鲁国家公园更已获联合国教科文组织(UNESCO)列为世界遗产地。 “目前,砂拉越也正积极推动将峇哥国家公园与兰卑尔山国家公园列入东盟遗产公园,并计划在2026年为砂拉越三角洲地质公园争取联合国教科文组织全球地质公园的认证。”-UKAS刊

Lihat
PertamaSebelumnya201202203204205206207208209210SeterusnyaTerakhir