Showing search result:


Page Title Content/Description Action

photo gallery

Kunjungan hormat delegasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ke Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak

11.12.2024 Kunjungan hormat delegasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ke Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak

View

photo gallery

Program Pembangunan Kapasiti Untuk Penyelaras Peraturan (RC) Berkaitan Analisa Impak Peraturan (RIA) Dan Business Process Reengineering (BPR)

Program pembangunan kapasiti untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan Penyelaras Peraturan (RC) berkaitan Analisa lmpak Peraturan (RlA) dan Business Process Reengineering (BPR) pada 5 -  7 November 2024 di Holel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur.

View

photo gallery

Service Sarawak Serian - Bersama Jabatan Pertanian Bahagian Serian : Sesi Perkongsian Mengenai Sarawak ID

14 Ogos 2024 – Pusat Service Sarawak Serian baru-baru ini telah mengadakan sesi perkongsian menarik mengenai Sarawak ID dan Service Sarawak bersama Jabatan Pertanian Bahagian Serian.

View

photo gallery

Service Sarawak Miri - Kempen e-Duit Desa anjuran Bank Negara Malaysia

Tempoh Program : 11 & 12 Jun 2024 Lokasi Program : Waterfront Marudi & Wawasan Inn Hotel, Batu Niah Miri Masa Program : 9 pagi - 1 petang Kempen ini bertujuan untuk memupuk budaya tapa tunai di kalangan orang awam sekaligus memperkasa literasi kewangan di kalangan mereka. Peglibatan Pusat Service Sarawak Miri dalam kempen ini adalah untuk mempromosi pendaftaran SarawakID sebagai entiti tunggal untuk mengakses perkhidmatan dalam talian oleh Kerajaan Sarawak, selain mempromosi saluran mudah alih kepada orang awam. Seramai lebih kurang 200 peserta terlibat dalam kempen selama dua (2) hari ini.

View

photo gallery

Service Sarawak Sibu - Program Perkongsian Ilmu Mengenai Sarawak ID Untuk Pendaftaran E-Tani.

TEMPOH PROGRAM DILAKSANAKAN: Berlangsung pada 11 Jun hingga 13 Jun. MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang. LOKASI PROGRAM : Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Bahagian Kapit Program ini adalah hasil kerjasama dengan Pejabat Pertanian Bahagian Kapit bagi membantu melaksanakan pendaftaran Sarawak ID dalam kalangan rakyat di sekitar Kapit terutamanya golongan petani, nelayan dan usahawan untuk memudahkan mereka untuk mendaftar dalam sistem E-Tani, salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak bagi memperkasakan perkhidmatan atas talian serta memudahkan proses penyaluran bantuan kepada golongan yang disasarkan. Dalam pada itu, penyertaan Service Sarawak Sibu dalam program ini juga bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepentingan mendaftar Sarawak ID untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan lain kerajaan negeri Sarawak seperti E-Recruitment, Kenyalang Gold Card, aplikasi Service Sarawak dan sebagainya. Dianggarkan sekitar 400-500 orang penduduk Kapit yang turut meliputi kawasan Bukit Mabong, Sungai Asap, Belaga dan selainnya menyertai program in bagi mendaftar dan mengemaskini Sarawak ID.

View

photo gallery

Service Sarawak Kuching - Lawatan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

23 Oktober 2024 - Hari ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah melawat SSC Kuching untuk mempelajari perkhidmatan bersepadu Kerajaan Sarawak yang berkonsepkan One Government At Your Service.   Rombongan ini terdiri daripada 10 kakitangan PKNK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat.   Terima kasih atas kunjungan ini, semoga lawatan ini memberi manfaat dan memperkukuh hubungan antara Sarawak dan Kedah.

View

photo gallery

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi Persidangan Media Sarawak 2024 & Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bil.1/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi Persidangan Media Sarawak 2024 & Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bil.1/2024

View

photo gallery

Service Sarawak Kuching - Sesi Perkongsian bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA)

24 September 2024, Kuching - Service Sarawak Kuching telah dijemput untuk membentangkan mengenai perkhidmatan kerajaan sarawak (Sarawak ID dan Service sarawak) anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. Antara pengisian yang telah dijalankan semasa program berlangsung adalah ceramah perkongsian dan demonstrasi/ praktikal cara menggunakan aplikasi/ portal Service Sarawak, membuat langganan bil, dan memberi pendedahan mengenai inisiatif yang terdapat di dalam portal atau aplikasi Service Sarawak.

View

photo gallery

Service Sarawak Serian - Eastern Mall Siburan

Eastern Mall Siburan (24/8/2024): Service Sarawak Serian telah membuka booth di Eastern Mall Siburan untuk memperkenalkan perkhidmatan kami! Kami membantu pelanggan dalam pendaftaran & pengemaskinian Sarawak ID, pengesahan ID di Kiosk Service Sarawak, serta pembayaran bil dengan mudah. Jangan ketinggalan untuk memuat turun aplikasi Service Sarawak dan nikmati kemudahan perkhidmatan digital kerajaan Negeri!

View

photo gallery

Service Sarawak Sibu - Sesi Taklimat di Balai Bomba Sibu

7/11/2024, Sibu - Pusat Service Sarawak Sibu telah mengadakan Sesi Taklimat "Jom Kenal Service Sarawak" dan Pendaftaran SarawakID bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Sibu (Cawangan Jalan Sentral).Taklimat ini adalah bertujuanuntuk memperkenalkan kepada para anggota bomba mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak serta menggalakkan pendaftaran SarawakID dalam kalangan pegawai. Seramai 20 anggota terlibat dalam sesi penerangan ini yang diketuai oleh Tuan Suna bin Haji Kaha.

View
FirstPrevious1911191219131914191519161917191819191920NextLast