Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

CDM Meeting Deliberates On Issues Faced By Contingents

KUCHING: Several issues were discussed during the first Chef De Mission (CDM) Meeting in preparation for the 21st Malaysia Games (SUKMA) Sarawak 2024, held at the Grand Margherita Hotel on Wednesday. The meeting was chaired by the Sarawak Deputy State Secretary (Operations) and Chief Executive Officer (CEO) of SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee. Among the issues discussed were transportation, competition venues, athlete accommodations, meals, medical services, and other related concerns. In his opening remarks, Datu Hii stated that they would carefully address every challenge faced by the competing contingents to ensure the smooth organisation of this edition of SUKMA. He also informed that the Sarawak Minister of Youth, Sports, and Entrepreneur Development, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, would officially open the sports village at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) on Thursday. Additionally, he mentioned that preparations for the official opening ceremony of the 21st SUKMA on Saturday are in full swing, with the first rehearsal having taken place on Tuesday night. Also present was the CDM of the Sarawak Contingent and Deputy Minister of Youth, Sports, and Entrepreneur Development, Dato Gerald Rentap Jabu. -UKASnews

View

news

Premier Sarawak Diundang Sampaikan Ucaptama Berhubung Tenaga Hijau Di Hong Kong

MUKAH: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memaklumkan beliau menerima undangan ke Hong Kong untuk menyampaikan ucaptama berkenaan tenaga hijau, sekaligus menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap pendekatan Sarawak dalam pembangunan sektor tersebut. Beliau mengakui jemputan itu sebagai bukti dunia kini semakin mengenali Sarawak melalui usaha negeri ini dalam memajukan sumber tenaga hijau. "Saya bersyukur kerana telah menerima jemputan dari Hong Kong untuk berkongsi kaedah baharu dalam pembangunan tenaga hijau. “Alhamdulillah, dunia kini sudah mula mengenali Sarawak melalui pendekatan ini," katanya ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Pemimpin bersama Rakyat di Kingwood Resort, Mukah, pada Selasa. Dalam ucapannya, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyatakan rasa terharunya terhadap jemputan yang diterima dari pelbagai negara untuk berkongsi pandangan serta pengalaman Sarawak dalam bidang ekonomi baharu dan tenaga hijau. Antara negara yang telah mengundang beliau adalah Poland, Belanda, Thailand, Singapura dan beliau dijangka ke Sydney, Australia minggu hadapan untuk membincangkan isu yang sama. "Pengiktirafan ini jelas menunjukkan kejayaan Sarawak dalam menjadi perintis di rantau ini dalam bidang tenaga hijau, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak di persada antarabangsa," tambahnya. Terdahulu, pada sebelah petang, beliau bersama rombongannya telah mengadakan lawatan serta tinjauan ke kawasan Tebingan Sungai Balingian. Beliau juga menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk menaik taraf kawasan tersebut, dengan matlamat menjadikan Waterfront Balingian sebagai pusat tumpuan baharu yang bersambung ke seluruh pasar Balingian. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee In, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Ekonomi (Malaysia) merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Utliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan MA63) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala,Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN Tellian, Royston Valentine, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Daro Safiee Ahmad, Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh serta tetamu kehormat lain.-EDISI UKAS

View

news

​​​​​​​Projek Tebingan Mukah Dijangka Dilaksana Tahun Depan

MUKAH: Projek pembinaan Tebingan Mukah di sini dijangka dilaksanakan pada tahun depan selepas kajian baharu mengenai pembangunannya selesai dilakukan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, projek Tebingan Mukah ini akan mengalami beberapa perubahan reka bentuk untuk memastikan ia memenuhi keperluan komuniti setempat tanpa menjejaskan penempatan sedia ada. Menurut beliau, apabila ia dibangunkan kelak, projek berkenaan akan mentransformasi landskap bandar Mukah. "Saya telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan Tebingan Mukah ini dimulakan pada tahun 2025, selepas kajian baru diselesaikan. "Kawasan pantai di tebingan ini akan dituntut semula tanpa menjejaskan penempatan sedia ada dan ia akan menjadi satu kawasan yang indah," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kampus Laila Taib, Mukah pada Selasa. Premier Sarawak turut memaklumkan bahawa peruntukan asal bagi projek tersebut adalah sebanyak RM100 juta, dengan RM60 juta diperuntukkan untuk fasa pertama dan RM40 juta untuk fasa kedua. Namun jelas beliau, jumlah peruntukan mungkin akan ditingkatkan bagi menampung rekaan semula dan pengembangan kawasan tersebut. "Dengan perubahan yang dirancang, landskap Mukah akan berubah sepenuhnya, terutama dengan adanya Tebingan Mukah ini yang akan meliputi hingga ke Sungai Tellian, kawasan yang sering digunakan untuk Pesta Kaul. “Pesta Kaul nanti akan menjadi lebih menarik dengan ada Tebingan Mukah ini," tambah beliau.- EDISI UKAS  

View

news

Raptai Pembukaan SUKMA XXI Sarawak 2024 Hari Kedua Berjalan Lancar

KUCHING: Raptai pada hari kedua bagi pembukaan rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 berjalan dengan lancar di Stadium Sarawak pada malam Selasa. Raptai yang bermula sekitar jam 8 malam itu turut dihadiri Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee. Kehadiran tetamu kehormat itu adalah bagi memastikan sesi raptai itu berjalan mengikut persediaan yang telah ditetapkan di samping memastikan acara gilang-gemilang ini lancar. Difahamkan, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan menghadiri raptai penuh yang akan diadakan pada Khamis ini. Orang ramai yang mempunyai tiket boleh mula memasuki Stadium Sarawak bermula 17 Ogos ini dengan kehadiran orang awam dijangka memenuhi 30,000 tempat duduk. Manakala, 10,000 lagi tempat duduk akan dibuka khas kepada tetamu kenamaan, atlet dan pegawai pengiring. -EDISI UKAS

View

news

Meradong Assemblyman Lauds Unwavering Dedication Of Teachers

SIBU: Teachers play a crucial role in the success of education, with their tireless service and contributions being deeply appreciated and remembered. Meradong Assemblyman, Datuk Ding Kuong Hiing noted that education today is incredibly demanding and requires a high level of dedication from all parties. “The Malaysian Ministry of Education (MOE) is concentrating on essential areas like providing equitable education, expanding Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM), strengthening Technical and Vocational Education and Training (TVET), and upholding the vision of Malaysia MADANI. “However, this has not deterred educators from demonstrating outstanding performance,” he said. He said this during his speech at the Excellence Service Awards (APC) 2023 and Appreciation Ceremony and the Retirement Recognition Ceremony 2024 organised by the Meradong District Education Office at Kingwood Hotel, here on Saturday. During the ceremony, a total of 76 educators, comprising teachers and support staff were honoured for their performance in 2023. Datuk Ding also took the opportunity to announce a RM20,000 special grant for the Meradong District Education Office. Also present were the Meradong District Education Officer, Sharifah Idawati Wan Ahmad, Deputy District Education Officers, Nassarudin Ibrahim, Mahathir Mahdini and Timot Usop, and other guests. -UKASnews

View

news

Lim Ming Hee Granted Malaysian Citizenship After Six-Year Wait

BINTANGOR: A six-year wait finally came to an end for Lim Ming Hee who was granted a Malaysian citizenship by the Ministry of Home Affairs (KDN). His citizenship application was made in 2018, and his parents have stated that it took patience and several years of waiting for approval from KDN. The 20-year-old Lim received the citizenship certificate in the presence of Meradong Assemblyman, Datuk Ding Kuong Hiing at the Meradong Constituency Service Centre on Monday. Considering this, Datuk Ding expressed his joy on the citizenship approval and hopes that Lim will benefit from his Malaysian citizenship certificate in securing stable employment in the future. Meanwhile, Lim’s parents also extended their deep gratitude to Datuk Ding for his crucial support in securing their son’s Malaysian citizenship, including his tireless efforts in following up on the application status with the National Registration Department (JPN) over the past six years. -UKASnews

View

news

SUKMA 2024: Pasukan Lawn Bowls Sarawak Pamer Aksi Bergaya

KUCHING: Pasukan lawn bowls Sarawak membuka tirai hari pertama pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dengan langkah bergaya apabila berjaya memenangi empat acara yang dipertandingkan. Anak didik Nur Fithri Yaani Hamdin itu mempamer aksi cemerlang di Arena Lawn Bowls Sarawak dengan memenangi acara bertiga lelaki, perseorangan wanita, berempat wanita dan beregu lelaki bagi peringkat kumpulan pada Selasa. Ketika ditemui, Nur Fithri berkata, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian kesemua atlet yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam kesemua acara hari ini. “Pada perlawanan esok hari kalau boleh kami mahu capai sasaran sebagai enam keatas di dalam liga, kerana jika kami mencapai sasaran tersebut secara automatik kami akan ke separuh akhir. “Harapan saya mudah-mudahan mereka menang kesemuanya dalam liga agar mereka boleh berdiri di separuh akhir untuk perlawanan yang seterusnya,” katanya. Nur Fithri bagaimanapun menambah untuk perlawanan pada Rabu, beberapa perkara perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi persembahan pemainnya. “Ada yang perlu diperbaiki, tapi tidak banyak. Cuma sedikit yang perlu diperbaiki seperti balingan mereka. “Itu pun cuma perlu diingatkan sahaja. Selebihnya mereka boleh berfikir sendiri untuk membuat keputusan masing-masing dalam permainan,” ujarnya. Perseorangan wanita Dayang Nur Alia Sharmiela Abang Gadisa menewaskan Nurul Darwisya Zubir dari Negeri Sembilan dengan mata 21-15 dan turut menewaskan Nur Anis Aishah Azmi dari Kelantan pada pusingan kedua dengan mata 21-19. Sementara pasukan berempat wanita Sarawak terdiri daripada Haspina Mazlan, Mya Zara Amir, Nur Hidayah Faizal dan Nur Syurhaidah Asaral menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan dengan keputusan 11-8, manakala pusingan kedua menewaskan Ainur Umaira Mohd Yusri, Ardini Nur Iman Zuraidi, Ifti Nuraina Dayini, Nur Syaza Irdina dan Nurhidayah dari Pulau Pinang dengan mata 17-12. Manakala pasukan lelaki bertiga Sarawak diwakili Awang Mohammad Sharszan F Awang Nasaruddin, Iskandar Hasbi dan Mohamad Amsyar Mohamad Amelin menewaskan saingan dari Johor iaitu Aide Hamsyar Mohd Hairi, Muhammad Afiq Danial Suhaimi dan Muhammad Azriq Haszely dengan keputusan 14-10 dan pusingan kedua dengan mata 16-9 menewaskan Ahmad Putra Niyaz, Muhammad Aireel, Muhammad Faris Asyraf dan Shahmy Mohamed dari Kelantan. Selain itu, pasukan beregu lelaki Sarawak yang diwakili Mohammad Aryan Nazrullah dan Muhammad Ramadhan turut mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan Mohd Aiman Juffri dan Muhammad Airiel Juffri dari Negeri Sembilan dengan mata 18-12 manakala pusingan kedua turut menewaskan Akmal Darwisy dan Amirul Danial dari Johor dengan mata 19-14. Saingan peringkat kumpulan akan diteruskan pada Rabu.- EDISI UKAS  

View

news

SUKMA 2024: Fasiliti Boling Padang Terima Respon Positif

KUCHING: Fasiliti boling padang menerima respons positif sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024. Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kontinjen dari negeri lain menunjukkan reaksi positif dan berpuas hati dengan tahap fasiliti yang disediakan. “Saya telah berjumpa dengan ketua delegasi teknikal dan pengurus pertandingan termasuk kontinjen-kontinjen negeri lain, respon mereka amat berpuas hati atas tahap yang diusahakan menyediakan fasiliti ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menyaksikan perlawanan Boling Padang di Arena Lawn Ball, Petra Jaya pada Selasa. Dalam pada itu, Chef De Mission Kontinjen Sarawak tersebut teruja kerana pasukan boling padang Sarawak memberikan saingan yang hebat kepada kontinjen-kontinjen negeri lain. “Pertandingan kita pada hari ini sengit juga dan bersyukur kerana pasukan Sarawak dapat memberi saingan kepada pasukan negeri-negeri lain. “Kita harapkan pasukan Sarawak dapat meneruskan untuk dua tiga hari nanti dan seterusnya masuk ke pertandingan akhir,” jelasnya. Ujarnya, pertandingan boling padang ini memerlukan kemahiran teknikal dan mental yang tinggi untuk bersaing. Justeru, Dato Gerald berharap atlet-atlet Sarawak terus berentap dengan penuh semangat sebagai ‘tuan rumah’ sesuai dengan slogan Sarawak, ‘Agi Idup Agi Ngelaban’. -EDISI UKAS

View

news

SUKMA 2024: Skuad Futsal Sarawak Dipaksa Kerja Keras, Seri 4-4 Menentang Perak

SAMARAHAN: Skuad futsal Sarawak gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 4-4 menentang Perak pada aksi sulung Kumpulan B acara futsal lelaki di Stadium Tertutup Kota Samarahan di sini petang Selasa. Pertembungan dua pasukan itu berlangsung dengan penuh mendebarkan sejak awal permainan disaksikan oleh lebih 3,000 penonton. Skuad kendalian Sarawak Mohamad Faizal Zamri bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pelawat seawal minit pertama menerusi Danish Shaufi yang bijak menghidu kealpaan barisan pertahanan Sarawak. Kegembiraan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit apabila Muhammad Haziyhidawi Mazlan menjaringkan gol sendiri Sarawak untuk kedudukan kembali terikat 1-1. Aksi selepas itu cukup mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling balas-berbalas serangan sehingga Perak kembali mendapatkan jaringan kedua dan ketiga menerusi Muhammad Haziyhi Dawi dan Mohamad Amirul Aiman pada minit ke-12 dan ke 13 menjadikan kedudukan 3-1 mendahului Sarawak. Asyraf Zakaris kemudiannya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-20 untuk menambahkan lagi debaran permainan yang dipenuhi para peminat futsal tempatan. Kedudukan 3-2 tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama permainan. Aksi separuh masa kedua bermula rancak apabila Sarawak berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi meneruskan gol sendiri oleh Mohamad Amirul Aiman daripada pasukan Perak. Gol keempat Sarawak terhasil menerusi situasi bola mati menjadikan Sarawak di hadapan dengan kedudukan 4-3. Sarawak seakan sudah memenangi perlawanan tersebut tetapi Perak berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada 10 saat terakhir menerusi Abdul Hadi pada minit ke-39 lantas mengagalkan hasrat Sarawak menenangi perlawanan pertama. Sarawak terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan dijadual akan bertemu Pahang pada aksi kedua pada jam 4.30 petang esok di Stadium Tertutup, Kota Samarahan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) merangkap ADUN Sadong Jaya dan Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut. -EDISI UKAS  

View

news

Media Main Peranan Penting Lapor Informasi Terkini SUKMA XXI Sarawak 2024

MIRI: Pengamal media memainkan peranan yang penting dalam melaporkan informasi yang sahih dan terkini bagi menarik minat untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.   Residen Bahagian Miri Jamalie Busri menyeru para pengamal media untuk terus membuat promosi dan publisiti mengenai SUKMA Sarawak XXI 2024 kepada masyarakat awam.   “Teruskan publisiti berkenaan dengan SUKMA ini khususnya di Bahagian Miri supaya orang awam tahu apa yang berlaku.   “Ini juga akan menarik orang untuk datang menyaksikan pertandingan sukan dan memeriahkan suasana di Bahagian Miri ini,” jelasnya.   Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Perasmian Pusat Media Bahagian (PMB) Kluster Miri di Indoor Stadium Miri di sini pada Selasa.   Katanya, beberapa acara akan berlangsung di Miri seperti acara silat, ragbi, sofbol, karate, lawan pedang dan juga pelayaran.   Dalam pada itu, Jamalie juga berharap pihak media boleh menyumbang tenaga bagi memastikan temasya SUKMA Sarawak XXI 2024 berjalan lancar dan teratur.   Terdahulu, beliau bersama agensi dan jawatankuasa teknikal yang terlibat turut mengadakan lawatan tinjauan tapak persiapan ke enam venue SUKMA XXI di Miri.   Turut hadir ialah Pegawai UKAS Bahagian Miri merangkap Pengarah PMB Kluster Miri Dayang Norazelina Hamdan dan Pegawai UKAS Bahagian Limbang Rosmaini Mail. -EDISI UKAS

View
FirstPrevious1451145214531454145514561457145814591460NextLast