Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Dato Majang Ngabas Raban Tasah Angus Di Bintulu |
BINTULU: Lima rumah di MLNG Housing, Fasa 2, Jalai Abang Usop, Kidurong angus kena malam 31 Mei tu tadi lebuh mensia mayuh benung richah ngintu pengerami Gawai Dayak. Berindik ari penyadi penusah nya, Sapit Menteri Infrastruktur enggau Pemansang Penyangkai Kapal II ti mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi berumban ngesah endur penusah angus nyadi seraya betemu enggau raban tasah angus. Iya madah ke diri berasai sinu ngenang nasip raban tasah angus kelebih agi maya komuniti Dayak benung ngintu Gawai Dayak. “Tu udah tentu siti penguji ti chukup berat ngagai ruang bilik ti dituntung penusah angus,” ku iya. Ba pejalai ngabas nya, Dato Majang ti disempulang pengari Opis Pelilih Bintulu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Opis Bomba enggau Penyah Penusah Malaysia (BOMBA), Raban Penyangga Orang Periman Malaysia (APM) enggau Opis Pengintu Pengelantang Komuniti (JKM) ngambi berati ke penyadi penusah nya sereta berandau pasal bantu ngenyit ti ulih dianjung. “Kami benung berundingka bantu tumu nyengkaum endur diau sementara sereta meri sukung ngagai raban tasah angus ngambi sida enda diteju kediri napi penguji tu,” ku iya. Dato Majang mega meri terima kasih ngagai semua raban kelebih agi raban bomba ti sikar nyerara api ari nyerarai ngagai rumah bukai. “Aku chukup ngenang enggau meri terima kasih ngagai raban gawa ba luan ti sikar bejalaika pengawa nyengkaum PDRM, BOMBA, APM, enggau JKM nentuka pengelikun peranak,” ku Dato Majang. Iya mega besampika semua raban tasah angus liat ati enggau diberi pengering ngepunka pengidup baru. Naka diatu, pun penusah angus agi dipansik raban bekuasa. Nya alai, mensia mayuh dilalau bejejaga kelebih agi maya musin pengerami ti suah bekenaka karan enggau bepandukka lauk. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Budaya Ngiling Tikai Perlu Dikekalkan |
KANOWIT: Budaya ‘Ngiling Tikai’ perlu dikekalkan sebagai salah satu warisan unik masyarakat Dayak agar tidak pupus ditelan arus pembangunan dan modenisasi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, budaya ini perlu dikekalkan dan perlu diadakan setiap tahun sebagai satu simbolik penutupan perayaan Hari Gawai bagi komuniti Dayak. Justeru, beliau menyeru agar generasi muda diberi pendedahan serta galakan untuk terus mempelajari dan mewarisi adat ini daripada datuk nenek mereka. "Golongan muda perlu mengekalkan budaya tersebut supaya tidak hilang ditelan arus permodenan," katanya semasa menghadiri Majlis Ngiling Tikai anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Awin di Sungai Mapai di sini pada Khamis. Beliau mengharapkan lebih banyak rumah panjang dan JKKK mencontohi usaha JKKK Rh. Awin dalam menganjurkan majlis 'Ngiling Tikai' kerana penting dalam usaha mengekalkan budaya dan adat resam kita. Dalam majlis sama, Tuai Rumah Awin turut membangkitkan keperluan untuk menaik taraf rumah panjang mereka. Sebagai maklum balas, Anyi menjelaskan bahawa beliau akan memohon peruntukan daripada Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan bagi menampung kos naik taraf tersebut. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pemilik Rumah di Rejang Park Diminta Tuntut Bayaran Balik Kos Baiki Tandas |
SIBU: Pemilik rumah di Rejang Park yang terjejas akibat masalah sistem kumbahan lama diseru supaya tampil membuat tuntutan bayaran balik kos pembaikan tandas yang telah dibiayai menggunakan wang sendiri. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, Kerajaan Sarawak telah meluluskan bantuan kewangan kepada 320 pemilik rumah yang menanggung kos pembaikan tandas berikutan kerosakan sistem kumbahan berpusat yang telah dibina sejak tahun 1970-an dan runtuh selepas lebih empat dekad digunakan. Beliau memaklumkan bahawa isu sistem pembetungan rosak di Rejang Park telah berlarutan lebih daripada 10 tahun, sebelum tindakan penyelesaian menyeluruh diambil pada tahun 2018. “Masalah ini telah berlarutan lebih 10 tahun. Sistem kumbahan berpusat yang dibina pada tahun 1970-an telah runtuh selepas digunakan selama 40 tahun, menjejaskan rumah kediaman dan lot-lot kedai di kawasan tersebut. “Keadaan ini menyebabkan tandas tidak boleh digunakan, sekali gus menimbulkan isu kesihatan dan kebersihan yang serius kepada komuniti,” katanya kepada media semasa mengadakan lawatan di Rejang Park pada Khamis. Menurut beliau, kawasan Rejang Park yang dibina pada lewat 1970-an menggunakan sistem pembetungan berpusat yang menghubungkan semua tandas di kawasan perumahan dan deretan rumah kedai kepada loji rawatan kumbahan berdekatan pasar. Tambahnya, beliau pernah memohon peruntukan RM3 juta daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 2018 semasa menjadi Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak bagi menyelesaikan isu berkenaan. Selepas projek tersebut selesai, beliau menerima aduan daripada pemilik rumah yang telah membaiki tandas menggunakan wang sendiri, sebelum inisiatif pembiayaan kerajaan dilaksanakan. Jelasnya, mereka telah memohon bayaran balik memandangkan pemilik rumah lain mendapat bantuan kerajaan. Setelah melalui proses teknikal yang panjang, beliau sekali lagi mendapat kelulusan Premier Sarawak bagi menyediakan bantuan kewangan kepada baki 320 pemilik rumah berkenaan. Namun begitu, proses pengesanan pemilik rumah dan pengesahan pemilik rumah terbabit yang layak menjadi cabaran ketika ini. "Kapitan kawasan sedang bertungkus-lumus mengesan kesemua 320 pemilik rumah tersebut, namun ada yang sukar dikesan; ada yang telah meninggal dunia tanpa memindahkan hak milik, ada yang tinggal di luar negara, dan ada juga yang enggan memberikan kerjasama kerana bimbang ditipu,” katanya. Datuk Michael Tiang berkata, beliau sendiri turun padang melawat rumah demi memberikan jaminan dan membuat pengesahan tuntutan. Ujarnya, jumlah bayaran balik akan diumumkan kemudian, namun mengenal pasti semua penerima yang layak adalah menjadi keutamaan buat masa kini. Sehubungan itu, beliau menyeru pemilik rumah yang layak untuk menghubungi Pusat Khidmat SUPP Pelawan serta membawa dokumen seperti MyKad, geran tanah, dan bil penilaian terkini bagi tujuan pengesahan. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Rejang Park Homeowners Urged To Claim Reimbursement For Toilet Repair Costs |
SIBU: Homeowners in Rejang Park affected by long-standing sewerage issues are urged to come forward and claim reimbursement for toilet repairs they had paid for out of their own pockets. Deputy Minister for Public Health, Housing and Local Government, Datuk Michael Tiang Ming Tee said the Sarawak Government has approved financial assistance for 320 homeowners who had to bear the cost of repairing their toilets due to the collapse of a centralised sewerage system built in the 1970s, which failed after over four decades of use. He noted that the issue of the damaged sewerage system in Rejang Park had persisted for over a decade before a comprehensive solution was implemented in 2018. “This problem went on for more than 10 years. The centralised sewerage system, constructed in the 1970s, collapsed after 40 years of use, affecting homes and shoplots in the area. “As a result, toilets became unusable, causing serious hygiene and public health concerns within the community,” he told reporters during a site visit to Rejang Park, here on Thursday. The Rejang Park area, developed in the late 1970s, utilised a centralised sewerage system that connected all toilets in the residential area and shoplots to a treatment plant near the market. Datuk Michael, who was then Political Secretary to the Sarawak Premier, recalled applying for RM3 million in funding from Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg in 2018 to resolve the issue. While the sewerage project has since been completed, many homeowners had already repaired their toilets on their own before government aid was introduced. These residents later submitted claims, pointing out that others had received financial support. Following a lengthy technical review, Datuk Michael again secured approval from the Sarawak Premier to provide compensation to the remaining 320 eligible homeowners. However, tracing and verifying the rightful owners has become a challenge. “The local Kapitan is working hard to trace all 320 homeowners, but some have passed away without transferring property titles, some live overseas, and some are reluctant to cooperate due to fear of being scammed,” he said. Therefore, the Pelawan Assemblyman has been conducting house visits personally to provide assurance and validate claims. He said the reimbursement amount will be announced later, but identifying all eligible claimants remains the priority for now. As such, Datuk Michael called on eligible homeowners to contact the SUPP Pelawan Service Centre and bring along their MyKad, land grant, and latest assessment bill for verification purposes. -UKASnews |
View |
|
news |
Pemindahan Kampung Demi Bekalan Air Kuching, Komitmen Penduduk Pain Bojong Dihargai |
PADAWAN: Pengorbanan besar penduduk Kampung Pain Bojong dan beberapa kampung lain yang sanggup berpindah dari tanah asal mereka demi pembangunan Sarawak, khususnya bagi menjamin kelangsungan bekalan air ke Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya dihargai. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil menekankan bahawa, pemindahan kampung-kampung ke Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) adalah satu keputusan penting yang membolehkan pembinaan Empangan Bengoh yang menjadi sumber utama bekalan air untuk Kuching dan kawasan sekitarnya. “Pemindahan Kampung Pain Bojong dan beberapa kampung lain pada tahun 2014 adalah langkah penting demi kelangsungan bekalan air di Bandaraya Kuching menerusi pembinaan Empangan Bengoh. “Lebih 700 keluarga terlibat, dengan kos penempatan semula mencecah RM400 juta termasuk persedian tapak dan pembangunan prasarana lengkap,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Sijil Ketua Kaum Kampung Pain Bojong dan Sambutan Gawai Dayak 2025, di sini, baru-baru ini. Kini, kawasan BRS telah berkembang dengan pesat dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti perumahan selesa, jalan perhubungan, bekalan air dan elektrik, serta tanah pertanian. Pendidikan turut menjadi keutamaan dengan adanya Sekolah Kebangsaan (SK) Taba Sait yang memberi manfaat kepada anak-anak dari beberapa kampung sekitar. Dalam majlis yang sama, Rijau Among diumumkan sebagai Ketua Kaum baharu Kampung Pain Bojong, simbolik kepada penerusan kepimpinan akar umbi yang kukuh dalam mendukung pembangunan komuniti. Datuk Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong dalam majlis berkenaan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaik taraf Dewan Kampung Semban dan Pain Bojong, serta tambahan RM30,000 untuk pelaksanaan projek sama dalam Fasa 3 atau 4 kelak. Hadir sama, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong; dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan, Paul Mathieus Akin. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Rejang Park 屋主受促申领厕所维修费补贴 |
诗巫:受旧有污水系统问题影响,并曾自费维修厕所的Rejang Park屋主受促尽快申领政府提供的维修费用补贴。 砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部副部长拿督程明智说,砂拉越政府已批准向320名屋主提供经济援助,这些房主因自1970年代起建造的集中式污水处理系统遭到破坏而需要承担厕所维修费用,该系统在使用四十多年后倒塌。 “这个问题已经持续了超过10年。1970年代建设的中央污水系统使用至今后倒塌,影响了住宅和店铺单位,造成厕所无法使用,进而引发严重的社区卫生与健康问题。” 他周四巡视Rejang Park时,向媒体这么表示。 拿督程明智说,Rejang Park住宅区于1970年代末建成,采用中央污水系统,将所有住宅和商店的厕所连至市场附近的污水处理厂。 他补充,早在2018年担任砂总理政治秘书时,他已向砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士申请了300万令吉拨款,以解决这项长期问题。 项目完成后,有部分屋主向他反映,因在政府提供协助前已经自行维修厕所,希望获得补偿。 经过漫长的技术审核程序,拿督程明智最终再次获得总理批准,为剩余的320户提供经济援助。 然而,他指出,目前面临的挑战是追踪并确认这320名屋主的身份。 “社区领袖正在积极寻找这些屋主,但有些人已经去世且未更名房产,有些人居住在国外,也有些人担心被骗而拒绝配合。” 拿督程明智指出,为此,他亲自走访多户家庭,给予居民信心,并协助核实补贴申请资格。 至于具体补偿金额将稍后公布,目前的首要任务是确认所有合格的受惠者。 因此,他呼吁所有合格的屋主尽快联系砂人联党柏拉旺选区服务中心,并携带相关文件如身份证、地契和最新地税单以供核实。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Sarawak Terajui Eksport Tenaga Bersih ASEAN, Sasar Pasaran Global |
UNITED KINGDOM: Sarawak mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga bersih di Asia Tenggara dengan menyatakan komitmen untuk menjadi pengeksport tenaga rendah karbon bertaraf global menerusi penyertaan dalam Persidangan Eksport Tenaga (EEC) 2025 di Aberdeen, United Kingdom. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, berkata Sarawak berada di barisan hadapan dalam peralihan tenaga bersih ASEAN hasil gabungan dasar kukuh, pelaburan strategik dalam inovasi serta kerjasama serantau dan antarabangsa. “Sarawak bukan sekadar membangunkan tenaga bersih untuk kegunaan sendiri, tetapi bersedia menjadi pembekal utama tenaga bersih kepada rantau dan dunia. Kami mahu dikenali sebagai ‘Bateri ASEAN’,” katanya. Beliau yang dipetik berkata dalam kenyataan media pada Khamis memberitahu bahawa Sarawak telah memperkenalkan strategi tenaga yang berpaksikan empat teras utama iaitu tenaga boleh diperbaharui, gas asli, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), serta hidrogen yang digerakkan secara holistik untuk menjamin pertumbuhan mampan dan daya tahan serantau. Kini katanya, lebih 70% tenaga elektrik Sarawak dijana daripada hidroelektrik, dengan pelan pengembangan kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030 dan 2035. Sarawak juga dalam fasa memperluas eksport tenaga ke Singapura, selepas kejayaan penghantaran kuasa ke Kalimantan Barat, Brunei dan Sabah, jelasnya lagi. Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidi turut mengangkat platform EEC sebagai saluran utama untuk menarik pelabur antarabangsa. “Sarawak terbuka untuk pelaburan. Kami membawa mesej jelas bahawa negeri ini bersedia menjadi hab utama eksport tenaga bersih, bukan hanya untuk ASEAN tetapi ke seluruh dunia,” katanya. Sarawak Energy Berhad jelasnya turut mengetengahkan pelan integrasi grid rentas sempadan dan agenda kelestarian jangka panjang, manakala SEDC Energy mempamerkan kerjasama aktif dengan Jepun dan Korea Selatan dalam pembangunan eksport hidrogen dan ammonia. Dengan pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia serta penglibatan dalam acara seperti Minggu Tenaga Antarabangsa 2025 dan SAREF 4.0, Sarawak kini mengorak langkah sebagai pemain global dalam ekonomi tenaga bersih.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Ngemudi Eksport Kuasa Beresi ASEAN, Nyelinting Makit Global |
UNITED KINGDOM: Sarawak negapka penuduk nyadi pengemudi kuasa beresi di Asia Tenggara nengah pengeran nyadi pengeksport kuasa baruh karbon betikas global dikena ngulu Kongres Eksport Kuasa (EEC) 2025 di Aberdeen, United Kingdom. Sapit Menteri Kuasa enggau Pemeruan Rampa Menua, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni madah, Sarawak ba luan nengah idar kuasa beresi ASEAN asil gempung polisi tegap, pengawa meranak puku strategik dalam inovasyen sereta kerejasama serantau enggau antarabansa. “Sarawak ukai semina ngemansang kuasa beresi ungkup dikena diri empu, tang sedia nyadi pemekal besai kuasa beresi ngagai rantau enggau dunya. Kami deka dikelala nyadi ‘Bateri ASEAN’,” ku iya. Ku iya nengah penerang media kena Hari Empat, Sarawak udah bejalaika strategi kuasa ti bepelasarka empat batang pekara iya nya kuasa ulih dikena baru, gas asli, nangkap enggau nyimpan karbon (CCS) sereta hidrogen ti dikemansang dikena nyamin pemansang meruan enggau semekih serantau. Diatu, ku iya, lebih 70 peratus kuasa karan Sarawak dipansut ari hidroelektrik nengah pelin nambahka kapasiti kuasa ulih dikena baru manggai 2030 enggau 2035. Sarawak mega ba renggat ngerembai eksport kuasa ngagai Singapura pengudah pemujur nganjung kuasa ngagai Kalimantan Barat, Brunei enggau Sabah, ku iya agi. Nambah ke nya, Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Perambu Ekonomi enggau Pemansang), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidi mega ngangkatka pelasar EEC nyadi pelasar besai matak pemeranak puku antarabansa. “Sarawak sedia meranak puku. Kami mai pesan nyata senentang nengeri tu sedia nyadi hab besai eksport kuasa beresi, ukai semina ungkup ASEAN tang mega ngagai serata dunya,” ku iya. Sarawak Energy Berhad, ku iya mega ngayanka pelin integrasyen grid ngelui adan menua enggau agenda pemeruan timpuh panjai seraya SEDC Energy mandangka kerejasama enggau Jepun sereta Korea Selatan ba pemansang eksport hidrogen enggau ammonia. Nengah pengawa ngaku ari Forum Ekonomi Dunya sereta bekerejasama ba pengawa baka Minggu Kuasa Antarabansa 2025 enggau SAREF 4.0, Sarawak diatu nyingkang nyadi pemain global ba ekonomi kuasa beresi. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Mesyuarat JATAIM Tekankan Komitment Penyelarasan Aktiviti Islam |
MIRI: Pejabat Residen Bahagian Miri telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Miri (JATAIM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Bahagian Miri pada Jumaat. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Residen Bahagian Miri, Bujang Rahman Seli dan dihadiri oleh pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan. Dalam ucapannya, Bujang merakamkan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen berterusan mereka dalam menjayakan pelaksanaan program-program Islam di Bahagian Miri. Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa mesyuarat ini penting dalam memastikan penyelarasan dan kelancaran program-program keagamaan yang dilaksanakan di peringkat bahagian dan daerah-daerah. Mesyuarat turut mendengar pembentangan daripada Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Ustaz Shamsudin Basir yang menjelaskan tentang pelaksanaan Majlis Tilawah Al-Quran 1446H/2025M serta perancangan awal bagi Sambutan Maulidur Rasul 2025. Menurut beliau, daerah-daerah seperti Miri, Subis dan Marudi akan melaksanakan Tilawah Al-Quran masing-masing pada bulan Julai dan Ogos 2025, manakala Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri dijangka berlangsung pada awal September 2025 dengan kelainan apabila pertama kali akan diadakan di luar Daerah Miri. Tema sambutan perayaan Islam tahun ini ialah “Sarawak Maju Makmur” yang menekankan kepentingan perpaduan ummah, nilai murni serta pembangunan spiritual sejajar dengan pembangunan fizikal yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Setiap agensi di bawah JATAIM telah diberikan tanggungjawab khusus bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih tersusun dan berkesan. Bujang turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperhalusi persiapan lanjut. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pegawai Daerah Miri, Siti Rohanie Yusof; Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis; Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah; Pegawai UKAS Bahagian Miri, Dayang Norazelina Hamdan; Pegawai Pertanian Bahagian Miri, Hafriz Razak; serta wakil-wakil dari pelbagai jabatan dan agensi lain.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kes PETROS-PETRONAS: Mahkamah Tinggi Kekal Tarikh Perbicaraan 11 Jun |
KUCHING: Mahkamah Tinggi mengekalkan tarikh perbicaraan pada 11 Jun 2025 bagi kes sivil antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang melibatkan pertikaian bekalan gas bernilai RM7.95 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Faridz Gohim Abdullah, membuat keputusan untuk menolak dua permohonan yang difailkan oleh PETRONAS pada 22 Mei lalu bagi menangguhkan atau menunda prosiding, dan menegaskan bahawa tiada keadaan luar biasa yang membolehkan penangguhan tersebut. Memetik laporan portal berita DayakDaily disiarkan semalam yang menyebut, intipati kes ini adalah permohonan PETROS untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa tuntutan bayaran oleh PETRONAS di bawah jaminan bank adalah ‘tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.’ PETROS berhujah bahawa PETRONAS telah membekalkan gas asli kepadanya tanpa lesen yang sah di bawah Seksyen 7 Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016 (DGO), menjadikan tuntutan bayaran tersebut sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Sebaliknya, PETRONAS mempertahankan kedudukannya dengan menyatakan bahawa ia diberi kuasa oleh undang-undang persekutuan, iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), untuk mengedar gas di seluruh negara. Bagaimanapun, pemeteraian Deklarasi Bersama pada 21 Mei 2025 antara Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan deklarasi yang difailkan oleh PETROS dalam mahkamah itu menyatakan bahawa undang-undang persekutuan dan negeri berkaitan pengedaran gas di Sarawak perlu diguna pakai secara bersama dan dipatuhi oleh semua pihak, termasuk PETRONAS dan PETROS. Dalam perkembangan berkaitan, PETRONAS telah melantik dua peguam kanan dari Majlis Peguam Malaya iaitu Datuk Cyrus Das dan Khoo Guan Huat yang diberi kebenaran kemasukan 'ad hoc' oleh Mahkamah Tinggi Sibu pada 29 Mei lalu. Manakala PETROS pula akan diwakili oleh tokoh perundangan veteran, Tan Sri Cecil Abraham, yang turut diterima masuk secara 'ad hoc' untuk mengetuai kes ini. Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes ini dijangka memberi impak yang besar terhadap struktur perundangan dan perlembagaan yang mengawal pengedaran sumber asli di Sarawak di mana penghakiman tersebut juga dijangka menyentuh hubungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri, khususnya berdasarkan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 serta Perintah Kuasa Perundangan Negeri Borneo 1963 yang menyokong kedudukan khas Sarawak di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1251125212531254125512561257125812591260NextLast |