KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII PERINGKAT SARAWAK TAHUN 2026
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII PERINGKAT SARAWAK TAHUN 2026
9 Jun 2026, (Selasa)
10.00 Pagi
Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak
Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi, bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak Tahun 2026.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YB Dato Sri John Sikie anak Tayai, Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan tersebut.
Turut hadir ialah YB Datuk Francis Harden anak Hollis, YB Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, YB Datuk Snowdan Lawan, YB Datuk Haji Mohammad Razi bin Sitam, YB Datuk Gerald Rentap Jabu selaku Timbalan Menteri bertanggung jawab bagi sambutan ini. YBhg Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR serta Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat turut hadir bersama dalam kunjungan hormat berkenaan.
MAJLIS KESYUKURAN AGAMA-AGAMA LAIN
Sebagai acara tonggak pertama sempena sambutan rasmi pada tahun ini, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan menganjurkan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bagi memohon kesejahteraan, keamanan dan keberkatan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, serta kemakmuran berterusan untuk Sarawak dan Malaysia.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
13 Jun 2026, (Sabtu)
11.00 Pagi
Dewan Panglima Rentap, Betong
Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur serta mendoakan kesejahteraan negara dan negeri yang kita cintai.