PERSEDIAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII PERINGKAT SARAWAK TAHUN 2026
PERSEDIAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII PERINGKAT SARAWAK TAHUN 2026
25 Mei 2026, (Isnin)
10:00 Pagi
Pejabat Residen, Betong
Team Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) hari ini telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil. 2/2026, Sidang Media serta Lawatan Tapak ke Dewan Panglima Rentap, Betong sebagai persediaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak Tahun 2026.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato Sri John Sikie anak Tayai, Menteri di Jabatan Premier Sarawak selaku Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan rasmi tersebut.
Fokus utama mesyuarat merangkumi:
Logistik & Pengisian Program — penyelarasan akhir melibatkan perjalanan program, susun atur majlis serta keperluan teknikal bagi memastikan kelancaran sambutan rasmi.
Publisiti & Hebahan Media — memastikan penyampaian maklumat berkaitan sambutan dapat diperluaskan kepada seluruh rakyat Sarawak.
Lawatan Tapak — khusus bagi persiapan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain, tinjauan telah diadakan ke Dewan Panglima Rentap, Betong untuk melihat perkembangan kerja-kerja penambahbaikan serta kesiapsiagaan venue utama majlis yang akan berlangsung pada:
13 Jun 2026, (Sabtu)
Dewan Panglima Rentap, Betong
Semoga segala persiapan berjalan lancar demi memastikan sambutan yang penuh istiadat, bermakna dan mencerminkan semangat perpaduan rakyat Sarawak.