icon AJAX Error
Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator.
icon
Close

image image
  • Laman Utama
  • Latar Belakang
  • Fungsi Teras
    • BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    • BAHAGIAN PERMOHONAN PROJEK
    • BAHAGIAN PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN
    • BAHAGIAN PERPADUAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
    • BAHAGIAN DASAR
  • PIAGAM PELANGGAN
  • Other Religions Service Management System (ORSEM)
    • Other Religions Service Management System (ORSEM)
    • Panduan Penggunaan ORSEM
  • Aktiviti/Program
    • Aktiviti/Program
  • Direktori Kakitangan
  • Hubungi Kami

Pelaksanaan Hari Pertama Pra-Mesyuarat Penilaian UNIFOR Bersama Juruukur Bahan JKR Sarawak

 
Pelaksanaan Hari Pertama Pra-Mesyuarat Penilaian UNIFOR Bersama Juruukur Bahan JKR Sarawak

Tarikh: 30 Mac 2026
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
8.00 malam – 10.00 malam
Lokasi: Hilton Hotel Kuching

Hari pertama Pra-Mesyuarat Penilaian Permohonan Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 1 Tahun 2026 telah dilaksanakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR, bersama kehadiran Pegawai Juruukur Bahan daripada JKR Sarawak.

Selepas beberapa minggu pelaksanaan turun padang dan sesi libat urus bersama pelbagai pihak, UNIFOR kini memasuki fasa penting iaitu proses verifikasi, semakan dan penilaian terhadap semua permohonan yang telah diterima.

Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti setiap permohonan secara terperinci sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian. Setiap permohonan disemak dengan penuh ketelitian bagi memastikan prinsip ketelusan, akauntabiliti serta keadilan sentiasa dipelihara, di samping memastikan bantuan disalurkan kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

Pegawai Juruukur Bahan JKR Sarawak memainkan peranan penting dalam membantu UNIFOR melaksanakan semakan teknikal serta memberikan pandangan profesional berkaitan spesifikasi kerja dan anggaran kos yang dikemukakan oleh pemohon.

Pelaksanaan pra-mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan UNIFOR dalam memastikan setiap permohonan dinilai secara menyeluruh, telus dan berlandaskan keperluan sebenar. Ia juga memperkukuh kerjasama strategik antara UNIFOR dan agensi teknikal seperti JKR Sarawak dalam memastikan pelaksanaan projek yang lebih cekap, berkualiti serta memberi impak positif kepada rumah ibadat agama-agama lain di Sarawak.

#UNIFOR
#UniFor4ALL
#TouchBase
<< Balik ke Penyenaraian
 


© Jabatan Premier Sarawak. Hak Cipta Terpelihara.


Kemas Kini Terakhir Pada 30 Mar 2026

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image
image
image

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

TINGKAT 20, WISMA BAPA MALAYSIA,

PETRA JAYA, 93502 KUCHING,

SARAWAK.

NO. TEL: +6082-441957

NO. FAKS: +6082-441677

EMEL: 555999@sarawak.gov.my

Sarawak Gov App
image image
Aduan & Maklum Balas Polisi Keselamatan Dasar Privasi Terma Dan Syarat Peta Laman
Kaunter Pelawat: 35390568
imageImbas untuk Telefon Bimbit
image
image Kalendar
image Pengumuman
Important Notification
image
Important Notification
image Facebook
image Youtube