MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026 ASTANA NEGERI SARAWAK
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026 ASTANA NEGERI SARAWAK
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026 ASTANA NEGERI SARAWAK
21 Mac 2026 (Sabtu)
10.00 pagi
Astana Negeri Sarawak
YBhg. Dato’ Georgina Apphia Ngau bersama Ketua-Ketua Agama, wakil-wakil agama lain serta warga UNIFOR telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, di Astana Negeri Sarawak.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah ini diserikan dengan semangat harmoni, muhibah dan keterangkuman, sekali gus mencerminkan keindahan sebenar Aidilfitri yang menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, malah turut melambangkan komitmen berterusan Sarawak dalam memupuk perpaduan, saling menghormati dan kebersamaan dalam kepelbagaian.
Kehadiran Ketua-Ketua Agama serta wakil-wakil agama lain turut menyerlahkan keindahan hidup bermasyarakat yang berasaskan toleransi, persefahaman dan keharmonian yang kukuh di Bumi Kenyalang.
Semoga Aidilfitri kali ini terus menyemai nilai kasih sayang, memperkukuh perpaduan, serta membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.