6 Mac 2026 (Jumaat)
10.00 pagi
Dewan Serbaguna, Kompleks Satria Pertiwi
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), telah menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama barisan Menteri-Menteri Kabinet Negeri serta dif-dif kenamaan yang lain.
Majlis simbolik ini diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menyampaikan sumbangsih kepada anggota badan beruniform sebagai menghargai jasa, pengorbanan serta komitmen mereka yang tetap bertugas demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sepanjang musim perayaan.