28 Feb 2026
6.00 petang
Kuala Lumpur Convention Centre
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), telah menghadiri Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 anjuran Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur.
Kehadiran UNIFOR dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang agama dan budaya, termasuk anak-anak Sarawak yang berada di perantauan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg bersama anakanda beliau Puan Dayang Norjihan binti Abang Abdul Rahman Zohari, serta barisan Menteri-Menteri dan dif-dif kenamaan lain.
Penganjuran majlis seperti ini menjadi platform mempereratkan hubungan silaturahim serta mengukuhkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga Sarawak di mana jua mereka berada.