MAJLIS SERAH TUGAS DI ANTARA ENCIK DOUGLAS AMUT DAN PUAN DIANA CORAZON BLIKAU
MAJLIS SERAH TUGAS DI ANTARA ENCIK DOUGLAS AMUT
DAN PUAN DIANA CORAZON BLIKAU
Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR, bersama Ketua-Ketua Pengarah (KPP) serta warga UNIFOR telah menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan di antara Encik Douglas Amut dan Puan Diana Corazon Blikau.
Encik Douglas Amut sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan UNIFOR. Pada 9 Januari 2026, beliau akan berpindah ke Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak setelah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Tadbir, N12. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di UNIFOR. Selamat maju jaya di tempat baharu, Tuan Douglas.
Puan Diana Corazon Blikau pula telah menerima Notis Serah Tugas daripada Encik Douglas Amut dan secara rasmi memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan UNIFOR yang baharu selepas melapor diri pada 2 Januari 2026. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas di UNIFOR.