Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 3/2025
Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 3/2025
4 Disember 2025
2:00 petang
Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia
Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 3/2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri yang bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Sebanyak 138 permohonan bantuan dana rumah ibadat agama-agama lain berjumlah RM40,381,300.00 telah diluluskan bagi Fasa 3 Tahun 2025. Dalam majlis tersebut, cek telah diserahkan kepada 51 Ahli Yang Berhormat serta wakil-wakil dari Pusat Khidmat DUN Sarawak.
Dalam amanatnya, Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan agar pihak rumah ibadat menggunakan sepenuhnya dana bantuan yang diluluskan serta memastikan laporan kemajuan projek dikemukakan kepada UNIFOR. Beliau menekankan bahawa permohonan bantuan seterusnya tidak akan dipertimbangkan sekiranya laporan kemajuan tidak dihantar.
Selain itu, beliau turut menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat kawasan untuk terus bekerjasama dengan UNIFOR dalam aspek pemantauan projek yang telah diluluskan. Beliau turut mengingatkan agar setiap permohonan baharu dikemukakan dengan jumlah yang bersesuaian dengan skop projek bagi memastikan pelaksanaan bantuan dapat dijalankan secara teratur dan berkesan.