SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS TAHUN 2025 ANJURAN INDONESIAN SARAWAK CHRISTIAN COMMUNITY (ISCC)
SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS TAHUN 2025 ANJURAN INDONESIAN SARAWAK CHRISTIAN COMMUNITY (ISCC)
30 November 2025 (Ahad)
3:30 petang
Consulate General of the Republic of Indonesia (KJRI) Kuching, Jalan Sentral Timur, Kuching.
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR telah menghadiri Majlis “Christmas Celebrations 2025” anjuran Indonesian Sarawak Christian Community (ISCC) yang bertema “Damai Kristus Mempererat Persaudaraan Menguatkan Harapan dan Membawa Sukacita”.
Kehadiran YBhg. Dato Pengarah ke majlis berkenaan adalah untuk memberikan sokongan dan komitmen bagi memupuk perpaduan serta perkembangan kerohanian bersama komuniti Indonesia di Sarawak.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Bapak Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Dr. Abdullah Zulkifli serta Isteri, Ibu Gusti Nirmala Zulkifli; Yang Berhormat Allan Siden Gramong ADUN N50 Machan serta Isteri; dan YBhg. Tuan Richard Lon, Pengarah Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh Sarawak.