Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Bil. 1 Majlis Apresiasi UNIFOR dan Majlis-Majlis UNIFOR Bersama ASTANA SARAWAK
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Bil. 1 Majlis Apresiasi UNIFOR dan Majlis-Majlis UNIFOR Bersama ASTANA SARAWAK
14 November 2025 (Jumaat)
9.00 pagi - 11.30 pagi
Pejabat UNIFOR
Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain akan menganjurkan Majlis Apresiasi dan Majlis-Majlis Bersama Astana Sarawak dalam masa terdekat.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara penting serta merancang persiapan bagi majlis-majlis yang akan datang.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Agama dan wakil-wakil agama lain, bersama rakan-rakan strategik yang turut memberikan komitmen padu dan tanggungjawab yang kukuh bagi memastikan kelancaran majlis-majlis yang akan diadakan ini.
Ini membuktikan nilai kebersamaan yang erat serta dedikasi tinggi semua pihak dalam memastikan kejayaan setiap majlis yang akan diadakan.