MAJLIS PENYERAHAN CEK BANTUAN DANA SEKOLAH MUBALIGH 2025
MAJLIS PENYERAHAN CEK BANTUAN DANA SEKOLAH MUBALIGH 2025
13 November 2025
11.30 a.m.
Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia
Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Sekolah Mubaligh 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Premier, Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.
Sebanyak 155 cek bernilai RM20 juta telah disampaikan kepada Penasihat Mission Authority masing-masing bagi manfaat 126 sekolah mubaligh untuk tahun 2025.
Dalam ucapannya, YB Datuk Amar menekankan bahawa penyaluran bantuan dana ini dilaksanakan secara dua fasa, hasil kerjasama erat antara UNIFOR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam melaksanakan penilaian terperinci ke atas setiap permohonan. Langkah ini bagi memastikan setiap dana disalurkan secara berhemah, telus dan berkesan berdasarkan keperluan serta penilaian kos projek yang munasabah.