Mesyuarat System Review bagi Pembangunan Akhir Sistem Other Religions Services Management (ORSEM)
Mesyuarat System Review bagi Pembangunan Akhir Sistem Other Religions Services Management (ORSEM)
12 November 2025 (Rabu)
8:30 am – 5.30 pm
Bilik Mesyuarat UNIFOR
Mesyuarat System Review bagi Pembangunan Akhir Sistem Other Religions Services Management (ORSEM)
Pihak Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) telah menganjurkan Mesyuarat System Review for Final Development of Other Religions Services Management System (ORSEM).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai Jawatankuasa Kerja ORSEM, Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR), pegawai SAINS, serta wakil dari Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU).
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk mendemonstrasikan fungsi-fungsi utama sistem ORSEM, termasuk papan pemuka (dashboard) analitik dan reka bentuk antara muka pengguna (user interface design), yang dibangunkan berdasarkan keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak UNIFOR.
Yang Berbahagia Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR, turut hadir pada sesi petang bagi memberikan pandangan, ulasan serta kata-kata penutup. Pada sesi pagi pula, pihak SAINS telah mempersembahkan demonstrasi sistem ORSEM secara terperinci.
Mesyuarat ini dilihat sejajar dengan matlamat untuk mengoperasikan sistem ORSEM bagi kegunaan UNIFOR dan orang awam menjelang Disember tahun ini. Inisiatif ini juga selaras dengan objektif Pelan Strategik UNIFOR yang menekankan pendigitalan perkhidmatan dan peningkatan literasi digital, sebagaimana yang telah dibincangkan dalam sesi perancangan baru-baru ini.