Lawatan ke tokong Sibu Eng Ann Teng Tua Peh Kong Temple Charitable Trust & Sibu Fong Hwang San Er Par Wong Kong Temple
Lawatan ke tokong Sibu Eng Ann Teng Tua Peh Kong Temple Charitable Trust & Sibu Fong Hwang San Er Par Wong Kong Temple
Tarikh: 9 November 2025
Masa: 11.30 pagi – 1.30 petang
Lokasi: Sibu
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), bersama beberapa pegawai dari Bahagian Permohonan Projek, telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke dua buah tokong di Sibu, iaitu:
1. Sibu Eng Ann Teng Tua Peh Kong Temple Charitable Trust
2. Sibu Fong Hwang San Er Par Wong Kong Temple
Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara pihak UNIFOR dan rumah ibadat, selain meninjau suasana serta perkembangan tokong yang menerima bantuan dana daripada UNIFOR sebelum ini.
Inisiatif sebegini mencerminkan keprihatinan UNIFOR dalam terus mendekati rumah ibadat pelbagai agama, serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.