icon AJAX Error
Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator.
icon
Close

image image
  • Laman Utama
  • Latar Belakang
  • Fungsi Teras
    • BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    • BAHAGIAN PERMOHONAN PROJEK
    • BAHAGIAN PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN
    • BAHAGIAN PERPADUAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
    • BAHAGIAN DASAR
  • PIAGAM PELANGGAN
  • Other Religions Service Management System (ORSEM)
    • Other Religions Service Management System (ORSEM)
    • Panduan Penggunaan ORSEM
  • Aktiviti/Program
    • Aktiviti/Program
  • Direktori Kakitangan
  • Hubungi Kami

Bengkel Pengurusan Kematian Agama-Agama Lain Anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Dengan Kerjasama Jabatan kesihatan Negeri Sarawak

 
Bengkel Pengurusan Kematian Agama-Agama Lain Anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Dengan Kerjasama Jabatan kesihatan Negeri Sarawak

Date : 3 November 2025
Time : 8.30 pagi - 5.30 petang
Venue : Sheraton Hotel, Kuching

Program Bengkel Pengurusan Kematian Agama-Agama Lain telah berjaya dilaksanakan dengan matlamat memperkukuh kefahaman dan kepekaan antara agama dalam pengurusan kematian mengikut kepercayaan serta adat dan tradisi masing-masing.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).  Sesi taklimat utama pula telah disampaikan oleh Dr. Vivek Vijayan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan kesihatan Negeri Sarawak, yang berkongsi panduan serta prosedur kesihatan berkaitan pengurusan kematian pelbagai agama.

Pada hari pertama Bengkel, seramai 7 wakil dari rumah ibadat agama-agama lain telah berkongsi panduan pengurusan serta senarai pengurus Jenazah masing-masing.  Manakala 5 lagi wakil akan membuat perkongsian pada hari kedua iaitu pada 4 November 2025.
Selain memupuk kefahaman antara agama, bengkel ini juga bertujuan mengkompil senarai pengurus jenazah daripada setiap rumah ibadat di seluruh Sarawak. Senarai ini akan dikongsikan kepada 23 buah hospital Kerajaan di Sarawak bagi memudahkan urusan serta penyelarasan semasa pengurusan kematian melibatkan agama-agama lain.

Bengkel ini menjadi platform penting untuk menimba ilmu, bertukar pandangan, dan memperkukuh kerjasama antara agensi Kerajaan serta komuniti agama ke arah memastikan setiap pengurusan kematian dilaksanakan dengan penuh hormat, tertib, dan sensitif terhadap kepercayaan masing-masing.

#UNIFOR
#UniFor4ALL
#Touch_Base
<< Balik ke Penyenaraian
 


© Jabatan Premier Sarawak. Hak Cipta Terpelihara.


Kemas Kini Terakhir Pada 23 Apr 2026

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image
image
image

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

TINGKAT 20, WISMA BAPA MALAYSIA,

PETRA JAYA, 93502 KUCHING,

SARAWAK.

NO. TEL: +6082-441957

NO. FAKS: +6082-441677

EMEL: 555999@sarawak.gov.my

Sarawak Gov App
image image
Aduan & Maklum Balas Polisi Keselamatan Dasar Privasi Terma Dan Syarat Peta Laman
Kaunter Pelawat: 36450172
imageImbas untuk Telefon Bimbit
image
image Kalendar
image Pengumuman
Important Notification
image
Important Notification
image Facebook
image Youtube