Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS25)
Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS25)
Tarikh: 22 Oktober 2025
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, telah menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS 2025) yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Bertemakan “AI & Green Evolution: Growth, Challenges and Community Resilience”, persidangan yang berlangsung selama dua hari ini memberi tumpuan kepada integrasi Artificial Intelligence (AI), Ekonomi Digital dan Teknologi Hijau. Gabungan ini merupakan strategi utama Kerajaan Sarawak dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai peneraju dalam pembangunan ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar.
Dalam ucapannya, Premier Sarawak turut mengumumkan pelancaran aplikasi baharu yang dinamakan Sarawak Pass, iaitu penjenamaan semula kepada aplikasi Sarawak ID. Aplikasi ini berfungsi sebagai identiti digital tunggal rakyat Sarawak bagi mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri melalui konsep "one-login".
Turut serta dalam persidangan ini bersama YBhg. Dato Pengarah ialah Encik Kenny Anak Koria, Ketua Pegawai Maklumat UNIFOR, dan Encik Aloysius Bin Gulih, Pegawai Tadbir UNIFOR.