icon AJAX Error
Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator.
icon
Close

image image
  • Laman Utama
  • Latar Belakang
  • Fungsi Teras
    • BAHAGIAN DASAR
    • BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    • BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
    • BAHAGIAN PERMOHONAN PROJEK
    • BAHAGIAN PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN
    • BAHAGIAN PERPADUAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
  • PIAGAM PELANGGAN
  • Other Religions Service Management System (ORSEM)
  • Aktiviti/Program
    • Aktiviti/Program
  • Direktori Kakitangan
  • Hubungi Kami

Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 2/2025

 
Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 2/2025

21.10.2024
10.30 pagi
Hall 1, Kompleks UNIFOR, Jalan Ong Tiong Swee

Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 2/2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri yang bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertempat di Kompleks UNIFOR, Jalan Ong Tiong Swee.

Sebanyak 107 permohonan bantuan dana rumah ibadat agama-agama lain berjumlah RM19,057,250 telah diluluskan bagi Fasa 2 Tahun 2025. Dalam majlis ini, cek telah diserahkan kepada 41 Ahli-Ahli Yang Berhormat serta wakil-wakil dari pusat khidmat DUN Sarawak.

Dalam amanatnya, Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan agar pihak rumah ibadat menggunakan sepenuhnya dana bantuan yang telah diluluskan dan menghantar laporan kemajuan projek kepada UNIFOR. Beliau menekankan bahawa permohonan bantuan dana seterusnya tidak akan dipertimbangkan sekiranya laporan kemajuan projek tidak dikemukakan.

Selain itu, beliau turut menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat kawasan untuk terus bekerjasama dengan UNIFOR dalam aspek pemantauan projek yang telah diluluskan. Beliau juga menasihatkan agar setiap permohonan baharu dikemukakan dengan jumlah yang bersesuaian dengan skop projek bagi memastikan pelaksanaan bantuan dapat dijalankan secara teratur, berkesan.

Untuk rekod, UNIFOR telah menyalurkan sebanyak RM35.77 juta bagi Fasa 1 dan Fasa 2 Tahun 2025, manakala baki jumlah peruntukan akan diagihkan dalam masa terdekat.

#UNIFOR
#UniFor4ALL
#touchbase
<< Balik ke Penyenaraian
 


Hakcipta © 2020 Jabatan Premier Sarawak Last Updated on 4 April 2022


Kemas Kini Terakhir Pada 20 Oct 2025

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image
image
image

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

TINGKAT 20, WISMA BAPA MALAYSIA,

PETRA JAYA, 93502 KUCHING,

SARAWAK.

NO. TEL: +6082-441957

NO. FAKS: +6082-441677

EMEL: 555999@sarawak.gov.my

Sarawak Gov App
image image
Aduan & Maklum Balas Polisi Keselamatan Dasar Privasi Terma Dan Syarat Peta Laman
Kaunter Pelawat: 26788109
imageImbas untuk Telefon Bimbit
image
image Kalendar
image Pengumuman
Important Notification
image
Important Notification
image Facebook
image Youtube