Gereja BEM Sungai Bakas, Sibuti telah musnah dalam kebakaran pada 2 September 2025, mengakibatkan Pastor Ibrahim Anyi kehilangan tempat tinggal serta harta benda.
Bagi memberi sokongan moral serta mengenal pasti kerosakan dan cadangan pembinaan semula, Yang Berbahagia Dato’ Georgina Apphia Ngau bersama Yang Berhormat Datuk Rosey Binti Haji Yunus, Ahli Dewan Undangan Negeri N71 Bekenu, dan Yang Berhormat Datuk Lukanisman Bin Awang Sauni, Ahli Parlimen Sibuti, telah melawat lokasi kejadian. Turut hadir ialah wakil Majlis Umum, Pengerusi BEM Daerah Miri serta rombongan pastor-pastor.