Presiden Kuil Sri Maha Mariamman Sibu, Tuan Sarjan Manogaran A/L Krishnasamy, bagi pihak kuil berkenaan telah menjemput YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), untuk mengadakan lawatan rasmi.
Pada malam ini, Dato Pengarah bersama pegawai-pegawai UNIFOR telah meneruskan aktiviti turun padang dengan melawat Kuil Sri Maha Mariamman Sibu. Ketibaan rombongan telah disambut meriah oleh Presiden, ahli jawatankuasa serta komuniti kuil tersebut.
UNIFOR telah dibawa meninjau projek-projek siap yang dilaksanakan melalui bantuan dana rumah ibadat UNIFOR. Kuil berkenaan kelihatan tersergam indah, dihiasi dengan lampu dan lukisan seni yang memukau.
Dato Pengarah menzahirkan rasa Puas terhadap hasil tinjauan dan seterusnya disertai denngan upacara doa pemberkatan oleh Dewi Sri Maha Mariamman.
Selain itu, rombongan UNIFOR juga berpeluang menikmati jamuan bersama masyarakat Hindu di Sibu, sebagai usaha mengukuhkan hubungan dan memahami keperluan kuil berkenaan pada masa hadapan.
Untuk rekod, sejak tahun 2017, UNIFOR telah menyalurkan sebanyak RM550,000.00 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Sibu bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan rumah ibadat ini.