YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah mengadakan aktiviti turun padang ke Gurudwara Sahib Sibu pada pagi ini.
Aktiviti turun padang pejabat pengarah ini bertujuan untuk melihat sendiri keperluan serta kemajuan projek yang telah disalurkan melalui bantuan dana rumah ibadat UNIFOR.
Dato Pengarah berasa amat berpuas hati dengan lawatan tersebut dan telah sempat meluangkan masa bersama komuniti Sikh di Sibu. Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai daripada UNIFOR.
Untuk rekod, sejak tahun 2017, UNIFOR telah menyalurkan geran bantuan sebanyak RM425,000.00 kepada Gurudwara Sahib Sibu bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan rumah ibadat tersebut.