Majlis pecah tanah Yoking Fuk Teck Kung Beliong, Kota Samarahan dan Majlis Penyerahan Cek
7 Ogos 2025 (Khamis)
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR menghadiri majlis pecah tanah Yoking Fuk Teck Kung Beliong, Kota Samarahan dan Majlis Penyerahan Cek.
Majlis pecah tanah tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian dan Majlis Penyerahan Cek tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai UNIFOR.
Untuk rekod, sejak 2017 UNIFOR telah menyalurkan geran bantuan sebanya RM1.7 juta kepada Tokong Fuk Teck Kung Beliong, Kota Samarahan untuk pembangunan rumah ibadat.