Menghadiri Misa Kudus dan Pemberkatan New Extension Structure Gereja Mount Hosanna, Gua, Sri Aman.
23.03.2025 (Ahad)
YBhg Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR serta Team Bahagian Projek UNIFOR telah menghadiri Misa Kudus dan Pemberkatan New Extension Structure Gereja Mount Hosanna, Gua, Sri Aman.
Misa Kudus dan Majlis Pemberkatan ini juga diketuai oleh Uskup Agung Gereja Katolik Sarawak Dato Dr. Simon Poh Hoon Seng dan Rektor Rev. Father Jerome Juleng.
Seramai Kira - Kira 700 pengunjung menghadiri misa kudus dan pemberkatan gereja ahad ini.
Selesai misa, YBhg Dato Pengarah sempat meluangkan masa melihat keadaan gereja serta menanam pokok belian di sekitar Gereja Mount Hosanna, Gua, Sri Aman.
Untuk rekod, UNIFOR telah menyalurkan bantuan dana sebanyak RM140,000 pada 2023 kepada Gereja Mount Hosanna untuk tujuan menaiktaraf (extension) gereja.