Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 4 2024
10.12.2024 Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 4 2024 yang disempurnakan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Sebanyak 41 cek bernilai RM8.776 juta kepada 19 Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen serta wakil mereka. Ini merupakan penyerahan terakhir geran di bawah peruntukan UNIFOR untuk tahun ini juga dengan jumlah keseluruhan RM90 juta untuk rumah ibadat agama-agama lain.
Antara yang hadir ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak YB Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak YB Datuk Rosey Yunus dan Pengarah UNIFOR Dato Georgina Apphia Ngau.