Bengkel (SCS) Scorecard untuk Pentadbiran Bahagian Sarawak.

Posted on 15 Oct 2024
Source of News: Edisi UKAS

KUCHING: Bengkel Penjawat Awam Sarawak (SCS) Scorecard yang berlangsung selama dua hari bermula pada 15 hingga 16 Oktober 2024 di Kuching telah disertai oleh 48 pegawai daripada 12 Pentadbiran Bahagian Sarawak.

Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan pengukuran prestasi pentadbiran di semua bahagian sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Selain itu, inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan setiap bahagian SCS mampu mengukur dan menilai prestasi mereka secara sistematik, menggunakan pendekatan SCS Scorecard yang lebih tersusun dan berfokus.

Usaha ini juga selaras dengan agenda transformasi pentadbiran awam di Sarawak yang memfokuskan kepada peningkatan kecekapan, inovasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak Superi Awang Said.

Beliau dalam satu kenyataan pada Rabu memberitahu, usaha seumpama ini amat penting dalam usaha memantau prestasi dan penyelarasan strategik dalam pentadbiran awam.

Katanya, langkah ini penting untuk memastikan setiap pentadbiran dapat berfungsi secara optimum, berinovasi dan responsif terhadap keperlun rakyat di seluruh Sarawak. -EDISI UKAS