Sesi Penglibatan Strategik Kecemerlangan Perniagaan (BE) ke Indonesia

Posted on 19 Feb 2024
Source of News: STIU
19 Februari 2024 - Pegawai - pegawai STIU yang diketuai oleh Pengarah, Encik Superi Awang Said telah berpeluang untuk mengikuti program "Benchmarking Business Excellence (BE) Strategic Engagement Session to Indonesia" anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 19 - 24 Februari 2024. Program ini adalah bertujuan untuk mempelajari proses inisiatif BE dipraktikkan di beberapa organisasi besar di Indonesia. Lawatan juga disertai oleh beberapa agensi lain di Perkhidmatan Awam Sarawak seperi Unit Perancang Ekonomi Sarawak, MUFTI, JAIS, SEDC, SDEC dan sebagainya.