Program Cara Hidup Sihat STIU 2024 Tema : "Revolusi Kesihatan STIU

Posted on 13 Aug 2024
Source of News: STIU


Program Cara Hidup Sihat STIU 2024 Tema : "Revolusi Kesihatan STIU - Mulakan Hari Ini" yang telah diadakan pada 13 Ogos 2024 di sebuah hotel di Kuching. Program ini bertujuan untuk memperkasakan semua staf dengan pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti interaktif dan sesi pendidikan kesihatan. Dengan menyokong visi untuk mempromosikan kesejahteraan fizikal dan mental, program ini akan menawarkan ceramah kesihatan, bengkel pemakanan, serta aktiviti senaman dan kesihatan secara langsung. Melalui pendekatan inovatif dan bersepadu, "Revolusi Kesihatan STIU - Mulakan Hari Ini" adalah langkah proaktif untuk memulakan perubahan positif dalam gaya hidup setiap kakitangan STIU.