MPP Facebook - Sesi Perkongsian Bagi Perkhidmatan SarawakID dan Service Sarawak

Posted on 25 Jul 2024
Source of News: MPP

 
25 JULAI 2024 (KHAMIS) - Sesi Perkongsian bagi Perkhidmatan Sarawak ID dan Service Sarawak telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Latihan, Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Sesi perkongsian ini adalah anjuran bersama dengan Pusat Service Sarawak Kuching, Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak. Sesi perkongsian yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MPP ini telah disampaikan oleh Puan Nursyahila Batrisya Agol Abdullah dan Puan Jenny Anak Mathius dari Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak.
 
Tujuan sesi perkongsian ini adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai Sarawak ID ; meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan aplikasi digital dan mempromosikan perkhidmatan kerajaan secara atas talian.


Petikan Facebook: https://www.facebook.com/share/p/U2mzb5PWGKSDvjWZ/