Seksyen Pentadbiran Bandaraya
Fungsi-fungsi
1) Menyelaras dan memantau penyediaan kertas MMKN bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dari segi:
- Polisi-polisi dan garispanduan;
- Bajet (Hasil & Perbelanjaan);
- Laporan Audit dan Exit Conference; dan
- Penguatkuasaan “by-Laws”, Undang-undang dan Perlesenan; dan
- Pelantikan Ahli-ahli Lembaga/Dewan.
2) Menyelaras dan memantau perkara-perkara berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu:
- Penyediaan kertas MMKN bagi DBKU, MBKS, dan BDA;
- Tindakan terhadap aduan awam berhubung dengan DBKU, MBKS dan BDA;
- Mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan DBKU, MBKS dan BDA termasuk Mesyuarat PBT;
- Program Bandar Selamat bagi DBKU, MBKS dan BDA;
- Aktiviti permohonan lesen dan permit iklan Pemberi Pinjam Wang Negeri Sarawak;
- Permohonan perlantikan, perubahan, pewartaan, dan pengeluaran Kad Kuasa bagi Timbalan Pendaftar dan Pegawai Pemeriksa PPW di peringkat bahagian/PBT;
- Permohonan pertukaran alamat premis perniagaan bagi agensi nombor ramalan di Negeri Sarawak; dan
- Permohonan menebang pokok di kawasan rumah kediaman dan bangunan kerajaan.
3) Mengkaji dan menyelaras cadangan persempadanan semula kawasan pentadbiran Negeri Sarawak (Urusetia Jawatankuasa bagi Mengkaji Semula Persempadanan Pentadbiran (CRAB) Committee For Reviewing Administrative Boundary); dan
4) Urusetia Mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pegawai-pegawai Untuk Dihubungi:
| Penolong Pengarah Azizah binti Merni Tel : 082-319081 Ext 2109 Emel: azizahm@sarawak.gov.my |
|
| Pembantu Tadbir Abdul Healee bin Bujang Seran Tel: 082-440191, Ext 2073 Emel: abdulhbs@sarawak.gov.my |
|
| Pembantu Tadbir Patricia Anak Peter |
