picture
 

Definisi


 

1.    DEFINISI

 

Penyelidik Asing (luar negeri) merujuk kepada penyelidik tajaan Kerajaan, Syarikat, Badan-badan Bukan Kerajaan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta penyelidik persendirian dari luar negeri termasuk dari Sabah dan Semenanjung Malaysia

 

Penyelidik Tempatan merujuk kepada tajaan Kerajan, Syarikat, Badan-badan Bukan Kerajaan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta penyelidik yang berasal dari Negeri Sarawak.

 

 

 

2.    PUNCA KUASA

 

Surat Pekeliling Kerajaan Negeri Sarawak

 

Rujukan (62)dlm.UPN/807/1 Vol.3 bertarikh 28 Mac 1998

 

KELULUSAN BAGI PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SARAWAK

 

3.    DI MANA PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN HARUS DIHANTAR?

Tiga agensi terlibat dalam memproses permohonan untuk menjalankan penyelidikan iaitu Unit Perancang Ekonomi Sarawak (Economic Planning Unit Sarawak EPU), Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak (Forest Department, FD) dan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (Sarawak Biodiversity Centre, SBC).

 

Penyelidik yang bercadang untuk menjalankan penyelidikan di Sarawak perlu membuat memohon melalui agensi-agensi yang terlibat (berdasarkan kepada subjek penyelidikan) bagi memohon kelulusan.

 

Penyelidik yang lokasi penyelidikannya melibatkan negeri Sarawak dan lain-lain negeri di Malaysia perlu turut memohon kelulusan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU).

 

Terdapat dua kategori permohonan iaitu penyelidikan secara individu dan penyelidikan secara berkumpulan.

 

Jenis-jenis penyelidikan: Disertasi / Tesis / Laporan / Laporan yang diterbitkan termasuk Jurnal Penyelidikan.