Kajian Penyelidikan di Sarawak


1.    DEFINISI

Penyelidik Asing (luar negeri) merujuk kepada penyelidik tajaan Kerajaan, Syarikat, Badan-badan Bukan Kerajaan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta penyelidik persendirian dari luar negeri termasuk dari Sabah dan Semenanjung Malaysia

Penyelidik Tempatan merujuk kepada tajaan Kerajan, Syarikat, Badan-badan Bukan Kerajaan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta penyelidik yang berasal dari Negeri Sarawak.

 

2.    PUNCA KUASA

Surat Pekeliling Kerajaan Negeri Sarawak

Rujukan (62)dlm.UPN/807/1 Vol.3 bertarikh 28 Mac 1998

KELULUSAN BAGI PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SARAWAK

 

 

3.    DI MANA PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN HARUS DIHANTAR?

Tiga agensi terlibat dalam memproses permohonan untuk menjalankan penyelidikan iaitu Unit Perancang Ekonomi Sarawak (Economic Planning Unit Sarawak EPU), Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak (Forest Department, FD) dan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (Sarawak Biodiversity Centre, SBC).

Penyelidik yang bercadang untuk menjalankan penyelidikan di Sarawak perlu membuat memohon melalui agensi-agensi yang terlibat (berdasarkan kepada subjek penyelidikan) bagi memohon kelulusan.

Penyelidik yang lokasi penyelidikannya melibatkan negeri Sarawak dan lain-lain negeri di Malaysia perlu turut memohon kelulusan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU).

Terdapat dua kategori permohonan iaitu penyelidikan secara individu dan penyelidikan secara berkumpulan.

Jenis-jenis penyelidikan: Disertasi / Tesis / Laporan / Laporan yang diterbitkan termasuk Jurnal Penyelidikan.

 

4.    SKOP PENYELIDIKAN BERDASARKAN AGENSI

 

 

 

5.    BORANG PERMOHONAN PENYELIDIKAN

Penyelidik yang berminat untuk menjalankan Kajian Penyelidikan di Sarawak boleh memuat turun Borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan melalui agensi-agensi yang berkaitan:

i)         Unit Perancang Ekonomi Sarawak

  • Penyelidik Tempatan -
  • ·Permohonan Untuk Menjalankan Kajian di Sarawak, Malaysia
  • Penyelidik  – Application to Conduct Research in Sarawak, Malaysia

ii)        Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak (FD)

  • A1 – Application For Permission to Conduct Research on Biological Resources in the State of Sarawak, Malaysia (This form is only if there is no collection of Biological Resources)
  • A2 – Application for Permission to Conduct Research on Biological Resources/ Collect Samples of Biological Resources For Research
  • A3 – Application for Permission to Collect Samples of Biological Resources in the State of Sarawak, Malaysia for Non-Research Purpose

http://www.forestry.sarawak.gov.my/pages.php?mod=announcement&sub=announcement_detail&id=2

iii)       Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC)

  • Application for A Permit (Access, Collection and Research on Biological Resources in Sarawak)

http://www.sbc.org.my/media-centre/downloads/biodiversity-research-permit-application

 

6.    PEGAWAI SERANTA

Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi pegawai kami seperti butiran berikut:

 

Nama        : Siti Rudzaina bt Mohd Rudzaini

Emel         : sitirr@sarawak.gov.my

No. tel       : 082-319387

No. Faks    : 082-449481 / 442536