| 1. |
Menyediakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia dalam tempoh masa satu (1) tahun sebelum Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang sebelumnya tamat.
|
| 2. |
Memaklumkan agensi klien mengenai senarai Projek Pembangunan Pembiayaan Negeri yang telah diluluskan dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
|
| 3. |
Memudahcara pelaburan di kawasan SCORE sehingga projek dilaksana dengan jayanya.
|
| 4. |
Menyediakan Kertas Kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja.
|
| 5. |
Menyediakan Terma Rujukan Kajian (TOR) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
|
| 6. |
Menyediakan Kertas Taklimat Pembangunan dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja.
|
| 7. |
Membuat semakan Kertas Cadangan Projek dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja.
|
| 8. |
Menyediakan Minit Mesyuarat SDEC dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat diadakan.
|
| 9. |
Memaklumkan pemohon mengenai keputusan Permohonan Penyelidikan Sosio Ekonomi dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan ulasan daripada agensi berkaitan.
|
| 10. |
Memberi maklumbalas kepada pemohon mengenai Permohonan Maklumat dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
|