Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Dato Sri John Sikie Cadang Perkasa Jualan Dalam Talian Untuk Pengusaha Kraftangan

LIMBANG: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai mencadangkan langkah strategik untuk memperkasa jualan dalam talian, khususnya bagi pengusaha kraftangan sebagai usaha memperluaskan pasaran produk tempatan. Dalam ucapannya pada majlis perasmian Bazar Gawai Medamit pada Jumaat, beliau menekankan bahawa penggunaan sepenuhnya fasiliti yang ada, termasuk kerjasama dengan Majlis Kraf Sarawak dan Majlis Kraf Malaysia adalah cara terbaik untuk membuka peluang kepada pengusaha tempatan menembusi pasaran yang lebih luas. Menurut beliau, jualan dalam talian adalah langkah penting untuk membantu pengusaha kraftangan tempatan bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi juga di pasaran antarabangsa. “Dengan sokongan penuh daripada organisasi berkaitan, seperti Sarawak Craft Council, kita mampu membawa produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” jelas beliau. Menurutnyalagi, ini adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan perkembangan teknologi dan platform dalam talian yang dapat membantu pengusaha kecil dan sederhana di luar bandar memasarkan produk mereka tanpa batasan. Dato Sri John Sikie turut menggesa agar lebih banyak pengusaha kraftangan tempatan mengambil peluang ini untuk meningkatkan daya saing mereka di pasaran global. Langkah ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang ekonomi untuk komuniti luar bandar, sekali gus merangsang pertumbuhan sektor keusahawanan di Sarawak. Dengan sokongan kerajaan dan kerjasama pelbagai pihak, jualan dalam talian diyakini akan memberikan impak besar terhadap kemajuan industri kraftangan dan ekonomi setempat. Program Bazar Gawai Medamit yang berjaya menghimpunkan 22 gerai jualan turut menyaksikan masyarakat setempat mengambil bahagian dalam memperkenalkan produk tempatan dan meningkatkan semangat kekitaan dalam komuniti. Di kesempatan itu juga, beliau turut mengumumkan peruntukan RM25,000 kepada Jawatankuasa Pengelola Bazar Gawai Medamit sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran acara ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang; wakil Pegawai Daerah Limbang, Danny David; Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Sufian Mohat; Pengerusi Pengelola Bazar Gawai Medamit, David Bada Pengarah; Ketua Masyarakat Iban Limbang, Temenggong Willie Marum Liaw; Ketua Masyarakat Bisaya Limbang, Temenggong Nicholas Buyok Pura; dan Pengerusi Persatuan Bisaya Sarawak, Joseph Blandoi. -EDISI UKAS

Lihat

news

PPP Hospital Sibu Dirai Pada Malam Gala Hari Pembantu Perubatan 2025

SIBU: Lebih 500 warga kesihatan di wilayah ini menghadiri Malam Gala Hari Pembantu Perubatan 2025 Peringkat Sarawak yang berlangsung di Dewan Utama Hotel Kingwood Sibu pada Jumaat. Majlis anjuran Assistant Medical Officer Sibu Hospital (AMOSH) dengan kerjasama Persatuan Penolong Perubatan Sarawak (SAMOA) dan Kesatuan Pembantu Perubatan Sarawak (SUMA) ini merupakan kemuncak kepada sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat Hospital Sibu. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Micheal Tiang Ming Tee berkata, sambutan tersebut merupakan penghargaan kepada jasa dan pengorbanan para Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang menjadi tonggak penting dalam sistem kesihatan awam. "Inilah asas yang memperkukuh budaya kerja dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. "Dalam profesion kesihatan, walaupun datang dari pelbagai latar belakang, kita semua bersatu dalam matlamat yang sama iaitu untuk merawat, menjaga dan menyembuh,” katanya ketika berucap di majlis tersebut. Datuk Micheal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan turut menyempurnakan penyampaian Anugerah AMOSH buat julung kalinya kepada PPP Hospital Sibu yang menunjukkan komitmen tinggi, disiplin serta keterlibatan aktif. Tiga kategori diperkenalkan iaitu PPP Paling Kemas Beruniform, PPP Paling Mesra dan PPP Paling Proaktif dengan pemilihan dilakukan melalui undian dalam talian oleh seluruh warga Hospital Sibu sepanjang Januari hingga April lalu. Selain itu, PPP dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah bersara, turut diberikan penghargaan atas jasa bakti mereka dalam dunia kesihatan.-EDISI UKAS

Lihat

news

全力支持砂中区单亲妈妈公会建会所

诗巫:砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部副部长拿督程明智全力支持砂拉越中区单亲妈妈公会(PITWITS)希望拥有一个属于自己的会所,并承诺将跟进土地事宜。 他表示,他将与砂拉越妇女、儿童及社区和谐发展部跟进及洽谈,以争取该部对这块土地的推荐及支持。 “公会希望拥有一栋属于自己的会所,我很感谢武吉阿瑟立法议员钱进一,他通过砂拉越土地及测量局协助物色了一块可作为公会未来大楼用地的地点。我将与相关部门配合,为他们争取支持,好让公会能够进一步规划大楼建设。” 他周日在与砂中区单亲妈妈公会展开交流后,向媒体如是透露。 他也补充,自己将全力支持该项倡议。 在交流期间,钱进一也与该会会员进行对话,聆听她们所面对的问题与诉求。 也是柏拉旺立法议员的拿督程明智透露,该会成员也希望申请可负担房屋。 “我告知他们,目前除了兰道邦江人民组屋计划(PPR Rantau Panjang)仅供租用外,她们也可向砂政府申请房屋租金援助。不过,该区似乎并不适合大部分会员。我也告诉她们,我正在计划一项新的可负担房屋项目,目前尚在向砂政府申请批准阶段。一旦项目获批,我将第一时间通知该会,并优先考虑会员的需求,届时将开放供她们申请。” 此外,拿督程明智也承诺将时刻准备好给予该会援助,尤其是在一些特定或紧急情况下给予援助,例如有会员希望开展小型生意却不知如何开始的情况。 在当天的活动中,他也赠送母亲节礼品和花给砂中区单亲妈妈公会会员。 “我衷心感谢所有会员,尤其是各位母亲。成为母亲是一件高尚的事,因为她们给社会带来了巨大的影响,她们灌输爱、安全感,并建立了健康的家庭。” 他也称赞众多母亲在幕后默默耕耘,虽然育儿工作不易,但她们无声的付出正是社会最宝贵的礼物之一。-UKAS刊  

Lihat

news

2025年苏必士PBM卫星计划,彰显政府对乡区人民的承诺

瑟布帛:政府持续通过于周六在苏必士的瑟布帛礼堂举行的2025年苏必士PBM卫星计划,落实“昌明经济议程”的同时,也支持砂拉越迈向先进区域的愿景。 这项计划由苏必士县公署与高原发展机构(HDA)联办,并由马来西亚卫生部副部长兼实务的区国会议员拿督鲁卡尼斯曼主持开幕仪式。 拿督鲁卡尼斯曼指出,此类计划对逐步推动乡区发展至关重要,也符合2030年砂拉越后冠病发展策略的方向。 “我们希望这类计划不只是形式上的仪式,而是真正能够触及并改善乡区人民的生活。” 同时,高原发展机构区域总监祖安尤比表示,这项活动是一个接近社区的平台,能够直接将政府资讯与便利传达给人民。 当天,主办单位也举办了一系列有益社区的活动,包括在甘榜拉宗举办社区大扫除、免费健康筛检、儿童绘画比赛、卡拉OK及幸运抽奖等。 多个政府机构也设立服务柜台和展览摊位,包括政府诊所、土著信托基金(ASB)及社会福利局(JKM)。 出席活动的嘉宾还包括砂拉越发展局局长贾斯尼朱布里以及美里县警区副主任努阿斯益金警监。-UKAS刊  

Lihat

news

Jasa, Pengorbanan Kaum Ibu Perlu Dihargai

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah merayakan sambutan Hari Ibu dengan sungguh meriah bersama dengan Biro Wanita Kampung Raso 2, Lundu dalam Majlis Sambutan Hari Ibu di Dewan Serbaguna Kampung Raso 2 yang diadakan pada malam Sabtu. Seramai 33 orang yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal telah diraikan dan menerima bantuan berupa bakul makanan dalam majlis tersebut. Berucap ringkas di majlis tersebut, Billy berkata jasa dan pengorbanan para ibu perlu dihargai dengan sebaik-baiknya terutamanya jasa mereka membesarkan “kita hargai kerana tanpa adanya ibu, kita tidak akan berada di sini. Anak- anak juga perlu berkorban untuk orang tua terutamanya yang memerlukan penjagaan khusus,” ujarnya. Dalam pada itu, bercakap soal pembangunan di Kampung Raso 2, Billy berkata, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000 bagi tujuan membina baru kawasan tempat letak kereta di Dewan Serbaguna Kampung Raso 2 ini. -EDISI UKAS

Lihat

news

Ulang Tahun Ke-5 Klan Chang Simanggang Kukuhkan Perpaduan dan Persefahaman Antara Ahli

SIMANGGANG: Semangat perpaduan dan jalinan persefahaman antara ahli komuniti terus diperkukuh melalui Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Persatuan Klan Chang Simanggang yang berlangsung meriah di Hotel Seri Simanggang, Sabtu lalu. Majlis yang menghimpunkan kira-kira 400 tetamu dari seluruh Sarawak dan Sabah itu bukan sahaja meraikan ulang tahun persatuan, malah menjadi wadah penyatuan komuniti menerusi semangat kekeluargaan dan kerjasama erat. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, majlis itu turut menyaksikan pelantikan jawatankuasa baharu bagi sesi 2024–2026 yang dipimpin oleh Chong Kui Min sebagai Pengerusi. Dalam ucapannya, Datuk Francis menekankan pentingnya persatuan seperti Klan Chang sebagai jambatan silaturahim yang merentasi geografi dan perbezaan latar belakang, demi mencapai kesejahteraan bersama. “Halatuju berpersatuan adalah sebagai platform sekumpulan orang yang sama fahaman untuk mengeratkan perhubungan sesama ahli, di samping bersedia membantu ahli dalam aspek kebajikan, ekonomi dan kemajuan pendidikan agar boleh bersama maju dalam kehidupan,” katanya. Sebagai sokongan kepada usaha murni persatuan, beliau turut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Klan Chang Simanggang bagi memperkasa lagi peranan mereka dalam komuniti. Turut hadir menyemarakkan suasana, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor; Presiden Kehormat Persekutuan Klan Chang Sarawak, Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok; Pengerusi Persekutuan Klan Chang Sarawak, Tiong Chiong Hua; dan Pengerusi Persekutuan Klan Chang Sabah, Chong Tet Fook. Majlis bersejarah ini bukan sahaja menandakan kejayaan lima tahun penubuhan persatuan, malah mencerminkan komitmen ahli Klan Chang dalam membina jaringan sosial yang utuh, memperkukuh perpaduan, dan memelihara nilai kekitaan demi masa depan yang lebih cemerlang.

Lihat

news

成邦江张氏公会创会5周年纪念庆典巩固会员间团结与相互理解

成邦江:成邦江张氏公会于周六在斯里成邦江酒店盛大举办创会5周年庆典,藉此进一步巩固会员间的团结与互相理解精神。 这场盛宴吸引了来自砂拉越与沙巴各地约400名来宾齐聚一堂,不仅庆祝公会的创会周年纪念,也借助浓厚的家族情谊与紧密合作精神,促进社区团结与凝聚力。 砂教育、创新及才能发展部(才能发展)副部长兼成邦江立法议员拿督法兰斯哈丁也受邀出席并为庆典主持开幕仪式,同时也见证由张氏公会会长张贵茗所领导的2024至2026年度新届理事会进行宣誓就职仪式。 拿督法兰斯在致词时强调,为了实现和谐,诸如张氏公会等组织在超越地理和背景差异方面扮演者桥梁角色。 “一个拥有共同理念的群体应借助公会的平台,加强彼此联系,同时在福利、经济及教育方面互相扶持,以便一同迈向更好的生活。” 为支持该会的积极贡献,他也宣布拨款5000令吉乡区小型发展计划(MRP)款项,以进一步推动公会在社区中的角色。 庆典也迎来多位贵宾共襄盛举,包括龙芽立法议员诺拉扎达央、砂拉越张氏联合总会永久名誉会长丹斯里拿督张仕国以及砂拉越张氏联合总会总会长张昌华。 这场意义深远的庆典不仅见证了公会创会5年的成就,也展现出张氏公会在建立坚实社交网络、强化团结与维护家族认同感方面的承诺,为迈向更辉煌的未来打下基础。-UKAS刊

Lihat

news

Bazaar Gawai Medamit Meransang Penyerakup Enggau Ekonomi, RM25,000 Dikemendar Ngatur Program Taun Baru

LIMBANG: Bazaar Gawai Medamit 2025 ukai semina pengerami budaya tang mega nyadi lambang peneguh penyerakup komuniti enggau penyungkak ekonomi lokal tumbuh, ku Sapit Menteri Pengangkut Malaysia ke mega Kaban Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah. Bejaku ba pengawa nangguh pengerami ti richah diatur di Dewan Terbuka Medamit kena Hari Enam, Datuk Hasbi mega ngemendar agih belanja RM25,000 kelai sukung ngatur Bazaar Gawai Medamit taun tu. Ku iya, tu siti inisiatif nyengenda nentuka program tu ditampung ti diatu nyadi pelasar penyerakup pupu bansa enggau jalai pengarap ba sitak menua ulu Sarawak. “Pengawa ngatur bazaar tu ukai semina ngerichah pengerami Gawai Dayak tang mega ulih ngidupka baru ekonomi Pasar Medamit ti suba nyadi pematak nyengkaum ngagai peranak ari menua sepiak, Brunei,” ku iya. Iya nyemetak madah, pemansang fizikal enggau infrastruktur dikenulu perintah sambil madah ke projek Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Renggat Kedua benung chakah dipejalai. Jalai nya deka nyambung sitak Medamit lalu enda ibuh nengah menua Brunei Darussalam lalu disadang meri pemaik besai ngagai komuniti menua pesisir. “Penembu projek tu ila deka ngerandang mayuh agi peluang lalu ngangkatka Medamit nyadi pugu ekonomi enggau dagang temuai baru,” ku iya. Iya madah baru, projek Jalai Ulu Lubai - Bukit Sagan deka berengkah dipejalai bulan June tu pengudah nyerahka taba ngagai kontraktor seraya meri pemaik ngagai peranak dia. “Pengeransing perintah nengeri diiring GPS enggau Perintah Penyerakup ba renggat Perintah Besai nyata dipeda lalu sitak menua pesisir enda kala dikelaung,” ku iya nyemetak seraya ngelalau rayat terus meri sukung ngagai tuai diatu. Pengerami nangguh nya richah enggau bemacham pemerindang main asal, Pekit Kumang Anak Mit, chabut tikit benasip enggau simbolik Ngetas Ranyai ti nerima timbal manah ari lebih 550 pengusung ti bisi datai. Bela datai ngerichah pengerami iya nya Chairman Kaunsil Pelilih Limbang, Kr Sufian Mohat; Sekretari Kaunsil Pelilih Limbang, Michelle Hildalyne Jering Anthony Luta; Penulung Pegawai Pelilih Limbang, Mariati Samat; Sapit Chairman Kaunsil Pelilih Limbang, Kr Adison Langgar Injan sereta tuai komuniti nyengkaum Temenggong Willie Marum enggau Pemancha Robert Kunyu Anggau. Pengerami diatur Komiti Tamu Medamit enggau kerejasama Kaunsil Pelilih Limbang tu ngayanka pemanah kolaborasyen komuniti ngemujur pengawa tradisyen besai di menua pesisir. – EDISI UKAS

Lihat

news

Sukan Permotoran Sarawak Perluas Ekosistem Profesional, Bukan Sekadar Fokus kepada Pelumba

KUCHING: Presiden Persatuan Sukan Permotoran Negeri Sarawak (SMA), Senator Dato’ Ahmad Dato’ Sri Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan sukan permotoran tidak hanya tertumpu kepada pelumba semata-mata. Sebaliknya ujar beliau, ia perlu diperluaskan kepada marshal, jurulatih dan pegawai teknikal yang menjadi tulang belakang kelancaran perlumbaan. Berucap pada majlis penutupan Kursus Asas Marshal Perlumbaan Negeri Sarawak 2025 di Litar Sementara Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) pada Ahad, beliau turut mengingatkan bahawa pelumba juga wajar mengambil peluang meningkatkan ilmu dan kemahiran sebagai persediaan kerjaya selepas bersara daripada dunia perlumbaan kompetitif. “Racer pun perlu mengambil kesempatan untuk menambah ilmu untuk masa depan sekiranya sudah tidak berlumba secara kompetetif,” katanya. Kursus anjuran SMA dengan kerjasama Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBS) itu disertai seramai 35 peserta dari Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Menurut beliau, peranan marshal tidak harus dipandang ringan kerana mereka adalah ‘mata dan telinga penganjur’ yang memastikan aspek keselamatan dan kelancaran sepanjang perlumbaan. “Kita sering terpesona dengan kelincahan pelumba dan kehebatan jentera, tetapi marshal adalah ‘wira tidak didendang’ dalam dunia permotoran,” ujar beliau lagi. Kursus intensif selama dua hari itu merangkumi latihan teori dan praktikal seperti sistem bendera, komunikasi kecemasan serta simulasi litar. Peserta yang lulus akan menerima Lesen Marshal rasmi daripada MAM dan sijil daripada JBS, manakala peserta lain diberikan Sijil Kehadiran dan digalakkan mencuba semula. Senator Dato’ Ahmad turut menyentuh inisiatif pembangunan sukan permotoran di Sarawak termasuk rancangan pembinaan litar tetap di Gedong seperti diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sebelum ini. “Ini bukan sahaja peluang untuk menganjurkan kejohanan bertaraf tinggi, malah membuka ruang pekerjaan, latihan dan pembangunan profesional untuk marshal serta tenaga kerja tempatan,” katanya. Beliau optimis ramai peserta kursus ini akan terlibat dalam acara utama tahun ini seperti Borneo Star Drift Battle, Borneo Extreme Motocross Challenge dan beberapa lagi perlumbaan yang dalam perancangan termasuk Drag Race, Go Kart dan 4x4 Challenge. “SMA komited melahirkan tenaga kerja sukan permotoran bertauliah yang bukan sahaja bersedia di peringkat negeri, tetapi juga kebangsaan dan serantau,” tambahnya.-EDISI UKAS

Lihat

news

Equipping Rural Communities With Emergency Response Skills A Priority

BELAGA: The Ministry of Digital Malaysia has welcomed initiatives aimed at empowering rural communities with critical emergency response skills, recognising their importance in remote areas that often face limited access to first responder services. Deputy Minister of Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, expressed his strong support for the Komunitiku Sayang Programme Series 5, held in Uma Badeng, Sungai Koyan, Belaga, which focused on raising awareness and equipping local residents with emergency preparedness—particularly in fire safety and first aid response. Speaking during the programme’s launch on Saturday, Datuk Wilson, who is also the Member of Parliament for Hulu Rajang, emphasised the relevance of the programme for the interior of Sarawak, citing several fire incidents in Belaga in recent years as reminders of the need for early safety education and preparedness. “I commend the volunteers who have stepped up to act as first responders during emergencies. Tragedies such as these underscore the importance of equipping our people with knowledge and practical skills in safety and first aid,” he said. Jointly organised by the Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM) and Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), the two-day programme ran from 9 to 10 May and included hands-on safety training and demonstrations. Datuk Wilson also highlighted the wider impact of fire disasters, noting that beyond physical losses, victims often face emotional and psychological challenges. “It is not enough to rebuild infrastructure; we must also strengthen the mental and social resilience of our communities,” he added. “Basic knowledge in first aid, rescue techniques, early fire suppression, and emergency communications is essential and should be widely accessible.” He further stated that the Ministry of Digital Malaysia sees digital technology as a vital tool in disaster management, urging rural communities like Uma Badeng to take full advantage of emergency mobile applications, early warning systems, and reliable communication networks. Calling for urgent progress on the construction of the Sungai Asap Fire and Rescue Station, Datuk Wilson stressed the pressing need for such infrastructure to support rural populations effectively. He also extended his appreciation to BPHB for their collaboration, describing the programme as a shining example of effective public-private partnership in supporting rural development. JBPM’s continued efforts in providing safety education and training were also acknowledged. Among those present at the event were Murum Assemblyman Kennedy Chukpai Ugon, BPHB Vice President Daiana Luna Suip, Sarawak Fire and Rescue Department Director YS PKPjB Jamri Masran, JBPM Zone 5 Bintulu Chief PgKB II Wan Kamarudin Wan Ahmad, Belaga District Officer Bidah Lujah, Belaga District Police Chief DSP Jimbai Bala, Uma Badeng community leader PL Nyaban Kulleh, as well as senior officers from BPHB and JBPM, local community heads and leaders. -UKASnews

Lihat
PertamaSebelumnya791792793794795796797798799800SeterusnyaTerakhir