Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Majlis Makan Malam Pra Gawai Padawan Meriah, Lambang Perpaduan Komuniti Bidayuh

KOTA PADAWAN: Majlis Makan Malam Pra Gawai Peringkat Daerah Kecil Padawan disambut meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama serta komuniti Bidayuh, sekali gus menyerlahkan semangat perpaduan menjelang sambutan Gawai Dayak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn di sini pada Ahad. Dalam ucapannya, Dato Sri Roland memuji komitmen masyarakat Bidayuh yang sentiasa menyokong agenda kerajaan dan menekankan pentingnya penguasaan sains, teknologi, matematik dan Bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda. Beliau turut menyentuh tentang potensi pembangunan di Bayur serta sektor pelancongan dan pertanian di kawasan Mambong. Majlis turut diserikan dengan penyerahan bantuan bakul makanan kepada 15 penerima dari golongan memerlukan sebagai tanda keprihatinan sempena musim perayaan. Majlis ini bukan sekadar sambutan budaya, tetapi turut menjadi simbol penyatuan dan kekuatan komuniti Bidayuh dalam mengekalkan jati diri sambil menyokong pembangunan berterusan Sarawak.-EDISI UKAS  

View

news

Program Advokasi Inisiatif Lindungi Hak Kanak-Kanak

LUNDU: Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Sarawak Tahun 2025 bukan sekadar satu inisiatif advokasi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kanak-kanak di negara ini menikmati hak asas mereka termasuk hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, membesar dengan sihat serta didengari oleh masyarakat sekeliling. “Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak ini telah dimulakan sejak tahun 2024 dan sehingga kini telah melibatkan 25 buah sekolah di seluruh Sarawak dengan lebih 5,500 peserta. "Tahun ini, ia diperluas ke 30 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh negara, menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membawa mesej perlindungan kanak-kanak ke akar umbi,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis pelancaran program itu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, Lundu, pada Isnin. Ahli Parlimen Santubong itu turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang sering kali menjadi tular di media sosial. Ujar beliau, masyarakat tidak boleh berdiam diri apabila berhadapan dengan situasi sedemikian. “Keselamatan kanak-kanak merupakan keutamaan Kementerian dan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk melindungi golongan ini daripada sebarang bentuk ancaman atau bahaya,” tambahnya. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dan merupakan antara usaha bersepadu pelbagai agensi dalam memastikan hak dan kesejahteraan kanak-kanak terus terpelihara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang mewakili Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Dr Sopian Brahim; Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie; Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak, Jimbau Munggat; Pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Lundu, Goh Chin Seng; Timbalan Pengarah (Persekutuan), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Mohd Ali Taib dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim.-EDISI UKAS  

View

news

Tuai Raban Bansa Patut Ngembuan Integriti

SIBU: Tuai Genturung Pendiau enggau Tuai Raban Bansa (KMKKK) ke baru dichiri ba sitak Kunsil Nengeri (DUN) Dudong dilalau bejalaika pengawa enggau integriti, lurus ati sereta profesional lalu enda beambi ulih ari penuduk sida tauka ketegal tuju penguntung diri ba politik. Menteri Dagang Temuai, Seni enggau Budaya ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Dudong, Dato’ Sri Tiong King Sing nyemetak madah ke pekara nya maya bejadika Pengawa Nyua Setipikit Chiri KMKKK Pelilih Sibu ditu, apin lama tu tadi. “Berengkah sehari tu, kita megai tanggungpengawa nyadi 'jematan' ti efektif entara perintah enggau rayat, ngenataika polisi enggau terang, ngatur pekara peranak menua sereta nentuka pengelantang rama diintu,” ku iya. Iya mega ngelalau KMKK enda beambi ulih ari penuduk ketegal tuju politik diri. Dato’ Sri Tiong mega madah ke pengirau ati senentang pengelaun proses nyiri ketegal penanggul politik, ti ku iya tau nanggul pemansang sosioekonomi menua sereta ngemediska rayat. Iya mega ngelalau ngambi ke semua bala ti bekaul masa proses bepilih nya lalu nyerah pengawa ngagai tuai ke patut sereta ransing ngereja pengawa ungkup rayat. Pengawa sehari nya diatur Opis Pelilih Sibu bela digulu Sekretari Politik Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying, Pegawai Pelilih Sibu, Wee Teck Min, pengari Residen Sitak Sibu, Haider Kowel Bete enggau Temenggong Stanley Geramong Bandar.-EDISI UKAS  

View

news

Kerjasama PETROS & PETRONAS Perlu Dimuktamadkan, Demi Kebaikan Bersama

KUCHING: Kerjasama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) perlu dimuktamadkan demi kebaikan bersama antara negeri dan negara. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan langkah Kerajaan Sarawak untuk melantik PETROS sebagai gas aggregator tunggal di Sarawak, yang dibuat di bawah Distribution of Gas Ordinance (DGO), 2016, di mana kerajaan negeri mempunyai kuasa eksekutif dan legislatif untuk menggubal undang-undang mengenai elektrik dan pengedaran gas. Menurut beliau, ia adalah selaras dengan rekomendasi daripada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 yang telah dilaksanakan melalui Borneo States (Legislative Power) Order, 1963 yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan. “Hak perlembagaan ini haruslah dihormati untuk membolehkan PETROS melaksanakan peranannya sebagai gas aggregator bagi memastikan pembangunan industri gas di Sarawak terus menyumbang kepada ekonomi negara dan Sarawak. “Saya berharap kerjasama PETROS dan PETRONAS dapat dimuktamadkan dengan segera kerana ia pasti akan membawa banyak kebaikan dalam pembangunan rantaian industri minyak dan gas di Sarawak untuk kemakmuran bersama negara dan Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Dalam usaha tuntutan Sarawak terhadap Kerajaan Persekutuan, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersyukur kerana hubungan tersebut amat akrab di mana banyak perkara yang telah diselesaikan khususnya yang melibatkan hak dan kepentingan negeri ini. Beliau yakin hubungan akrab ini juga akan memastikan Sarawak mendapat semua tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, Laporan IGC, Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak. “Saya berharap agar semua tuntutan Sarawak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan segera agar ianya memberi manfaat kepada Sarawak dan negara. “Saya juga menyeru agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan keselamatan Sarawak,” katanya. Jelas beliau, keikhlasan dan komitmen Dato Seri Anwar melalui prinsip Malaysia MADANI sudah pasti akan memberi impak yang positif kepada usaha menyemai semangat ‘Segulai Sejalai’ ke arah pembangunan yang inklusif kepada Sarawak. Hadir sama, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Barisan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Barisan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS  

View

news

Inisiatif Tenaga Boleh Diperbaharui Tingkat Daya Saing Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian dan kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan pelbagai inisiatif strategik merangkumi tenaga hijau, pembangunan modal insan, infrastruktur serta pelaburan yang memperkukuh daya saing negeri di peringkat serantau dan antarabangsa. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menyifatkan langkah Kerajaan Sarawak memperkukuh agenda tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah tepat dalam menghadapi perubahan iklim global serta mengangkat Sarawak sebagai ‘Battery of ASEAN’. “Saya berbangga dengan kejayaan Sarawak Petchem mengeksport methanol pertama ke China, dan pelancaran Projek Methanol Hijau adalah bukti komitmen Sarawak terhadap bahan api rendah karbon. “Usaha ‘waste to energy’ juga memperkukuh pengurusan sisa secara mampan sambil menjana pendapatan negeri,” ujar beliau dalam ucapan perasmian sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Isnin. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut menyambut baik langkah Kerajaan Sarawak memperkukuh pembangunan modal insan yang responsif terhadap keperluan industri masa kini, termasuk melalui penubuhan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan teknikal dan vokasional milik negeri. “Pemberian pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak dalam bidang terpilih di institusi milik kerajaan negeri bermula tahun depan adalah inisiatif yang memberi impak besar,” katanya sambil menyarankan kolaborasi lebih erat antara institusi pendidikan tinggi dan pihak industri agar pembangunan bakat terus relevan. Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap kejayaan Kerajaan Sarawak menyiapkan beberapa jambatan utama yang menyambungkan bandar dan luar bandar seperti Jambatan Marudi, Muara Lassa, Bintulu-Jepak dan Batang Rajang. “Prasarana lengkap ini penting untuk meningkatkan produktiviti luar bandar dan membuka peluang dalam pertanian, pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana,” ujarnya. Mengulas mengenai kemajuan ekonomi negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menyatakan Sarawak kini muncul sebagai wilayah yang progresif dengan kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas dan pengurusan fiskal berhemah. Beliau turut menyokong langkah strategik Kerajaan Sarawak mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu dan MASwings serta menubuhkan AirBorneo sebagai usaha memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab logistik serantau. “Cadangan pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang baharu juga amat bertepatan. Saya menyeru sektor swasta turut menyumbang dalam inisiatif berimpak tinggi ini, manakala rakyat perlu bersedia merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang terhasil,” katanya. Hadir sama, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Barisan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Barisan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS  

View

news

Langkah Proaktif Premier Sarawak Tangani Ketidaktentuan Ekonomi Global Dipuji

KUCHING: Ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik geopolitik, revolusi teknologi, perubahan iklim dan kini perang tarif global sudah tentu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak. Sehubungan itu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji langkah proaktif yang diambil oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam usaha memperkukuhkan daya tahan ekonomi Sarawak. “Langkah proaktif yang diambil oleh Premier Sarawak amatlah dipuji di mana usaha beliau untuk terus meneroka dan mempelbagaikan peluang ekonomi dalam bidang strategik seperti tenaga hijau, teknologi digital dan inovasi bukan hanya memenuhi keperluan domestik tetapi juga memainkan peranan penting di peringkat nasional dan global,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Isnin. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut menzahirkan ucapan syabas kerana telah mencapai banyak kejayaan semasa lawatan kerja beliau ke Eropah baru-baru ini hasil kerjasama strategik yang dirangka dengan teliti susulan daripada kunjungan hormat dan perbincangan beliau bersama Duta-Duta dan syarikat-syarikat daripada Eropah. Ujarnya, antara kejayaan Datuk Patinggi Abang Zohari adalah terjalinnya kerjasama strategik Sarawak dengan United Kingdom dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembuatan, semikonduktor dan tenaga. “Pencapaian Kerajaan Sarawak melancarkan AI Based Power Converter di United Kingdom baru-baru ini mencerminkan keupayaan anak-anak Sarawak dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital. “Beliau (Datuk Patinggi Abang Zohari) juga telah berjaya meningkatkan kerjasama strategik bagi meneroka potensi menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa baharu di rantau Asia Pasifik hasil lawatan kerja beliau ke ibu pejabat ATR dan Airbus di Toulouse, Perancis,” ujarnya. Yang di-Pertua Negeri Sarawak yakin usaha ini akan mengurangkan kebergantungan Sarawak terhadap sumber semula jadi, mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan meningkatkan nilai tambah serta membuka ruang pertumbuhan ekonomi baharu yang mampan dan inklusif selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Hadir sama, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg; Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian; Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Barisan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Barisan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS  

View

news

Sarawak Premier Lauded For Proactive Efforts In Tackling Global Economic Uncertainty

KUCHING: Global economic uncertainty resulting from geopolitical conflicts, technological revolution, climate change, and ongoing global tariff disputes has undoubtedly impacted Sarawak’s economic growth. In light of this, Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar lauded the proactive measures taken by Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg to strengthen the state’s economic resilience. “The proactive efforts undertaken by the Sarawak Premier are highly commendable. His initiatives to explore and diversify economic opportunities in strategic sectors such as green energy, digital technology, and innovation not only meet domestic needs but also contribute significantly at both national and global levels,” he said. He spoke to officiate the First Meeting of the Fourth Term of the 19th Sarawak Legislative Assembly Sitting on Monday. The Head of State also extended his congratulations for the achievements made during the Sarawak Premier’s recent working visit to Europe, resulting from carefully planned strategic collaborations following his courtesy calls and discussions with European ambassadors and companies. He noted that among Datuk Patinggi Abang Zohari’s key accomplishments was the formation of strategic partnerships between Sarawak and the United Kingdom in the fields of education, research, manufacturing, semiconductors, and energy. “The Sarawak Government’s recent launch of an AI-Based Power Converter in the United Kingdom reflects the capabilities of Sarawakian talent in artificial intelligence (AI) and digital transformation. “He (Datuk Patinggi Abang Zohari) also successfully strengthened strategic partnerships to explore the potential of positioning Sarawak as a new aerospace hub in the Asia-Pacific region following his working visit to the headquarters of ATR and Airbus in Toulouse, France,” he added. The Sarawak Governor expressed confidence that these efforts would reduce the state’s reliance on natural resources, diversify its economic activities, increase value-added output, and open up opportunities for sustainable and inclusive economic growth in line with the aspirations of the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030. Also present were Datuk Patinggi Abang Zohari; Sarawak Deputy Premiers, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian; Speaker of the Sarawak Legislative Assembly, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar; Sarawak Cabinet Ministers; Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Sarawak Deputy Ministers; Assemblymen; heads of departments; and other distinguished guests. -UKASnews  

View

news

121 Pelajar Dayak Cemerlang Dirai, Bukti Keunggulan Akademik & Harapan Masa Depan

MIRI: Seramai 121 pelajar Dayak cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023 dan 2024 menerima pengiktirafan istimewa dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Dayak Cemerlang 2025 yang berlangsung di Universiti Curtin Malaysia, Miri pada Sabtu. Majlis anjuran Jawatankuasa Perayaan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri ini dirasmikan oleh Kaunselor Samuel Liwat yang mewakili Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau. Di kesempatan itu, Kaunselor Samuel menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan guru atas pencapaian yang membanggakan. Beliau menekankan bahawa kejayaan ini adalah bukti kesungguhan, kerja keras serta sokongan padu komuniti Dayak terhadap pendidikan. “Kejayaan hari ini bukanlah titik akhir, tetapi permulaan kepada perjalanan lebih mencabar. Teruslah berusaha dan cipta kejayaan yang lebih besar,” ujarnya. Beliau turut menyeru agar ibu bapa memperkukuhkan kerjasama dengan sekolah dalam membentuk generasi Dayak yang berilmu, berdaya saing dan mampu membawa nama bangsa ke persada dunia. Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan komuniti Dayak, Datuk Anyi turut mengumumkan sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi memperkukuh program Pendidikan Dayak Cemerlang pada masa akan datang. Majlis ini menyaksikan pelajar dari pelbagai sekolah sekitar Miri menerima anugerah, sekaligus memberi suntikan semangat kepada generasi muda untuk terus mengejar kecemerlangan akademik. -EDISI UKAS

View

news

MIRDA, BIRDCOM Pemangkin Pembangunan Infrastruktur Di Kawasan Kakus

SELANGAU: Agensi Pembangunan Tengah Rajang (MIRDA) dan Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Bintulu (BIRDCOM), diyakini mampu mempercepatkan agenda pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus yang meliputi bahagian Mukah, Bintulu dan Sibu dengan keluasan hampir 6,000 kilometer persegi. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, meskipun keluasan kawasan Kakus amat besar, kewujudan MIRDA dan BIRDCOM bakal menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur, terutamanya kemudahan asas seperti jalan raya yang baik. “Tumpuan utama kita adalah menyediakan kemudahan asas. Selain itu, kita turut memberi perhatian kepada usaha membangunkan ekonomi rakyat melalui projek pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan kopi di bawah MIRDA, yang mampu meningkatkan pendapatan keluarga,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Biro Wanita Tinting Petai, di sini, pada Jumaat. Menurut beliau, perubahan landskap pembangunan Sarawak pada hari ini merupakan hasil kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang disifatkan sebagai pintar dalam mencari sumber pendapatan baharu, yang seterusnya membolehkan pelbagai pembangunan infrastruktur dan inisiatif seperti pendidikan percuma dilaksanakan untuk rakyat. Dalam perkembangan lain, Dato Sri John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus turut menggesa semua pihak agar terus bekerjasama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dirancang. Hal ini susulan beberapa projek bekalan elektrik terbengkalai akibat isu kebenaran laluan tanah, termasuk dari syarikat perladangan kelapa sawit yang menuntut pampasan lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan kerajaan. “Saya harap syarikat-syarikat perladangan ini dapat memberi kerjasama kerana projek ini memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk, malah kepada mereka juga yang menjalinkan kerjasama 'joint venture' dengan masyarakat tempatan dalam projek tanaman kelapa sawit,” katanya lagi. Sebagai tanda sokongan, Dato Sri John Sikie turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM10,000 di bawah geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Biro Wanita Rumah Langi. Turut hadir Pegawai Daerah Selangau, Yalin Asan dan Penghulu Dom Brok. -EDISI UKAS

View

news

Tika Kala Dinobat Juara Battle Of The Bands Miri

MIRI: Kumpulan muzik tempatan, Tika Kala, mencuri tumpuan selepas dinobatkan sebagai juara ‘Battle of the Bands’ sempena Program Bakti Madani Miri 2025: Sarawak Maju Makmur – Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) Ke Arah Pemerkasaan Rakyat yang berlangsung meriah di Stadium Tertutup Miri, pada Jumaat. Tika Kala membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, menewaskan enam lagi kumpulan hebat dari Miri dan Bintulu yang turut bersaing sengit pada malam pertandingan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang turut memberikan sokongan penuh kepada bakat-bakat muda tempatan. Menurut beliau, pertandingan seumpama ini memberi ruang dan peluang untuk belia menyerlahkan bakat serta membina keyakinan diri. Sementara itu, gelaran naib juara pula dimenangi oleh NV Unity yang membawa pulang RM1,000, manakala tempat ketiga diraih oleh Sessonita, membawa pulang wang tunai RM500. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni dan Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Pejabat Perdana Menteri, Hatta Said. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious781782783784785786787788789790NextLast