Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Royston Agih 500 Bubur Lambuk Di Kampung Kuala Lama, Mukah |
MUKAH: Program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tellian diteruskan di kawasan Kuala Lama di sini. Dalam program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine hadir sama mengagihkan 500 bubur lambuk dalam program Ta’awun Ramadhan yang diadakan serentak 14 negeri. Difahamkan, Kampung Kuala Lama ini merupakan lokasi yang kelapan Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Tellian yang dianjurkan bersama SABERKAS Cawangan Tellian Unit PEKALA, Jawatankuasa Masjid Darul Huda Kampung Kuala Lama, Yayasan MYPRIHATIN & Prudential BSN Takaful Berhad. Program Bubur Lambuk menjadi salah satu program yang dilaksanakan di Kampung Kuala Lama dan ia dapat merapatkan silaturahim, memupuk kerjasama dalam kalangan penduduk dalam sesebuah komuniti selain berkongsi rezeki pada bulan Ramadan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
州议员叶耀星携JKR官员到访实旦宾国中,商新厕所兴建事宜 |
古晋:哥打圣淘沙区州议员叶耀星与作为指定执行机构的砂公共工程局官员前往实旦宾国中(SMK DPHA Gapor),以商讨该校新厕所建设项目的相关事宜。 州议员叶耀星也已通过2023年乡区转型计划拨出15万令吉,以为实旦宾国中礼堂兴建一座新厕所,供家长、学生和老师们在进行学校课外活动时使用。 此次访问也是州议员叶耀星特地为学校安排,以便与公共工程局官员们鉴定新厕所兴建的合适地点,并收集学校代表对新厕所设计的意见和建议。 期间,他也要求有关官员加速完成新厕所的工程范围和数量等清单,并要求学校管理层尽快获得砂拉越教育局的批准,以便能尽早施工,让家长、老师和学生都能受惠。 州议员叶耀星将继续与公共工程局和学校管理层进行协调,以避免有关项目出现延误的情况。 今年,他也将再拨款20万令吉以改善和维修学校设施,同时他也要求实旦宾国中家教协会致函给他,以说明需要提升和维修的设施。 此外,他也将致力于确保N12哥打圣淘沙州选区内所有学校的设施都令人满意,以为师生提供良好的学习环境,从而提高学生的表现。-UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
RECODA Terima Sijil ABMS Dalam Usaha Perangi Rasuah |
KUCHING: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) telah menerima pengiktirafan melalui projek rintis Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001 dalam usaha memerangi rasuah. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pengiktirafan ini dapat memberi kepercayaan kepada pelabur luar dan rakyat di negeri ini akan integriti dan perjalanan tadbir urus berprinsip agensi kerajaan. “Ini adalah sebahagian daripada perjalanan kita ke arah 2030 di mana kita memberi penekanan kepada persoalan penyampaian dan ketelusan. “Sekurang-kurang dengan pencapaian hari ini, kita telah mencapai satu peringkat kejayaan dan apa yang penting adalah sistem itu sudah ada,” ujar beliau. Beliau berkata demikian semasa menerima sijil tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari yang juga Pengerusi RECODA berkata antara agensi lain yang terlibat dalam projek rintis adalah Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Islam Sarawak (JAIS). Dalam pada itu, beliau turut memuji pencapaian RECODA kerana mempamerkan peranan integriti yang boleh dipercayai dalam usaha memerangi rasuah. “Saya mengucapkan tahniah kepada RECODA kerana sekurang-kurangnya sistem yang digunapakai dalam mereka mendapat pengiktirafan dari sudut usaha kita untuk memerangi rasuah,” katanya. Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
200 Penerima Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Di Sebuyau |
SEBUYAU: Seramai 200 orang penerima dari 22 kampung bagi kawasan Sebuyau menerima sumbangan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli telah menyampaikan sumbangan tersebut di Masjid Al-Muflihin di sini pada Khamis. Katanya, sumbangan ini bertujuan membantu mereka membuat persiapan raya yang akan tiba tidak lama lagi. Penerima terdiri daripada golongan asnaf, penerima zakat, saudara baru dan yang memerlukan telah menerima sehelai sejadah dan wang tunai RM100 masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Penghulu Abu Seman Suhaili. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
1万6624名受惠者获开斋节援助金 |
美里:配合开斋节,砂拉越今年共有1万6642人,即31%援助金受惠者获得开斋节援助金。 砂拉越妇女、儿童及社区和谐发展部长拿督斯里花蒂玛阿都拉表示,在2024年,美里每月领取福利援助金总人数为4283人,其中共有976人将庆祝开斋节。 “从2024年1月至3月,砂拉越社会福利局(JKMS)已为全砂各地的5万4321名受惠者发放6449万5350令吉援助金。单是美里省,美里省社会福利局在今年首3个月已拨出545万4800令吉给4283名受惠者。” 拿督斯里花蒂玛阿都拉星期四在美里省2024年开斋节“Sejambak Kasih”活动上致词时,这么说。 在活动上,受邀出席的受惠者有150人,他们获得了100令吉的现金捐款。 拿督斯里花蒂玛说,2024年开斋节“Sejambak Kasih”活动也已于4月3日在柏戈奴社区礼堂举办,当时有100名受惠者也获得100令吉现金。 “至于其他726名受惠者,100令吉将直接存入他们各自的账户。” 活动结束后,拿督斯里花蒂玛前往位于美里市的Jaya Medik诊所,以移交肯雅兰金卡合作伙伴模拟卡。 她说,Jaya Medik诊所将提供5%至10%的产品与服务折扣。 她补充,美里的肯雅兰金卡持有者可享有美里省67个策略伙伴所提供的服务,至于全砂则有578个策略合作伙伴。 陪同出席者包括砂妇女、儿童及社区和谐发展部副部长兼柏戈奴区州议员拿督罗茜尤努斯。-UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
ADUN Tellian Serah Geran MRP Sebanyak RM53,000 |
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine telah menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM53,000 untuk aktiviti tahunan masjid, surau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Tellian bagi tahun 2024. Empat penerima geran MRP N57 Tellian bagi tahun 2024 adalah Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama dengan jumlah geran sebanyak RM5,000, Surau Babul Janah, Kampung Petanak Hulu berjumlah RM3,000, Surau Darul Hikmah Kampung Petanak Hilir sebanyak RM3,000 dan Surau Darul Iman, Kampung Petanak Tengah sebanyak RM3,000. Difahamkan, beliau juga telah menyampaikan Geran MRP pada 30 Mac yang lepas kepada Lembaga Kebajikan Melanau Tellian, KRT Kampung Tellian dan Urusetia Saudara Kita dengan masing-masing menerima sebanyak RM3,000. Manakala JKKK Kampung Tellian Ulu, JKKK Kampung Tellian Tengah, JKKK Kampung Tradisi Tellian, masing-masingnya menerima geran MRP berjumlah RM10,000. Geran MRP tersebut disampaikan oleh Royston semasa program Ziarah NGO di kampung masing-masing. Justeru, beliau berharap dengan adanya geran tersebut, NGO haruslah memastikan perancangan dan pelaksanaan apa jua aktiviti dalam masyarakat mampu memberikan manfaat penuh kepada semua pihak. “Gunakanlah geran peruntukan dari Kerajaan Sarawak ini melalui wakil rakyat dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama. “Segala penggunaan geran ini, haruslah dibuat laporan aktiviti dan kewangan, untuk keperluan rekod, dan memastikan jawatankuasa tersebut berintegiriti serta berkredibiliti dalam penggunaan peruntukan ini,” tegas beliau. Malah beliau berharap geran MRP ini membantu NGO yang ada dalam melaksanakan pelbagai aktiviti biarpun tidak mampu menampung sepenuhnya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
消防意识从个人做起 |
古晋:防火意识需要从个人做起,以避免在佳节期间发生不必要的房屋火灾事件。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,个人需要掌握火灾发生时应采取的安全措施,而不仅仅是依赖消防单位。 “所有人在防止住家发生火灾方面都发挥着重要作用,我们不能完全指望消防和拯救局扑灭大火,甚至在房子烧毁后,责怪他们。” 他直言,落后的基础设施会让当局难以迅速扑灭大火,但预防这种情况的发生,首要责任在于你我。 他星期四为砂消拯局举办的开斋节消防安全活动主持推展仪式后,接受记者访问时,如是表示。 也是砂公关卫生、房屋及地方政府部长的拿督阿玛沈桂贤医生补充,每个人都需要知道如何在起火和财物被烧毁前将火扑灭的方式。 “当火灾发生时,大多数人都会感到恐慌,不知道该怎么办。因此,为了解决这个问题,需要从学校开始培训,让学子尽早掌握消防安全知识。” 就此而言,他对砂消拯局配合佳节来临时期,以及在学校层面积极宣导防火安全运动表示感谢。 活动上,拿督阿玛沈桂贤医生也分发消防英雄证书给13名英勇救火英雄,当中有6人因路途遥远而未能亲自出席领奖。 其他出席嘉宾包括砂消拯局局长拿督希鲁丁及副局长张礼福等。-UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
Pemerkasaan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah |
KUCHING: Inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah didukung oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Datu Awang Suhaili Ledi berkata, ia boleh dilihat apabila Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut berkongsi cadangan ke arah pemerkasaan mahkamah syariah dari konteks perundangan. Menurutnya, pelantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan menzahirkan kesinambungan agenda pemerkasaan undang-undang syariah. “Antara objektif utama kita untuk memaklumkan kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi tentang tugas organisasi, tugas kehakiman Sarawak yang ada kaitan secara langsung dengan Tun. “Selain itu, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi juga berkongsi pengalaman beliau dan memberi cadangan ke arah pemerkasaan mahkamah syariah dari konteks perundangan termasuklah dari konteks penambahbaikan undang-undang, institusi kehakiman, protokol, jawatan dan perancangan perkasa undang-undang, mahkamah syariah akan segera dilakukan,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. Datu Suhaili menambah, objektif kunjungan itu antara lain memaklumkan tentang perkembangan terkini berkenaan Mahkamah Syariah di mana pelantikan hakim-hakim adalah di bawah bidang kuasa Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi. Tambahnya, pertemuan itu juga bagi menjemput Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta Toh Puan Fauziah sebagai tetamu kehormat untuk Program Pertauliahan dalam masa terdekat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
KMKK DUN Muara Tuang Terima Sumbangan Hari Raya Aidilfitri |
KOTA SAMARAHAN: Seramai 47 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang menerima sumbangan khas Hari Raya Aidilfitri pada Khamis. Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato' Idris Buang. Dalam ucapan ringkasnya, Dato' Idris Buang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih di atas usaha murni pihak Kelab Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) DUN Muara Tuang. Beliau berharap agar ianya diadakan secara berterusan antara lain sebagai usaha mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan KMKK menjelangnya hari lebaran nanti. Program anjuran Kelab KMKK DUN Muara Tuang dan Pusat Khidmat ADUN Muara Tuang ini bertujuan untuk menghargai jasa perkhidmatan ketua kaum dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk kebajikan penduduk setempat dan juga persediaan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Hadir sama Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak, Ketua Marqas Operasi ADUN Muara Tuang Aziz Mohamad, Penghulu serta Ketua Kaum di setiap kampung kawasan DUN Muara Tuang.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Premier Sarawak Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Sharifah Hasidah |
KUCHING: Masyarakat pelbagai kaum, agama dan bangsa memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan suaminya Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman di sini hari ini. Majlis rumah terbuka yang berlangsung di Wisma SABATI, Jalan Bako di sini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang. Sebelum ketibaan Datuk Patinggi Abang Zohari dan isteri, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya bersama wakil-wakil rakyat yang lain turut hadir ke majlis rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu. Dalam majlis tersebut, pelbagai juadah makanan dihidangkan kepada tetamu yang hadir. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya71727374757677787980SeterusnyaTerakhir |