Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Sada Indu Terus Didinga, Dikenang |
SERIAN: Sada indu deka terus didinga enggau dikenang ngambi enda ngelaungka peminta sida ti ulih mai ubah besai ngagai mayuh renggat atur pengawa. Kaban Parlimen Serian Dato Richard Riot Jaem madah, sada indu enda rapas, tang deka terus didinga ungkup pengelantang rayat enggau pemansang menua. “Sada indu kemaya hari ukai semina didinga ba renggat genturung pendiau aja, tang mega majak nyarih ba renggat atur gawa pelilih, nengeri sereta menua,” ku iya ba Pengerami Makai Lemai Ngintu 43 Taun Gerempung Raban Indu Sarawak (PPWS) & Biro Indui Kampung Rasau ba Balai Mayuhguna Kampung Rasau kena Hari Enam. Iya madah baru, gerempung baka PPWS beguna endar laban ulih nyadi pelasar ngagai raban indu mantaika sada peminta enggau sadang penemu ba mayuh atur pengawa. Nya alai, iya meransang gerempung nya terus ditegap enggau seruran regas bejalaika pangku pengawa ngemansangka komuniti. Batang tuju ngatur pengerami nya ngaku enggau ngenang jasa kaban PPWS sekumbang gawa kelimpah ngerapitka kaul kaban baru enggau lama. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Setiausaha Kerajaan Sarawak Sempurnakan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Ogos |
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menyempurnakan Upacara Bulanan Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Ogos yang berlangsung di Dataran Pertiwi, di sini pada Ahad. Seperti kelaziman, simbol kebanggaan Ibu Pertiwi itu dikibarkan dengan penuh adat istiadat. Bendera berukuran 25 meter panjang dan 12.4 meter lebar itu dikibarkan pada tiang setinggi 99.4 meter melambangkan semangat jati diri dan perpaduan warga kota yang tidak pernah pudar. Majlis dimulakan dengan perbarisan Kawalan Kehormatan oleh anggota Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diikuti nyanyian lagu kebesaran Sarawak, Ibu Pertiwi. Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan khas berunsur seni warisan tempatan yang mencerminkan keharmonian pelbagai kaum di Bumi Kenyalang. Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi merupakan inisiatif DBKU untuk memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak. Sejak diperkenalkan pada Julai 2024, ia telah menjadi acara bulanan, dengan Premier Sarawak menyempurnakan edisi pertama. DBKU menjadikan upacara ini sebagai platform untuk menzahirkan rasa cinta kepada tanah air melalui pengibaran megah Bendera Ibu Pertiwi di mercu tanda utama bandar raya Kuching, sekali gus memperkukuh semangat jati diri dan patriotisme warga bandar raya sejajar aspirasi kepimpinan negeri. Turut hadir dalam upacara itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman, Ketua-ketua Jabatan serta tetamu jemputan lain. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
MADANI Community Strengthens Role As Catalyst For Unity & Harmony |
ASAJAYA: MADANI Community continues to strengthen its role as a catalyst for unity and harmony among the people at the grassroots level through the organisation of the MADANI Community JIWA Programme and the Leaders' Meeting with the People which was held lively at the Panca Delima Hall, SMK Hajjah Laila Taib here on Saturday. Deputy Minister of Rural and Regional Development and Kota Samarahan Member of Parliament, Datuk Rubiah Wang said that this programme is in line with the aspirations of a MADANI Malaysia led by Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim, based on the values of inclusiveness, unity and the well-being of the people. She stressed that the MADANI Community functions as a channel for delivering accurate and effective government information to the people at the grassroots level, in addition to playing an important role in combating the spread of fake news. "According to the Economic Planning Unit (EPU) report, areas that are active in implementing the MADANI Community initiative have recorded an increase of up to 40 percent in the level of people's understanding of government policies since 2023," she said when opening the programme organised by the Samarahan District Information Department (JAPEN). Various interesting contents also enlivened the programme including a Community Pentarama performance, MA63 Talk session, distribution of official information materials as well as interaction sessions with local leaders and communities. Also present were the Deputy Director of JAPEN Sarawak Sri Kestury Mohammed Zamhari, Special Administrative Officer (IRISDA) Anuar Da'an, Asajaya District Officer Jerry Zannuddin, Samarahan Division Malay Temenggong Chek Bujang and Principal of Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajjah Laila Taib Usti Dolhan. -UKASnews |
View |
|
news |
Kuching City FC Focuses On Facing Brunei, JDT |
KUCHING: Kuching City FC (KCFC) players have been reminded not to be lulled by the success of defeating The Real Warriors (TRW) FC in the opening match of the 25/26 Malaysia Super League on Friday night, but rather to improve their game to face the two difficult matches to come. KCFC Assistant Coach, Zulkarnein Mohamad Poasa said his squad will face Brunei DPMM in the FA Cup on August 16, before hosting the 11-time Super League champion, JDT on August 24. "In terms of preparation, we will focus on the FA Cup first (against Brunei DPMM) and then our preparations for the match against JDT in Kuching. We will take our preparations one by one," he said in a press conference after the match. Meanwhile, Zulkarnein praised the KCFC players' performance in the recent match who displayed their best performance to defeat Kelantan, 4-0. "Alhamdulillah, even though there are some new players who are still finding their rhythm, they were able to perform well. "They played really well, especially during training, where the last two or three days of preparation showed great performance," he said. In the match, KCFC managed to crush the Kelantan team 4-0 thanks to goals from Wanja Ronald Ngah who scored twice while Joao Pedro and Ramadan Saifullah each managed to score one goal. Zulkarnein added that the 11 main players in the recent march showed the desired outcome but also praised the substitutes who showed good performance. He said that the reserve players can act as the starting eleven squad since the players will be selected based on the performance shown during the training session. - UKASnews |
View |
|
news |
Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 Buka Peluang Ilmu untuk Belia Belaga |
BELAGA: Kehadiran lebih 350 orang, melibatkan pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat memeriahkan Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 Peringkat Daerah Belaga yang berlangsung di Dewan Masyarakat Belaga pada Sabtu. Ekspo ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Belaga, selaras dengan penganjuran serentak di 30 lokasi di seluruh negeri. Majlis penutupan ekspo tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah, mewakili Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang. Dalam ucapannya, beliau menegaskan, ekspo ini memberi manfaat besar kepada semua lapisan masyarakat, khususnya pelajar yang memerlukan maklumat tepat mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya. “Saya percaya pendedahan ini membuka minda pelajar mengenai pelbagai peluang pendidikan dan bantuan yang sesuai dengan minat mereka. “Kehadiran para pempamer yang sanggup datang jauh ke Belaga amat bermakna kepada masyarakat. Pendidikan adalah tanggungjawab bersama dan merupakan kunci masa depan yang lebih baik,” katanya. Tambahnya, ekspo ini memberi fokus kepada tiga komponen utama iaitu Ekspo Pendidikan Sarawak, Hari Kerjaya dan Program Kesedaran Pendidikan dengan para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat terus daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, selain sesi bimbingan kaunseling, ceramah pemilihan kursus, serta pendedahan mengenai skim penajaan. Pada majlis itu juga, Yayasan Sarawak menyumbangkan RM73,000 untuk bantuan pakaian seragam melibatkan 375 penerima, selain RM28,000 biasiswa tempatan kepada 35 pelajar. Hadiah dan sijil turut disampaikan kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM 2024. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Zon Balingian Ungguli Pesta PSKPP Mukah 2025 |
BALINGIAN: Zon Balingian dinobatkan sebagai johan keseluruhan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Daerah Mukah 2025 yang melabuhkan tirainya di Dewan Masyarakat Balingian, hari ini. Majlis penutupan rasmi disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Haji Arbi yang menegaskan bahawa PSKPP bukan sekadar medan riadah, tetapi juga platform membentuk warga pendidikan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. “Sukan melatih disiplin dan persaingan sihat, manakala kebudayaan memupuk jati diri bangsa. Gabungannya melahirkan pendidik unggul yang mampu menjadi teladan kepada generasi muda,” katanya. Beliau turut menzahirkan sokongan berterusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Balingian terhadap program yang mampu mengeratkan silaturahim warga pendidik dan mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti sukan serta seni budaya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Zon Balingian Rizalfaiza Merikan, berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran lapan acara sukan termasuk bola baling, pétanque, bola jaring, badminton dan futsal wanita. Katanya, penganjuran kali ini penuh cabaran dengan peruntukan hanya RM2,700, selain kos sewaan Stadium Balingian mencecah RM600 sehari. Beliau turut memaklumkan JKP Zon Balingian menerima dana RM5,000 daripada Pusat Khidmat ADUN pada Ramadan lalu, sekali gus membantu menyokong penyertaan pasukan dalam kejohanan. Untuk keputusan keseluruhan, Zon Bandar Mukah muncul naib johan, diikuti Zon Seberang di tempat ketiga dan Zon Ladang di tempat keempat. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mukah (Sektor Pembangunan Murid), Awang Yusri Awang Adeni, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Unit Sukan), Kueh Peng Choon serta Herman Nahar.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Syariah Asas Kukuhkan Institusi Keluarga |
MIRI: Institusi keluarga Islam disifatkan sebagai tunjang utama dalam membina masyarakat yang sejahtera dan harmoni, namun berdepan cabaran serius apabila statistik perceraian dan keganasan rumah tangga menunjukkan peningkatan kebelakangan ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, pada tahun 2024 sahaja sebanyak 7,116 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di seluruh negara berbanding 5,507 kes pada tahun sebelumnya. Di Sarawak pula, seramai 1,124 pasangan Islam bercerai pada tahun sama, dengan punca utama ialah tiada persefahaman antara pasangan. “Ini adalah cabaran sebenar yang perlu kita tangani bersama, bukan hanya melalui undang-undang, tetapi juga dengan pendidikan, bimbingan, dan sokongan sosial,” tegas beliau ketika merasmikan Wacana Khas Keluarga Islam Sarawak 2025 bertemakan “Syariah Asas Keluarga Sejahtera” di Dewan Suarah Miri, pada Ahad. Beliau menegaskan, hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang berbuat baik kepada keluarga harus dijadikan panduan membentuk rumah tangga bahagia. Katanya, syariah bukan sekadar undang-undang, tetapi asas penting dalam membina kasih sayang, kesetiaan dan kesejahteraan keluarga. Dato Sri Nancy turut menyeru semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, guru KAFA, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk menjadi ejen perubahan dalam memperkukuh institusi keluarga. Menurutnya, KPWKM kini melaksanakan pelbagai inisiatif seperti program kaunseling keluarga, kursus pra-perkahwinan yang diperkasa serta kempen kesedaran melalui Talian Kasih. “Setiap keluarga yang kita kuatkan hari ini akan menjadi benteng negara esok. Setiap hati yang kita sentuh hari ini akan menjadi cahaya masa depan yang tidak akan padam,” ujarnya. Majlis anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak itu turut menyaksikan pelancaran Unit Pemantauan Bahagian Sokongan Keluarga, penyampaian bantuan dana serta agihan Bakul Sakinah. Hadir sama Ketua Hakim Syarie Sarawak Datu Awg Suhaili Ledi, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dato’ Abdul Shukur Abdullah serta barisan hakim Mahkamah Syariah dan ketua-ketua jabatan kerajaan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Bomba Komuniti Perkukuh Kesiapsiagaan, RM5,000 Diumumkan untuk Sokong Keselamatan Kebakaran di Batu Danau |
LIMBANG: Kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat terhadap kebakaran terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Bomba Komuniti, Fire Point dan Kempen Keselamatan Kebakaran yang berlangsung di Dewan Kampung Limpasong, di sini pada Sabtu. Program anjuran Pejabat Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau itu melibatkan penyertaan 12 kampung sekitar kawasan berkenaan. Dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang menekankan bahawa pencegahan kebakaran adalah tanggungjawab bersama dan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu pihak berkuasa. “Setiap individu, keluarga, dan komuniti mempunyai peranan penting. Amalan seperti memastikan pili bomba berada dalam keadaan baik, pemasangan peralatan keselamatan yang lengkap, serta langkah pencegahan seperti ‘good housekeeping’ boleh mengurangkan risiko kebakaran dengan ketara,” jelasnya. Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi menyokong pelaksanaan program tersebut. Menurutnya, sumbangan itu diharap dapat meningkatkan keberkesanan penganjuran, memperluas capaian kepada lebih ramai komuniti, serta memastikan langkah keselamatan kebakaran diamalkan secara lebih sistematik. Selain ceramah, taklimat dan demonstrasi keselamatan kebakaran, program ini turut memperkenalkan penubuhan Pasukan Bomba Komuniti yang akan berperanan memperkukuh kesiapsiagaan penduduk, memantau keselamatan, serta memberi respons awal ketika berlaku kecemasan. Turut hadir, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Ketua Zon 7 JBPM Sarawak Ramlan Marajan, Ketua Masyarakat Bisaya Limbang, Penghulu Lalam Sambat bersama ketua-ketua kampung dan ahli Majlis Daerah Limbang.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
UKAS Ambil Inisiatif Sebar Usaha Pemuliharaan Penyu |
LUNDU: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mengambil langkah proaktif dalam menyebarkan kesedaran awam mengenai usaha pemuliharaan penyu di perairan negeri ini. Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sea Turtle Conservation Project yang dianjurkan di Taman Negara Tanjung Datu dan Pulau Talang-Talang menjadi titik permulaan penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan pemuliharaan kepada masyarakat. "Ini merupakan satu maklumat penting yang perlu kita sampaikan kepada masyarakat tentang usaha pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak Lembaga Pengurusan Penyu, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jabatan Hutan Sarawak dan termasuk agensi-agensi yang menguruskan Taman Negara kita di Sarawak. "Program ini menjadi pengalaman yang amat berguna kepada kita sebagai warga media untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat supaya masyarakat lebih menghargai kesejahteraan dan keindahan alam sekitar Sarawak," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa hari kedua program CSR Projek Sea Turtle Conservation di Pulau Talang-Talang Besar di sini, pada Ahad. Turut hadir, Pegawai Eksekutif Lembaga Pengurusan Penyu, Abdul Aziz, Pegawai Hidupan Liar merangkap Park Warden Taman Negara Tanjung Datu dan Pulau Talang-Talang, Mohamad Dzulkhairi Eneng serta Pengarah Borneo Glamping, Awang Saifeluddin. Awang Putrayusrie menambah, pengalaman dua hari satu malam di lokasi tersebut telah memberikan pendedahan kepada warga UKAS untuk melihat sendiri kaedah pemuliharaan penyu termasuk proses penetasan telur. "Kita telah berpeluang untuk melihat sendiri, bagaimana pemuliharaan penyu dilakukan termasuk proses penetasan telur. "Pengalaman ini akan kita kongsikan kepada masyarakat melalui platform dan produk UKAS terutamanya mengenai program-program yang dilakukan pihak terbabit," ujarnya. Program CSR itu bermula pada Sabtu di Taman Negara Tanjung Datu dengan memberi peluang kepada peserta menyaksikan proses penetasan telur penyu serta usaha pemuliharaan lain. Peserta turut menjelajah biodiversiti di Pasir Antu Laut sebelum bersama-sama melaksanakan aktiviti pembersihan pantai di Telok Labuhan Gadung yang turut dikenali sebagai Pantai Penyu.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Komitmen Penduduk Pacu Kejayaan Projek Pembangunan di Mulu |
MARUDI: Semangat dan komitmen penduduk luar bandar menjadi faktor utama dalam menjayakan pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Puyut dan Lubuk Nibung, sekali gus memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat setempat. Antara projek yang memberi manfaat segera ialah pemasangan struktur gabion di Rumah Panjang Gawong, Selejau yang dilaksanakan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir, hakisan serta runtuhan tebing yang sekian lama dihadapi penduduk. Selain itu, hasil peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan usaha gotong-royong masyarakat, tiga buah rumah panjang baharu berjaya disiapkan lengkap dengan bekalan air bersih, elektrik serta kemudahan dewan serbaguna termasuk di Rumah Lalo dan Rumah Anja. Dalam lawatan yang diadakan pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala menzahirkan penghargaan atas usaha gigih penduduk serta memberi jaminan sokongan terhadap pelaksanaan projek-projek tambahan pada masa depan. Beliau turut meninjau Rumah Serakup SIDS Pampang Marudi bersama Pengerusi SIDS Cawangan Marudi, Cr Yanti Nyanggau yang disifatkan antara cawangan paling aktif dengan keahlian besar. Rumah Serakup itu berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti wanita, meliputi mesyuarat, kelas tarian, senaman zumba serta pelbagai program kemasyarakatan. Datuk Gerawat dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Cr Yanti atas pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MKT) SIDS, yang dilihat mampu memperkukuh peranan wanita dalam pembangunan sosial di kawasan tersebut.-EDISI UKAS #UKASnews #SaluranInformasiRakyat #SarawakMajuMakmur |
View |
| FirstPrevious541542543544545546547548549550NextLast |