Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

ADUN Balingian Teruskan Kemeriahan Syawal

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi hadir menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bagi ADUN Balingian yang diadakan di Dewan Sebaguna Kampung Tutus Ulu pada Sabtu. Majlis yang diraikan dengan penuh meriah itu turut dihadiri ADUN Tellian, Royston Valentine. Dalam ucapannya, beliau mengajak masyarakat di Balingian untuk saling menziarahi bagi mengeratkan perpaduan dan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai. "Di kesempatan penuh barakah ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf, Zahir dan Batin kepada semua. Semoga segala amal ibadah yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan untuk kehidupan yang lebih baik. "Marilah kita bersama-sama menjadikan Aidilfitri ini sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan, menyemai kasih sayang, dan menyebarkan kegembiraan kepada semua, khususnya kepada mereka yang memerlukan. “Jangan kita lupakan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik agar mereka juga dapat merasakan nikmat Hari Raya ini.” Majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan rasmi Pertandingan Bertuntung Pelita Raya Kampung Tutus Ulu bagi tahun 2025 di mana johan dimenangi oleh Nur Bayrisya Hanapi daripada 16 penyertaan. Abdul Yakub turut berkongsi rezeki dengan menghulurkan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut. Majlis diserikan juga dengan persembahan nyanyian oleh Alan Busker dan juga cabutan tiket bertuah. Sebanyak 6 reruai telah disediakan untuk orang ramai menjamu pelbagai juadah raya sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri tersebut. Hadir sama Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip dan juga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Mukah. - EDISI UKAS

View

news

Kampung Hilir Stumbin Meriah Dengan Program Jelajah Raya 2025

LINGGA: Suasana penuh kemeriahan menyambut kehadiran Program Jelajah Raya 2025 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hilir Stumbin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penganjuran majlis tersebut bertujuan untuk mendekati masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga sempena sambutan Syawal. Acara kemuncak majlis ini menyaksikan Dayang Noorazah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah, serta anugerah ‘Ladies/Man of the Night’ dan ‘Pertandingan Kanak-kanak Paling Comel’ yang memeriahkan lagi masjlis ini. Turut hadir dalam program ini ialah Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Penghulu Rosli Ana dan Ketua Kaum Kampung Hilir Stumbin Omar Rajak. Program Jelajah Raya ini bukan hanya merayakan keindahan bulan Syawal, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan dan silaturahim antara penduduk setempat. Dayang Noorazah berharap agar acara ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang kerana ia menyerlahkan lagi simbol keharmonian dalam masyarakat Kampung Hilir Stumbin. -EDISI UKAS  

View

news

KR Sarawak Bantu MBKS Siasat Punca Runtuhan Struktur Bangunan Di Jalan Padungan

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan memberikan khidmat forensik kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk menyiasat punca runtuhan struktur sebuah bangunan di Jalan Padungan, Kuching, awal pagi tadi. Menerusi satu kenyataan media pada Ahad, JKR Sarawak akan membantu mengenal pasti punca kejadian ini dengan menghantar sebuah pasukan teknikal khas yang terdiri daripada jurutera forensik, pakar struktur dan pegawai penyiasat teknikal JKR Sarawak telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan penilaian menyeluruh terhadap struktur bangunan yang terlibat. Siasatan yang dijalankan melibatkan analisis tapak, penilaian kejuruteraan struktur, dan pengumpulan bukti fizikal untuk membantu menentukan punca sebenar kegagalan struktur tersebut. JKR Sarawak memberi penekanan kepada keselamatan awam dan segala penemuan akan disalurkan kepada MBKS untuk tindakan lanjut, termasuk cadangan pemulihan jika diperlukan. Pengarah Kerja Raya Sarawak, Adj. Prof. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris, dalam kenyataannya berkata, JKR Sarawak akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh aspek keselamatan struktur dan daya tahan infrastruktur awam di seluruh negeri. “Saya ingin memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan dengan penuh profesionalisme, telus, dan berlandaskan fakta teknikal yang sahih,” ujar beliau. Selain itu, JKR Sarawak turut menawarkan bantuan teknikal serta khidmat nasihat profesional kepada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan berkepentingan yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penyelenggaraan infrastruktur, dan siasatan teknikal. -EDISI UKAS  

View

news

Mangsa Kampung Tengah Kalok, Pusa Terima Bantuan

PUSA: Musibah menimpa mangsa kebakaran di Kampung Tengah Kalok, Pusa pada Sabtu lepas mendapat perhatian Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli yang tampil menghulurkan bantuan. Pada Ahad, beliau meluangkan masa mengunjungi keluarga Japar Buang untuk menyerahkan sumbangan berjumlah RM3000. Beliau berharap bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban semasa menyambut Syawal ini. Selain itu, Mohamad Shafizan berharap agar keluarga mangsa bersabar di atas ujian daripada Allah SWT dan berterima kasih kepada agensi yang telah menghantar bantuan untuk meringankan beban mereka. Dalam lawatan tersebut, Wanita PBB juga turun menyumbang bantuan berbentuk makanan dan pakaian kepada keluarga tersebut. Pihak JKKK Kampung Dato Godam diketuai Ketua Kampung, Zaidi Jiee turut menyumbang RM500 dan JKKK Kampung Hulu Pusa diketuai Ketua Kampung Brahim Bakar juga turut menyumbang RM500. Kejadian berlaku pagi semalam memusnahkan sebuah rumah namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Terdahulu, Mohamad Shafizan meneruskan kelaziman semasa Syawal dengan menziarahi sanak saudara di Kampung Pusa. Katanya, amalan kunjung-mengunjung adalah platform untuk menyatukan sanak saudara, berkumpul bersama keluarga di kampung khususnya di Kampung Pusa. Selain itu, Aidilfitri katanya juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim serta bermaafan tanpa memikirkan perbezaan politik, kedudukan dan pangkat. Justeru, beliau menyeru masyarakat untuk mengekalkan perpaduan agar Sarawak terus aman, makmur dan mencapai lebih banyak kemajuan. - EDISI UKAS

View

news

JKR Sarawak Offers Forensic Support To MBKS For Investigation Into Jalan Padungan Building Collapse

KUCHING: The Public Works Department (JKR) Sarawak has pledged to provide forensic assistance to the Kuching South City Council (MBKS) following the structural collapse of a building located at Jalan Padungan, Kuching. As the primary technical agency of the Sarawak government, JKR Sarawak is committed to identifying the root cause of the incident. In line with this, a special technical team comprising forensic engineers, structural experts, and technical investigation officers from JKR Sarawak will be mobilised to the site for a comprehensive assessment of the affected structure. "JKR Sarawak will continue to play an active role in enhancing structural safety and resilience of public infrastructure across the state. "I assure you that this investigation will be conducted with utmost professionalism, transparency, and based on verified technical data. "It is our duty to ensure that all infrastructure developed is safe for the people and sustainable for the future," stated JKR Sarawak Director, Ir. Ts. Dr Cassidy Morris in a statement on Sunday. The investigation will encompass on-site analysis, structural engineering evaluations, and the collection of physical evidence to determine the exact cause of the structural failure. Additionally, JKR Sarawak is ready to extend technical assistance and professional advisory services to government agencies, local authorities, and other stakeholders requiring expertise in engineering, infrastructure maintenance, and technical investigations.-UKASnews  

View

news

砂总理伉前往已故丕显斯里阿德南家属私邸进行开斋节拜访

古晋:砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士于星期一偕同夫人潘斯里拿督阿玛祖玛安妮前往已故前砂首长丕显斯里阿德南沙登的夫人拿督阿玛查米拉私邸,展开开斋节贺节行程。 砂总理伉俪于昨晚8时左右抵达时,受到拿督阿玛查米拉与其子,即丹绒拿督立法议员阿兹祖的亲切迎接。 这次拜访展现了砂领导层与已故丕显斯里阿德南家属之间深厚的情谊,同时也是对已故前首长贡献与政治遗产的致敬与肯定。 陪同出席的还包括砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡、砂拉越能源及环境永续部副部长拿督哈兹兰医生以及亲属成员等。 拜访活动在开斋节喜庆氛围中进行,现场洋溢着融洽与温馨,体现出砂拉越领导人与人民之间持续培养的亲情与团结精神。—UKAS刊

View

news

Dayang Noorazah Teruskan Program Jelajah Raya Ke Kampung Triso

MALUDAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor meneruskan Program Jelajah Raya 2025 dengan mengunjungi Kampung Triso, di sini, sebagai lokasi ketiga dalam siri lawatannya untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga. Program Jelajah Raya pada Isnin itu disambut meriah oleh penduduk Kampung Triso dengan gotong-royong antara kaum wanita yang menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk meraikan tetamu. Selain itu, program ini turut diserikan dengan pelbagai pertandingan seperti tarik tali, futsal, dan sepak takraw yang melibatkan penyertaan aktif daripada penduduk kampung. Berucap ringkas dalam majlis berkenaan, Dayang Noorazah menekankan beberapa perkara penting berkaitan pembangunan di Kampung Triso termasuklah penyambungan meter elektrik akan dilaksanakan secara berfasa sekiranya Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) belum selesai. Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Dewan Triso akan dinaik taraf dengan peruntukan Projek Transformasi Perkampungan (RTP) 2025, bersama dengan beberapa projek lain yang turut dilaksanakan secara berfasa. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Maludam Noraini Aden serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari kawasan sekitarnya. -EDISI UKAS  

View

news

增加砂拉越体育赛事,结合体育与旅游业

古晋:在砂拉越举办更多体育赛事的努力,是为了实现将体育与旅游这两个紧密相关的主要领域融合的愿景之一。 砂青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林表示,这项举措不仅旨在提升砂拉越在国际舞台上的形象,也有望吸引更多游客前来该地区。 “当我们成功在砂拉越引进更多体育赛事时,就能向世界推介这个地区,进一步增强我们在全球的竞争力。我们非常自豪也非常兴奋地欢迎大家来到砂拉越,特别是到访被联合国教科文组织(UNESCO)认定为‘美食创意城市’的古晋市,同时也被世界手工艺理事会(WCC)授予‘国际手工艺城市’的称号。” 也是砂旅游、创意产业及表演艺术部长的拿督斯里阿都卡林星期一主持2025年国际网球联合会(ITF)14岁以下(U14)亚洲/大洋洲世界青少年网球锦标赛最终资格赛欢迎晚宴及致词时,这么表示。 他也借此机会向国际网球联合会、各赞助商及战略伙伴致以谢意,感谢他们信任与支持砂拉越草地网球协会举办如此高规格的国际赛事。 他也希望所有球员能够善用这个机会,不仅在体育方面成长、进步与成熟,也在个人素质上不断提升,成为能够激励下一代的榜样。 “我们希望看到砂拉越成为全国网球发展的主要推动力量之一,不论是在资源、设施或平台的提供上,都能给予强而有力的支持。” 同时,拿督斯里阿都卡林也为来自各参赛国家的代表颁赠纪念品,作为感谢之意。 这场高水平的锦标赛从3月31日至4月15日举行,吸引了来自18个国家的年轻网球好手参与,包括澳洲、中国、中华台北、中国香港、印度、印尼、伊朗、日本、哈萨克斯坦、韩国、尼泊尔、纽西兰、巴基斯坦、斯里兰卡、泰国、乌兹别克,以及东道主马来西亚。 所有参赛球员将争夺晋级最终赛的资格,最终赛预计将于8月4日至9日在捷克Prostejov网球俱乐部举行。 出席晚宴的还包括砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部副部长拿督陈超耀、砂拉越青年、体育与企业家发展部常秘秘书慕西迪、砂拉越网球协会主席拿督刘清永、砂拉越体育机构代首席执行员凯鲁尼占、国际网球联合会代表凯瑟琳米奇、裁判普尼特及锦标赛总监道格拉斯。–UKAS刊

View

news

Kelab TOGAP SMK Tebakang Beriltizam Lahirkan Pemain Golf Profesional Dari Kalangan Kaum Bidayuh

TEBEDU: Kelab TOGAP Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang beriltizam meneruskan matlamatnya penubuhannya untuk melahirkan pemain golf profesional dari kalangan masyarakat berbangsa Bidayuh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, matlamat utama penubuhan kelab berkenaan adalah untuk mendedahkan sukan golf kepada masyarakat Bidayuh, seterusnya melahirkan pemain golf profesional setidaknya mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan datang. Jelasnya, sejak ditubuhkan pada tahun 2021, Kelab TOGAP SMK Tebakang telah aktif dalam pelbagai pertandingan golf, antaranya Saixon Malaysia Junior 2022 Development Tour, 2nd KGS Junior Open Championship 2023 dan pertandingan di Kelab Golf Miri pada tahun 2024. Sehubungan itu, beliau berharap agar semua ahli kelab terus berlatih dengan gigih bagi membolehkan mereka bersaing dengan kelab golf lain di Sarawak. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ahli TOGAP SMK Tebakang, di sini, pada Isnin. Kelab TOGAP SMK Tebakang kini mempunyai seramai 33 orang pelajar yang berdaftar sebagai ahli dan kelab ini juga diiktiraf sebagai kelab golf pertama di kalangan sekolah-sekolah menengah di Daerah Serian dan Daerah Tebedu. Sebagai tanda sokongan yang berterusan, Dr Simon turut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 untuk memudahkan mereka mengurus aktiviti kelab dan membiayai latihan yang akan dijalankan di Samarahan Golf Club. “Dengan bantuan ini, kelab diharapkan dapat terus berkembang dan mencipta pemain golf berbakat dari SMK Tebakang,” ujar beliau. -EDISI UKAS  

View

news

Persidangan Antarabangsa Antara Tumpuan Sarawak Sebagai Sumber Ekonomi Baharu

KUCHING: Penganjuran persidangan antarabangsa merupakan antara tumpuan utama Sarawak sebagai sumber ekonomi baharu selain industri lain seperti hidrogen dan tenaga hijau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, infrastruktur yang sedia ada iaitu Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) akan diperluaskan untuk menampung ketibaan delegasi dari luar negara. Menurut beliau, Kerajaan Sarawak telah meluluskan dana lebih RM300 juta untuk projek tersebut, yang mana akan bermula pada tahun ini dan dijangka siap sebelum tahun 2028. “Saya melihat banyak penganjuran mesyuarat dan persidangan diadakan di BCCK, maka kita akan memperluaskan BCCK ini dengan bangunan tambahan di sebelahnya yang akan bermula pada tahun ini. “Bangunan tambahan ini mampu menampung sehingga 10,000 orang dan sekiranya digabungkan dengan BCCK yang sekarang sebanyak 5,000, kita akan dapat menerima 15,000 pengunjung dalam satu masa. “Ini merujuk kepada ekonomi baharu kita yang bukan hanya memberi fokus kepada pembangunan kilang dan tenaga hijau seperti hidrogen tetapi turut mengambil kira pembangunan infrastruktur yang ada,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Televisyen Sarawak (TVS) 2025, pada Selasa. Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Abang Zohari menegaskan bahawa pembangunan ini amat penting dalam usaha Sarawak untuk menjadi pusat persidangan dunia pada masa hadapan. “Inilah yang perlu dipertingkatkan untuk kita memberi jalan supaya Kuching menjadi pusat persidangan yang dilengkapi dengan infrastruktur sokongan termasuk penyiaran,” jelas beliau lagi. Jelas beliau lagi, bangunan baharu ini nanti akan meningkatkan kapasiti sedia ada dan menyediakan ruang tambahan termasuk ruangan pameran untuk acara yang lebih besar serta berdaya saing dengan pusat konvensyen lain di rantau ini. Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS Mohamad Sardon Zainal. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious491492493494495496497498499500NextLast