Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Serikan Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Di Mukah

MUKAH: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah menyempurnakan Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Masjid Setia Raja di sini pada Isnin. Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul merupakan satu perayaan Islam dan acara rasmi Kerajaan Sarawak yang diadakan pada setiap tahun. Beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Dato Safiee Ahmad. Difahamkan, objektif sambutan bertujuan mengingati kembali peristiwa kelahiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan kepada semua umat Islam. Selain itu, objektif kedua adalah untuk meneliti sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW ketika untuk menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan yang mulia ini. Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Ia diikuti dengan ceramah khas Maulidur Rasul oleh Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin, solat Isyak berjemaah dan zikir marhaban. Selepas menjamu selera, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi telah berangkat pulang pada jam 9:30 malam. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah dan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. Pada keesokan hari, umat Islam akan berkumpul di Dataran Setia Raja sekitar jam 6:30 pagi untuk aktiviti perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul. -EDISI UKAS

View

news

1,000 Kuih Bulan Diagihkan Di Kawasan DUN Pelawan

SIBU: Sebanyak 1,000 Kuih Bulan halal diagihkan kepada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee, inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha beliau untuk mengajak rakyat pelbagai bangsa untuk turut serta dalam perayaan tersebut. Jelas beliau lagi, semua perayaan di Sarawak haruslah diraikan bersama tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang bagi memupuk semangat perpaduan. "Kuih Bulan mesti halal supaya kita dapat menggalakkan, terutamanya rakan-rakan melayu kita untuk turut serta. Inilah semangat Sarawak. Setiap kali kita ada perayaan, semua kaum merayakannya. “Setiap orang Sarawak dapat merayakan Gawai, orang Cina juga merayakan Gawai, begitu juga dengan Hari Raya. Jadi saya rasa ini adalah semangat yang betul, kita mempromosikan perpaduan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Taman Trafik Rejang Park, Sibu pada Sabtu. Tambah beliau lagi, pihaknya berpuas hati dengan sambutan dari orang ramai di mana jumlah pengunjung yang hadir melebihi sasaran yang beliau jangkakan. Datuk Michael Tiang menambah, bentuk bulat tersebut sama seperti perpaduan kaum di Sarawak, di mana ia dapat dicapai sekiranya kita bersatu. "Bulan Sarawak boleh menjadi sangat-sangat bulat apabila kita bersatu, walaupun kita berasal dari latar belakang yang berbeza, agama yang berbeza, dan bangsa yang berbeza, tetapi itu tidak menghalang kita untuk bersatu seperti bulan penuh, bulatan yang sempurna. “Jadi, ini adalah perayaan yang sangat bermakna," ujar beliau. Dalam pada itu, pelbagai persembahan dan program menarik telah diadakan sempena sambutan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Pelawan dan Pertubuhan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Pelawan tersebut yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. - EDISI UKAS

View

news

Karnival LAKIL Berlangsung Meriah

Karnival Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) berlangsung meriahsempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M dan Hari Malaysia 2024. Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Daerah Lundu pada Isnin telah dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh 34 kontijen yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu agensi kerajaan, masjid/surau/kampung, persatuan dan sekolah. Perarakan sejauh 3.4 kilometer tersebut telah diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan. Hadir sama, Pengerusi LAKIL, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusuf Awang Mustapha. Kelihatan semua kontijen bersemangat dengan keunikan yang dipamerkan melalui sepanduk dan peralatan-peralatan yang dibawa di samping memperagakan pakaian yang seragam mengikut kontijen masing-masing. Turut diadakan penyampaian hadiah bagi pertandingan Islamic Idol yang dijuarai oleh Muhammad Farhan Sebli, manakala Pertandingan Zikir dimenangi oleh Kumpulan Zikir Sri Kandi Darul Ikhsan dari Kampung Semunin Jaya.  Manakala, cabutan bertuah utama untuk karnival ini iaitu mendapat pakej Umrah selama 12 hari 11 malam telah dimenangi oleh Karina Tapa dari Kampung Stungkor.-EDISI UKAS

View

news

Friday Belik Hadiri Majlis Makan Malam Perayaan Kuih Bulan

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik telah menghadiri Majlis Makan Malam Perayaan Kuih Bulan yang berlangsung di Dewan Terbuka SJK(C) Min Syn, Saratok pada Ahad. Majlis yang dianjurkan oleh Alumni Pelajar SJK(C) Min Syn itu dihadiri kira-kira 800 orang daripada pelbagai kaum. Dalam ucapannya, Friday menekankan bahawa Perayaan Kuih Bulan yang diraikan oleh masyarakat Tiong Hua merupakan tradisi penting yang disambut setiap tahun pada bulan Ogos hingga September ketika bulan sedang mengambang. "Perayaan ini melambangkan harapan agar kehidupan akan berkembang seperti bulan purnama," ujarnya. Beliau turut menekankan bahawa perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang adalah kunci kepada kesejahteraan bersama. "Bulan mengambang diharap dapat membawa perpaduan yang lebih erat di kalangan kita semua," tambah beliau. Selain itu, Friday juga menyatakan bahawa perpaduan dan toleransi yang baik akan memastikan ekonomi negeri Sarawak terus berkembang dan maju. Katanya, dengan perpaduan yang kukuh, segala pembangunan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Majlis ini turut memperlihatkan semangat harmoni dan perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat setempat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Kalaka Mohammad Duri, Pemancha Lim Guan Ann, Pemancha Thomas Lamit serta tetamu lain.-EDISI UKAS

View

news

Al-Falah Sumber Kekuatan Ummah Madani

SIMUNJAN: Umat Islam perlu menyemai dan memahami dalam menjayakan saranan tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'. Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, pengertian al-falah yang diterjemahkan dalam realiti kehidupan, ia menjadi sumber kekuatan ummah Madani dengan masa depan yang lebih cemerlang. "Tema sambutan Mauldiur Rasul tahun ini adalah Al-Falah Pemacu Malaysia Madani, jika diterjemahkan dalam realiti kehidupan akan menjadi sumber kekuatan serta pembakar semangat bagi memacu aspirasi Malaysia Madani yang mengarah kepada mewujudkan keadaan dan suasana kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan cemerlang. "Sesungguhnya kejayaan sesebuah negara tidak dicapai dalam sehari, tetapi melalui usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak dari kepimpinan yang berwawasan hingga kepada penglibatan aktif rakyat," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan 1446H/2024M di Dewan Mesra Simunjan pada Isnin. Rodiyah turut memuji semua ibu bapa atas penglibatan anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam beberapa acara, program atau pertandingan yang disediakan oleh pihak jawatankuasa penganjur di sepanjang sambutan Maulidur Rasul. "Ini adalah langkah yang amat penting dalam kita membentuk generasi muda yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. "Usaha seperti ini yang wajar kita perlukan dan kita perkasakan agar anak-anak kita dapat membesar menjadi individu yang berjaya serta mempunyai nilai ritual yang kukuh," jelasnya. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris serta isteri Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Daerah Simunjan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan Seroji Ludin, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh dan Penghulu Abang Madehie Abang Junaidi. -EDISI UKAS

View

news

Dato' Sri Huang Hadiri Majlis Sambutan Kuih Bulan dan Penghargaan Warga Emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato' Sri Huang Tiong Sii sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Kuih Bulan, Majlis Penghargaan Warga Emas, serta Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan di Hung Kiew Kee Restaurant pada Sabtu. Dalam ucapannya, Dato' Sri Huang menekankan kepentingan Perayaan Kuih Bulan yang bakal berlangsung pada hari Selasa depan. Beliau memuji usaha pihak penganjur yang berjaya menjadikan majlis ini satu perhimpunan keluarga besar yang bukan sahaja memelihara tradisi perayaan, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat. "Majlis ini bukan sekadar meraikan perayaan, tetapi juga merupakan platform untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat," kata berucap dalam majlis tersebut. Dato' Sri Huang turut mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik pada malam tersebut, dengan menegaskan bahawa pendidikan adalah elemen penting dalam memastikan kemajuan negara. "Pendidikan adalah asas utama dalam melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing. Oleh itu, ia perlu terus diberikan penekanan demi masa depan yang lebih gemilang," tegas beliau. Selain itu, beliau juga berkongsi pencapaian pembangunan di Sarikei sepanjang lapan tahun perkhidmatannya sebagai wakil rakyat. Jelasnya, pelbagai projek pembangunan infrastruktur asas, kemudahan pendidikan, serta sokongan terhadap pembangunan agama dan masyarakat telah dilaksanakan. "Semua usaha yang dilakukan adalah untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarikei sentiasa terjaga dan terus meningkat," tambahnya. Majlis tersebut turut disertai pelbagai lapisan masyarakat yang menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan penghargaan antara satu sama lain, mencerminkan nilai-nilai kekeluargaan dan saling menghormati di Sarikei. – EDISI UKAS

View

news

Dato' Sri Huang Santuni Warga Emas, Pelajar Cemerlang

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato' Sri Huang Tiong Sii terus menyantuni masyarakat di kawasannya dengan menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Kuih Bulan, Majlis Penghargaan Warga Emas serta Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di Dewan Sentral Sarikei pada Sabtu. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan penghargaan kepada para warga emas dari keluarga Pan Chen Lau yang telah banyak berjasa kepada persatuan. Beliau juga menekankan bahawa kebijaksanaan dan pengorbanan generasi terdahulu menjadi asas kepada kejayaan Persatuan Klan Pan Chen Lau’s Sarikei hingga ke hari ini. “Majlis Penghargaan Warga Emas ini merupakan simbol penghormatan dan pengiktirafan kepada golongan yang lebih tua, dengan lebih 200 warga emas menerima penghargaan pada malam ini. Tradisi menghargai dan menjaga kebajikan warga emas ini perlu diteruskan,” kata beliau. Selain itu, seramai 18 pelajar daripada keluarga Pan Chen Lau yang cemerlang dalam bidang akademik turut menerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Dato' Sri Huang berharap anugerah ini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Sehubungan itu, beliau menyatakan daerah Sarikei yang merupakan kampung halaman beliau, terus menjadi tumpuan dalam agenda pembangunan. Beliau turut berterima kasih kepada Persatuan Klan Pan Chen Lau serta seluruh penduduk Sarikei atas sokongan padu yang telah diberikan sepanjang lapan tahun beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat. “Kita telah bersama-sama menghadapi pelbagai cabaran, dan dengan kerjasama semua pihak, pembangunan di Sarikei dan Meradong semakin pesat. “Projek pembangunan infrastruktur, termasuk pembinaan jalan raya yang menghubungkan Sarikei dengan Tanjung Manis yang dijangka siap pada Mac tahun depan,” tambahnya lagi. Hadir sama Pengerusi Pengelola Kapitan Lau Ing Liong, Presiden Persatuan Klan Pan Chen Lau Sarikei, Temenggong Lau Hieng Ming, Pengerusi Persatuan Klan Pan Chen Lau Sarikei, Lau Hui Kion serta tetamu lain.-EDISI UKAS

View

news

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Celebrates Sarawak Level Maulidur Rasul Thanksgiving Ceremony In Mukah

MUKAH: The Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar together with Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi completed the Maulidur Rasul Thanksgiving Ceremony at the Masjid Setia Raja here on Monday. The Maulidur Rasul Thanksgiving Ceremony is an Islamic festival and an official event of the Sarawak Government that is held every year. He was accompanied by Sarawak Deputy Minister of Utility and Telecommunication Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Deputy Minister of Urban Planning, Land Administration and Environment Sarawak Datuk Len Talif, Balingian Assemblyman Abdul Yakub Arbi and Daro Assemblyman Safiee Ahmad. The objective of the celebration is to commemorate the birthday of the Prophet SAW as an example for all Muslims. In addition, the second objective is to examine the history of the struggles of the Prophet Muhammad SAW when it came to fueling the love of Muslims for this noble religion. The ceremony started with the Maghrib prayer and the reading of Yasin led by the Grand Imam of Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. It was followed by a special Maulidur Rasul talk by Sarawak Mufti Datu Kipli Yassin, congregational Isyak prayers and Zikr Marhaban. After dining, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi left for home at 9:30 pm. Also present were Sarawak's Minister of Women, Early Childhood and Community Welfare Development and also Dalat Assemblywoman Dato Sri Fatimah Abdullah and Sarawak Islamic Council Chairman Datuk Misnu Taha. - UKASnews

View

news

Karnival Sukan SUK Se-Malaysia 2024: Datu Buckland Lakukan Penyerahan Simbolik Papan Karom

KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Chef-De-Mission Kontinjen SUK Sarawak, Datu Buckland Bangik telah melakukan simbolik penyerahan papan karom beserta peralatan sokongan karom di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa. Penyerahan peralatan tersebut adalah bagi persiapan menghadapi Karnival Sukan SUK Se-Malaysia Ke-9 2024 yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 14 hingga 20 Oktober depan. Sementara itu, Pengurus Pasukan, Nazrie Sulaiman berkata, dengan adanya kemudahan dan kelengkapan papan karom itu, ia diharap dapat membantu penyesuaian awal pemain-pemain Sarawak serta melancarkan latihan mengunakan papan karom yang akan digunakan di Terengganu kelak. Jelas beliau, komitmen dan kesungguhan para pemain dan jurulatih patut dipuji kerana memberi kerjasama yang cukup baik. "Kita optimis misi tersebut mampu dicapai berdasarkan kepada persiapan rapi bagi mempersiapkan pasukan untuk dipertaruhkan kali ini. "Persiapan kita selama beberapa minggu ini akan menampakkan positifnya terutama dari segi pendedahan dan ini juga sebagai bekalan motivasi untuk dibawa ke kejohanan nanti serta diharapkan kita dapat mencipta sesuatu di Terengganu nanti," katanya. -EDISI UKAS

View

news

Friday Belik Ngulu Pengerami Makai Lemai Kue Bulan

SARATOK: Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Krian, Friday Belik udah ngulu Pengerami Makai Lemai Kue Bulan ke diatur ba Balai Sedandang SJK(C) Min Syn, Saratok ditu, kena Hari Minggu.  Pengerami ke diatur Alumni Nembiak SJK (C) Min Syn udah digulu urung 800 iku datai ari pupu bansa.  Lebuh bejaku ba mua mayuh, Friday madah ke Pengerami Kue Bulan ke diintu komuniti Tiong Hua nyadi pengawa ke beguna diintu ninting taun ari bulan Ogos ngagai September lebuh bulan kembung.  “Pengerami tu kelai pengarap ngambi pengidup deka mansang baka bulan kembung,” ku iya.  Iya mega ngemeratka penyerakup ti tegap ba raban komuniti enda ngira pengarap, bansa sereta penatai kunchi ngagai pengelantang begulai.  “Bulan ti mansang nya mega ulih ngerapitka agi penyerakup ngagai kitai semua,” ku iya nambah.  Kelimpah nya, Friday mega madah penyerakup enggau ulah bebatak ansur ti manah deka nentuka ekonomi nengeri Sarawak majak mansang sereta maju.  Ku iya, ari penyerakup ti tegap mega, semua pemansang ulih dipejalai enggau ngasi sereta komprehensif agi. Pengerami tu mega mandangka semangat ti lantang sereta penyerakup ngagai raban komuniti.  Sama datai ba pengerami nya, ADUN Kalaka Mohammad Duri, Pemancha Lim Guan Ann, Pemancha Thomas Lamit sereta temuai ke bukai.-EDISI UKAS

View
FirstPrevious2601260226032604260526062607260826092610NextLast