Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

砂拉越技能发展中心致力培养技术领域的青年技术人才

古晋:砂技能发展中心致力于继续提供培训和支持人才发展,以满足未来的行业需求。 砂技能发展中心管理理事会主席丹斯里拿督阿玛阿都阿兹表示,这项努力是他在技术和特定领域培养熟练劳动力以在全球就业市场竞争的战略的一部分。 他解释,这个发展机会将为年轻人,尤其是毕业生提供在技术领域找到好工作的机会。 “砂政府开发许多大型项目,如砂氢气开发和智轨列车(ART),因此,我们需要技术专家来满足不断增长的行业的需求。”他 他星期三在国父大厦礼貌拜会砂总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士后,接受媒体采访时如是说。 出席者包括砂技能发展中心管理理事会秘书拿督玛兹纳、砂技能发展中心执行董事哈尔曼、砂技能发展中心战略参与和业务发展首席战略员莫哈末依山以及其他贵宾。 丹斯里阿都阿兹进一步表示,礼节拜访的目的也是邀请拿督巴丁宜阿邦佐哈里参加将于8月23日在古晋河滨酒店举行的砂技能发展中心30周年庆典。-UKAS刊

Lihat

news

马来西亚防止犯罪基金会(MCPF)加大力度遏制砂拉越网络犯罪

古晋:马来西亚防止犯罪基金会(MCPF)目前正加紧努力,教育公众了解网络诈骗的危险以及如何保护自己免受网络犯罪的受害者。 马来西亚防止犯罪基金会主席施志豪表示,他们打算在砂拉越加强醒觉论坛活动,确保社区对此威胁有更高的意识。 他表示,该论坛旨在为应对网络犯罪挑战、提高个人网络安全提供最新信息和实践指导。 “这个论坛将以英语和马来语在古晋举行,目前确实日期尚未公布,我们首先等待砂总理的确认,因为他也想参加此活动。这将涉及国家银行、警方、砂大(UNIMAS)以及所有支持这一举措的银行,他们将共享可用的数据和信息。” 他星期三在古晋国父大厦礼貌拜会砂总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士后,接受媒体采访时如是说。 出席的还包括马来西亚防止犯罪基金会副主席卢卡斯及姆仑区立法议员卓拜在内的马来西亚防止犯罪基金会成员。 施志豪补充,拿督巴丁宜阿邦佐哈里还就实施犯罪预防计划的最佳方式提供建议和指导,并对这一发展表示深切关注,以表明他对马来西亚防止犯罪基金会的支持。 他解释,在这项努力中,国家安全和执法单位(UKPN)将与马来西亚防止犯罪基金会合作,确保有效实施每一项预防和安全措施,以确保砂继续为所有人民提供一个安全的地方。-UKAS刊

Lihat

news

Sarawak Lakar Sejarah, Muncul Juara Keseluruhan Muaythai SUKMA XXI

BINTULU: Skuad muaythai Sarawak melakar sejarah apabila muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dengan merangkul 5 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa pada hari terakhir sukan itu. Kejayaan skuad muaythai tuan rumah kali ini jauh mengatasi rekod pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur dengan kutipan dua emas. Lebih manis apabila kejayaan kali ini melepasi sasaran dua pingat emas yang diletakkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak. Detik kejayaan cemerlang Sarawak dilakar pada Selasa apabila tiga atletnya berjaya menghadiahkan kilauan emas dalam aksi final yang dihangatkan dengan kehadiran para penyokong di Naim Street Mall, Bintulu Paragon. Maurien Hii Sie Lin terlebih dahulu membuka tirai dengan menewaskan lawannya dari Kelantan dengan mata 17-4 dalam kategori 48-51kg wanita untuk mengesahkan pingat emas pertama. Rentak cemerlang Maurien diteruskan Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar dalam kategori 51-54kg lelaki dan Texas Jeremy Lo dalam kategori 54-57kg lelaki. Bagaimanapun, sorang lagi wakil Sarawak, Azhad tumpas di tangan atlet Sabah, Hellmi dengan mata 26-15 untuk mengesahkan perak. Manakala Cherilynn Christalle pula tunduk kepada Nur Bisyarah dari Perak juga untuk meraih perak. Dalam temu bual bersama Ketua Kontinjen Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, beliau melahirkan rasa bangga dengan prestasi atlet-atlet muaythai Sarawak kerana berjaya mencapai sasaran pingat emas. Perlawanan akhir semalam turut disaksikan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang seterusnya menyampaikan pingat kepada pemenang. - EDISI UKAS

Lihat

news

Datuk Amar Awang Tengah Attends National Entrepreneurship Development Meeting

KUALA LUMPUR: Deputy Premier of Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan attended the National Entrepreneurship Development Meeting (MPKN) No.1/2024 here, on Tuesday morning. The meeting, chaired by Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development, Datuk Ewon Benedick, was also attended by EXCOs and representatives from each state. During the meeting, Datuk Amar Awang Tengah emphasised that the Sarawak government through the Ministry of International Trade, Industry and Investment (MINTRED) is in the process of creating the Sarawak Entrepreneur Development Database and requires the cooperation of agencies to share existing data with one another. He also stressed that the development of small and medium enterprises (SMEs) and entrepreneurship in Sarawak are not the same as in Peninsular Malaysia and Sabah, and different approaches should be used. Also present at the meeting was MINTRED Advisor, Dato Sri Naroden Majais. -UKASnews

Lihat

news

Sarawak Akur Kehebatan Wilayah Persekutuan Dalam Ping Pong

KUCHING: Pasukan Sarawak ditewaskan oleh Wilayah Persekutuan 1-4 dalam acara ping pong Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di SJK Chung Hua No.3 pada Selasa.   Perseorangan wanita, atlet Sarawak Annie Siaw Mei Kong dikalahkan oleh Jing Shuen Lim dengan markah 4-11, 2-11, 6-11 manakala dalam kategori perseorangan lelaki, Cody Shi Hao Ting turut ditewaskan oleh Caleb Zi An Hong dengan markah 11-8, 8-11, 2-11, 11-5, 11-13.   Dalam kategori beregu lelaki, Raphael Li Xuan Wong dan Yip Wei Rong berjaya mengutip satu markah untuk skuad Sarawak dengan menewaskan pasangan Yee Jat Lee dan Yi Heng Tan, 13-11, 11-9, 11-9.   Pasangan Sarawak Joanne Wong Chii Jie dan Josyne Ngu Jya Synn ditewaskan oleh Wilayah Persekutuan, Jia Wei Ng dan Jing Fei Chan dalam kategori beregu wanita dengan markah 7-11, 7-11, 11-7, 8-11.   Kategori beregu campuran Sarawak, Benjamin Khang Chenn Thian dan Joanne Yu Xi Chen juga ditumpaskan oleh pasangan Jin Zhen Im dan Ai Lis Gan dengan markah 6-11, 11-9, 5-11, 11-8, 7-11.   Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian telah hadir bagi menyaksikan perlawanan antara Sarawak dan Wilayah Persekutuan.   Terdahulu pada sesi pagi, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah melakukan kunjungan ke venue sukan itu bagi meninjau keadaan. -EDISI UKAS

Lihat

news

Dua Pasukan Regu Bola Tampar Pantai Sarawak Kalah

LUNDU: Kedua-dua pasukan regu Sarawak tumpas di tangan Selangor dan Pulau Pinang dalam suku akhir acara bola tampar pantai di Union YES Retreat Centre pada Selasa.   Pasukan Sarawak B telah kalah kepada regu Pulau Pinang dengan mata 13-21 dan 8-21 manakala regu lelaki Sarawak B kalah kepada regu Pulau Pinang A dengan kiraan mata 15-31 dan 15-21.   Pusingan separuh akhir bagi bola tampar pantai wanita akan diadakan pada Khamis ini.   Pada sebelah petang, regu lelaki Sarawak B akan bertemu dengan pasukan Kedah A bagi pusingan kalah mati.   Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Draup. -EDISI UKAS

Lihat

news

MINTRED Wujudkan Sarawak Entrepreneur Development Database

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) berusaha mewujudkan Sarawak Entrepreneur Development Database.   Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya memerlukan kerjasama daripada para agensi kerajaan untuk berkongsi data sedia ada di antara satu sama lain.   Katanya, pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta keusahawanan di Sarawak dengan Semenanjung dan Sabah adalah tidak sama dan pendekatan yang berbeza hendaklah digunakan.   Beliau berkata semasa menghadiri Mesyuarat Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) Bil 1/2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.   Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang turut dihadiri oleh exco dan wakil dari setiap negeri.   Turut hadir ialah Penasihat MINTRED Dato Sri Naroden Majais. -EDISI UKAS

Lihat

news

Clean Sweep For Sarawak In Second Day Of Aquatic Diving

KUCHING: The Sarawak contingent ended the second day of aquatic diving events in spectacular fashion after sweeping all the gold medals on Tuesday.   The first gold was secured by the sibling duo of Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin and Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin in the mixed synchronised 3-metre (m) springboard event.   Their remarkable performance earned them the highest score of 227.13 points, significantly outscoring their competitors from the Federal Territories, Celeste Qin Lee and Jin Wei Choo who took silver with 209.04 points.   Meanwhile, the bronze medal was claimed by the Terengganu pairing of Muhamad Haziq Muizzudin Mohd Asri and Uzlifatil Jannah Ashraf with a score of 201.81 points.   Dayang Nursharzyra further delighted the Sarawak supporters by dominating the women's 1m springboard event, amassing a total of 232.1 points to defeat Terengganu's Uzlifatil who scored 186.60 points, and Hui Xue Teng from the Federal Territories who took home the bronze medal with 171.95 points.   The Sarawak team then secured yet another gold in the final event of the day which is the men's synchronised 10m platform.   The pair of Elvis Priestley Clement and Enrique Maccartney Harold proved to be unbeatable, leaving other state contingents far behind with a score of 384.72 points.   The silver medal went to Sabah’s Julfaddli Jali and Muhammad Anilrian Normatr Abdullah with 282.12 points, while the Federal Territories duo of Donald Da Win Chen and Jin Wei Choo collected 271.53 points to clinch the bronze. -UKASnews  

Lihat

news

Kontinjen SUKMA Negeri Lain Akan Diraikan Pada Majlis Makan Malam

KUCHING: Ketua-ketua kontinjen (CDM) dari negeri-negeri lain termasuk dari Negara Brunei Darussalam yang bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 akan diraikan dalam Majlis Makan Malam yang akan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada Rabu. Bagi memastikan kelancaran majlis itu, telah diadakan raptai penuh pada malam ini yang disaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee. Raptai bermula kira-kira jam 8 malam itu turut dihadiri Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPAN) Hamdan Sharbini dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijangka hadir pada majlis itu nanti. Turut dijangka hadir Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof dan isteri, Datin Sri Ruziah Mohd. Tahir. Selain itu, wakil-wakil dari negeri-negeri lain termasuk Brunei juga dijangka akan hadir pada majlis tersebut. - EDISI UKAS

Lihat

news

Produk SMK Long Bedian 'Lempar' Emas Buat Sarawak

KUCHING: Penguasaan Sarawak dalam acara padang pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI diteruskan oleh Pauline Ului yang berjaya memenangi pingat emas dalam lempar cakera wanita. Produk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Bedian di Ulu Baram melakar kejutan apabila berjaya menghasilkan lemparan emas buat kontinjen Sarawak dalam aksinya di Stadium Sarawak pada Selasa. Menurut Pauline ketika ditemui, beliau mula berkecimpung dalam sukan lempar cakera ini sejak memasuki sekolah berkenaan di Tingkatan 1 sebelum bakatnya itu digilap oleh jurulatih. Beliau turut mendedikasikan kejayaan itu khas buat SMK Long Bedian yang menjadi pemangkin kepada penglibatan beliau dalam sukan tersebut. “Saya dedikasikan kejayaan ini buat sekolah saya, SMK Long Bedian di Ulu Baram. “Saya mulai menceburi dalam sukan lempar cakera ini dalam lebih kurang tiga tahun lebih iaitu apabila saya memasuki sekolah menengah,” jelasnya. Pauline yang kini pelajar Tingkatan 4 SMK Long Bedian dalam pada itu tidak melupakan hasil penat lelah jurulatih dan keluarga beliau yang tidak putus memberi ajaran dan galakan kepada beliau sepanjang kariernya dalam acara ini. Sebelum menghadapi cabaran SUKMA kali ini, beliau mengimbau perjalanan beliau khususnya semasa menjalani latihan yang diadakan di Miri. Meskipun jauh dari kampung halaman, beliau tidak menjadikan ianya sebagai ‘pemberat’ untuk mencipta kejayaan pada hari ini. Pauline dalam acara lempar cakera yang berlangsung di Stadium Sarawak pada Selasa cemerlang apabila berjaya menghasilkan lemparan sejauh 38.50 meter. Lemparan itu meninggalkan pesaing terdekat iaitu Farhana Izurein Faizal Amizul dari Perlis yang membuat lemparan sejauh 38.41 meter dan Sasha Alyssa Philip dari Selangor dengan lemparan sejauh 37.62 meter. Kedua-dua atlet berkenaan masing-masing membawa pulang pingat perak dan gangsa buat negeri mereka. -EDISI UKAS

Lihat
PertamaSebelumnya2481248224832484248524862487248824892490SeterusnyaTerakhir