Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Ensure Global Warming Threshold Below 1.5 Degrees Celsius |
KUCHING: The Sarawak government urges the people in the state to play a role in limiting global warming to 1.5 degrees Celsius, a critical threshold to avoid disaster effects. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg stated that if carbon emissions are reduced below the 1.5-degree Celsius global warming threshold, sea level rise will not occur. "Otherwise, water temperatures will rise, coral reefs and fish will die, causing sea levels to rise. "Today, I see fish dying in Vietnam due to rising water temperatures, as well as in Bangladesh. The temperature in those areas is 42 degrees Celsius,” he said. He made these remarks when met by reporters after attending the SEB Ramah Tamah Aidilfitri event at the Menara SEB here, on Thursday. Commenting on a viral post on social media that Kuching is among the major cities in Malaysia that could potentially disappear from the map and be below sea level by the year 2050, the Sarawak Premier urged people not to panic as the statement is based on assumptions that can change at any time. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Program Bejalai Ngagai Selampur Sarawak, Ngenyemakka Agi Yang Di-Pertua Negeri Enggau Rakyat |
KUCHING: Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar deka ngatur program bejalai ngagai selampur nengeri tu. Sapit Menteri Ba Opis Premier Sarawak (Pekara Korporat, Pemadah Enggau UKAS) Datuk Abdullah Saidol madah, program nya siti pejalai dikena semak agi begulai enggau rayat mayuh. Ku iya, program nya mega deka mandangka ulah ke bendar dikembuan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ti endang ngembuan ati siru sereta mentas ngagai rayat. "Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi deka ngaga program tu lalu program tu mega datai ari penemu kami. "Kami ngelanggur program ke dipeda ulih nyadi pelasar mandangka ulah kebendar dikembuan iya enggau semak agi," ku iya madah. Iya madahka pekara nya maya program nemuai basa ngagai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, Hari Empat. Datuk Abdullah mega madah, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bela besetuju deka bejalai nemuai ngagai selampur Sarawak lebih agi nemuai ngagai menua pesisir ke diwan rayat pupu bansa. Berebak enggau nya Datuk Abdullah bela ngelaluka penatai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau bini, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ngulu pengerami makai lemai beserimbai HAWANA kenaka 26 Mei tu ila ti bela digulu Menteri Besai Datuk Seri Anwar Ibrahim enggau Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg. Bela nyempulang penemuai basa tu iya nya Direktor UKAS, Samuel Simon, Tuai Pegawai Eksekutif Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak Ali Suhaili, Presiden Gerempung Pemberita Sitak Kuching (KDJA) Ronnie Teo sereta bala pegawai UKAS ke bukai. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Program SejaTi MADANI Mampu Tingkatkan Sosioekonomi Komuniti Setempat |
SIMUNJAN: Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) diperkenalkan dan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, di bawah program ini, kerajaan menyediakan peruntukan yang mana nilai geran sehingga RM100,000 boleh diberikan kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menjayakan program berkenaan. “Selaras dengan hasrat serta keputusan kerajaan negeri, hanya JKKK yang mempunyai sijil serta berdaftar dengan pejabat daerah sahaja yang layak untuk memohon peruntukan ini. "Oleh itu setiap JKKK haruslah mengambil peluang ini dengan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah Simunjan sebelum ia diluluskan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Taklimat Peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Taklimat Program SejaTi MADANI di Dewan Mesra Simunjan pada Khamis. Menurut beliau, mereka yang terlibat perlu menggunakan peluang dan kesempatan yang ada ini agar mampu meningkatkan serta merancakkan lagi sosioekonomi orang kampung. Jelas Awla, program tersebut melibatkan lima sektor tumpuan iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula. Sementara itu, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) Jasni Jubli menjelaskan bahawa Program SejaTi MADANI merupakan pendekatan 'bottom-up approach' di mana JKKK sendiri mengenal pasti keperluan mereka dan menentukan program yang ingin dilaksanakan berdasarkan kepada lima sektor tumpuan yang telah ditetapkan. Kata beliau lagi, program tersebut adalah merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang mana di peringkat Sarawak, tanggungjawab ini telah diberikan kepada SDO. Terdahulu para peserta yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi JKKK bersama setiausaha masing-masing telah diperdengarkan dengan taklimat daripada pihak Majlis Daerah Simunjan, Pejabat Premier Sarawak dan pihak SDO sendiri. Hadir sama Pegawai Daerah Simunjan Seroji Ludin, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Samarahan Sanuyah Mohamad, Pegawai Tadbir (Komunikasi), Pejabat Premier Sarawak Zamri Mohamad, Pemanca Liew Wee Tchiun, Penghulu Ahmad Dol Simpol, Penghulu Abang Madehie Abang Junaidi serta Pengerusi-pengerusi JKKK di DUN Simunjan bersama setiausaha masing-masing. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
45 Persatuan Komuniti, JKKK & AJK Gereja Terima Bantuan Kerajaan |
PADAWAN: Sebanyak 45 buah persatuan komuniti, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Gereja menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.5 juta daripada kerajaan Sarawak. Pada majlis tersebut, Jawatankuasa Saint George Chapel di Kampung Bowang telah mendahululi senarai penerima yang juga penerima Cek Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dengan nilai RM650,000 diikuti oleh 43 penerima Geran Projek Khas yang berjumlah RM862,000. Hadir menyempurnakan majlis penyerahan dana tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil. Majlis penyerahan cek tersebut turut disaksikan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong dan juga Pemanca Masyarakat Bidayuh Daerah Kuching Raymond Jihap. Datuk Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong dalam ucapannya menyeru agar penerima dana tersebut membelanjakannya dengan sebaik mungkin mengikut keperluan yang telah dirancangkan sebelum mengajukan permohonan. Dalam pada itu, beliau memberitahu kepada mana-mana pihak yang belum menerima dana Geran Projek Khas agar bersabar dan berjanji akan menunaikan permintaan mereka dalam masa yang terdekat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Penurunan Beberapa Kuasa Autonomi Kepada Sarawak Percepatkan Pencapaian SDG |
KUCHING: Penurunan beberapa kuasa autonomi daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak akan mempercepatkan pencapaian agenda Matlamat Pembangunan Mapan (SDG). Presiden Pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tunku Dato' Seri Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz berkata, Sarawak memiliki perpaduan, autonomi dan kuasa yang menjadi asas yang hebat dalam mencapai SDG yang jauh lebih baik daripada Semenanjung Malaysia. "Satu perkara yang sangat menarik tentang Sarawak ialah langkah ke arah lebih banyak autonomi dan desentralisasi. "Dan sudah tentu anda telah bercakap tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), malah kini anda telah menjangkaui dengan bercakap tentang autonomi dalam kesihatan, lebih autonomi dalam pendidikan, dan saya fikir ia sangat menarik kerana jika anda mempunyai autonomi ini, kami di Semenanjung sangat ingin melihat adakah anda mendapat keputusan yang lebih baik. "Jika anda mempunyai kuasa yang lebih di peringkat negeri, adakah anda mampu menyampaikan SGD dengan lebih baik. "Jika jawapannya ya maka lebih autonomi, lebih desentralisasi adalah apa yang harus berlaku di seluruh Malaysia dan bukan sahaja di Sarawak," katanya. Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas memberi ceramah pada 'SCOPE Distinguished Speakers on Sustainable Development Goals' di sini pada Khamis. Dalam pada itu, turut berlangsung sesi dialog dan perkongsian daripada para peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Tanah dan Survei, Institut Pembangunan Sarawak (SDI), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan lain-lain. Hadir sama, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg dan Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak, Sharifah Rohana Datu Wan Alwi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Datuk Mutang Ketuai Delegasi Malaysia Lakukan Kunjungan Hormat Terhadap Speaker Milli Majlis Azerbaijan |
KUCHING: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Milli Majlis Azerbaijan, Sahiba Gafarova di Baku Azerbaijan pada Rabu waktu tempatan. Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dalam satu kenyataan media pada Khamis, pertemuan ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Senator Datuk Mutang Tagal ke Azerbaijan, di mana beliau mengetuai delegasi Malaysia yang menghadiri “6th World Forum on Intercultural Dialogue” di Baku, Azerbaijan dari 1 hingga 3 Mei 2024. Kenyataan sama memberitahu, kedua-dua pihak telah berbincang untuk meningkatkan lagi kerjasama di dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Dalam pada itu, Datuk Mutang juga meminta kerjasama Sahiba untuk membantu dengan logistik dan pergerakan delegasi Malaysia yang akan mengambil bahagian di dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2024 (COP29) di Azerbaijan selaku tuan rumah pada tahun ini. Sementara itu, Sahiba menyatakan penghargaan beliau untuk penyertaan aktif Malaysia dalam forum tersebut dan menekankan kepentingan memelihara hubungan erat melalui Kumpulan Persahabatan Parlimen yang telah ditubuhkan antara kedua-dua negara. Di samping itu, Datuk Mutang turut menjemput Sahiba untuk melakukan lawatan balas ke Malaysia bagi meningkatkan lagi pemahaman dan kerjasama bersama. Turut hadir, Duta Malaysia ke Azerbaijan Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dan Ahli Dewan Negara Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
PPK Tangani Isu Taraf Kewarganegaraan Daerah Limbang |
LIMBANG: Program Pengoperasian Pasukan Petugas Khas (PPK) telah dilaksanakan bagi menangani masalah penduduk Sarawak yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan di daerah ini. Program anjuran Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UPKS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang, Pejabat Daerah Limbang dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini telah diadakan pada 30 April lepas. Antara kaedah permohonan yang dilaksanakan semasa program adalah pemohon mengisi borang yang telah disediakan bersama penjamin dan disahkan oleh majistret. Selain itu, pemohon juga akan melalui proses temuduga secara bersemuka oleh para petugas JPN. Difahamkan melalui program yang mengambil tempat di Rumah Joshua Asong, Kampung Long Napir, Limbang ini, terdapat lapan pemohon yang terdiri daripada lima orang berbangsa Penan, seorang berbangsa Kelabit dan dua orang berbangsa Iban. Antara kategori permohonan ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, belum ditentukan status pemegang sijil lahir Sarawak dan pendaftaran lewat. Dalam pada itu, kerjasama baik yang diberikan masyarakat setempat dapat memudahkan pelaksanaan program ini sekaligus merapatkan lagi hubungan baik dalam kalangan agensi kerajaan bersama penduduk tempatan. Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Limbang Marie Cotilla Louise @ Rozita Kulai serta pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Rangka Kerja Kawal Selia Diperlukan Untuk Pengamal Media & Wartawan 'Netizen' |
KUCHING: Rangka Kerja Kawal Selia amat diperlukan bagi mengawal selia pengamal media terutamanya golongan wartawan ‘netizen’ di Sarawak. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasakan perlu adanya satu rangka kawal selia bagi mengelakkan berlakunya penyaluran maklumat yang tidak sahih. “Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi juga bertanya untuk memastikan satu rangka kerja kawal selia dilakukan bagi pengamal media di Sarawak dari segi etika dan sebagainya. “Hal ini disebabkan kehadiran wartawan-wartawan yang tidak rasmi dengan penyaluran maklumat yang benar atau tidak haruslah ada peraturan untuk mengawal semua ini, maka beliau akan mengkaji sendiri undang-undang untuk perkara tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. Tambah Datuk Abdullah, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sebagai peguam memahami kepentingan undang-undang bagi mengawal selia wartawan-wartawan ‘netizen’ yang boleh membawa kebaikan dan keburukannya tersendiri. Selain itu katanya, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi juga menasihatkan warga media untuk meningkatkan kepakaran mereka agar mengelakkan kekeliruan berlaku terutamanya melibatkan perkara-perkara teknikal. “Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menggalakkan untuk mengadakan program-program mengenai inisiatif kerajaan terkini seperti sesi dialog bersama kementerian di Sarawak supaya warga media faham setiap polisi yang dibuat kerajaan,” jelasnya. Dalam pada itu, Datuk Abdullah memberitahu, buku-buku penulisan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi juga akan dipamerkan ketika Hari Wartawan Nasional (HAWANA) kelak. Ujarnya, buku-buku penulisan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi mempunyai maklumat mengenai keadaan Sarawak ketika pembentukan Malaysia yang melalui pelbagai cabaran pada ketika itu. Turut hadir, Pengarah UKAS, Samuel Simon, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Ali Suhaili, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Ronnie Teo dan pegawai UKAS yang lain. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Jelajah Sarawak: A Journey To Bring The Sarawak Governor Closer To The Rakyat |
KUCHING: The Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar will embark on a series of tours across the state which aimed at getting closer to the people. Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Corporate Affairs, Information and UKAS), Datuk Abdullah Saidol said that this ‘Jelajah Sarawak’ (tour across Sarawak) will further highlight Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi's compassionate and caring nature towards the rakyat. "Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi has expressed his desire to have this tour, and now, the programme is being planned by us. "We plan to use this tour as a medium to get to know his personality even better," he said. He made these remarks when met by reporters after a courtesy visit to Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi at the Astana Negeri Sarawak, on Thursday. Datuk Abdullah added that the Sarawak Governor has expressed his enthusiasm to visit all parts of Sarawak, especially the interiors. Furthermore, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi, as the Head of State, is committed to maintaining unity among the people of Sarawak comprising of various ethnicities as well as serving as the leader of all ethnicities in Sarawak. Meanwhile, during the courtesy call, Datuk Abdullah also formally invited Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi and his wife, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi to attend the Dinner Reception in conjunction with the National Journalists Day (HAWANA) on May 26, which will also be attended by Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Also present were Director of Sarawak Public Communication Unit (UKAS), Samuel Simon, Chief Executive Officer of Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Ali Suhaili, President of the Kuching Division Journalists Association (KDJA), Ronnie Teo, and Deputy Director of UKAS, Joachim Paggang Jabong. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Toh Puan Fauziah Terima Kunjungan Hormat PPWS |
KUCHING: Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi Negeri PPWS Sesi 2023/2024 Aishah Edris yang bertujuan menjemput Toh Puan Fauziah selaku Penaung PPWS untuk hadir ke Jamuan ‘Hi-Tea’ di Dewan Sri Mahligai di Jalan Crook Shank sempena Sambutan Hari PPWS pada 5 Mei depan. Dalam pada itu, mengulas mengenai aktiviti bersama Toh Puan Fauziah pada masa depan, Aishah memberitahu, PPWS akan berbincang dengan pihak Toh Puan bagi penganjuran program-program yang boleh dianjurkan bersama. Tambahnya, aktiviti bersama PPWS boleh digunakan untuk berjumpa dengan ahli-ahli lain di seluruh Sarawak di samping menjadi tenaga kerja tambahan untuk penganjuran program melibatkan Toh Puan Fauziah. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya2381238223832384238523862387238823892390SeterusnyaTerakhir |