Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
UiTM Cawangan Sarawak Serius Mempromosikan STEM |
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak serius dalam usaha mempromosikan pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) khususnya kepada pelajar sekolah di negeri ini. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Ts. Dr Mohammad Isa Mohamadin berkata, perkara tersebut penting kerana universiti perlu memainkan peranan dalam menarik minat pelajar untuk menceburi bidang tersebut. Menurutnya, ke arah itu Sudut STEM di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Samarahan 2 atau STEM@PTAR diwujudkan sebagai inovasi sosial untuk pusat sehenti bagi rujukan dan pameran kepada sekolah atau mana-mana pihak luar UiTM yang berminat dengan program berasaskan STEM. “Kita menyedari bahawa banyak sekolah yang memerlukan bantuan kita dalam hal ini, namun kita tidak mampu membantu semua dalam masa yang singkat susulan kekangan masa dan sebagainya. “Justeru, disebabkan itu juga kita mewujudkan Sudut STEM ini agar dapat memudahkan para pelajar sekolah atau pihak luar datang mengadakan lawatan ke sini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran STEM@PTAR UiTMCS 2024 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Samarahan 2, di sini pada Rabu. Tambahnya, para pengunjung terutamanya pelajar-pelajar sekolah boleh diberi lebih pendedahan kepada aktiviti-aktiviti makmal secara praktikal. Beliau juga berharap agar STEM@PTAR akan menyumbang kepada kesinambungan aktiviti-aktiviti STEM bersama pihak sekolah di sekitar Kuching dan Samarahan. “Kami percaya bahawa ini akan dicapai dengan sokongan dan libat sama pihak Pejabat Pendidikan, pihak sekolah-sekolah dan masyarakat setempat. “Saya juga mencadangkan agar jawatankuasa melihat usaha untuk mewujudkan makmal bergerak khususnya ke kawasan luar bandar supaya pendedahan dapat diberikan kepada pelajar secara menyeluruh. “Kita pergi ke lokasi menggunakan bas, van dan sebagainya dan boleh dilaksanakan pada waktu lapang atau cuti. Kita usaha sebaik mungkin kerana kalau tidak dapat buat semua, kita jangan tinggalkan semua,” tegasnya. Hadir sama, wakil Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Johan Safri serta wakil dari sembilan buah sekolah dari kawasan Kuching, Asajaya dan Kota Samarahan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sesi Raptai Penuh Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau Berjalan Lancar |
SEBUYAU: Sesi raptai bagi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau yang akan berlangsung di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu depan berjalan lancar hari ini. Program tersebut akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang. Sesi raptai ini diadakan bagi memastikan segala aspek penganjuran program berjalan lancar seperti yang dirancang. Raptai yang berlangsung pada jam 4.30 petang itu turut melibatkan beberapa agensi tempatan yang bersama membantu dalam menjayakan penganjuran berkenaan. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan kelak seperti persembahan silat, hadrah malah persiapan dari sudut teknikal, pencahayaan dan susun atur muzik untuk persembahan hiburan dilakukan sebaiknya bagi melancarkan perjalanan acara berjalan lancar. Sehubungan itu, penduduk di sekitar Derah Sebuyau, Simunjan dan Samarahan dijemput untuk memeriahkan program tersebut. Hadir sama ke majlis raptai itu ialah Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Tambah Baik Jalan Ladang Kampung Sui Siap Sepenuhnya |
KOTA SAMARAHAN: Penduduk Kampung Sui di sini menarik nafas lega apabila kerja-kerja menambah baik jalan Ladang Sui 3 dan Ladang Sui 6 melalui Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) telah siap sepenuhnya. Penyerahan tapak siap projek telah disampaikan oleh pihak kontraktor kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato' Idris Buang pada Rabu. Menurut Dato' Idris, projek tersebut melibatkan jarak sepanjang 1.5 kilometer dengan kos perbelanjaan sebanyak RM422,521.85. Katanya lagi, pelaksanaan projek itu dijangka mampu meningkatkan aktiviti pertanian di kawasan terbabit sekali gus mampu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat. Projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Samarahan tersebut telah bermula 27 Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada 28 Mac lalu. Hadir sama, Pemangku Pegawai Khas IRSDA Suhaili Mohamed, Pemangku Pegawai Daerah Kota Samarahan Jerry Zannuddin Bidin dan Jurutera DID Bahagian Kota Samarahan Tang Jun Sheng. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Leads By Example In Combating Global Climate Challenges |
The Sarawak Premier speaks in a dialogue session at the Central European Hydrogen Technology Forum. Photo Credit: TVS POZNAN: As the world faces pressing environmental threats, Sarawak continues to lead by example in implementing proactive strategies to combat global climate challenges. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said, the state is leading the charge by embracing sustainable technologies and comprehensive green policies. “As we observed, 2023 was the hottest period in human history. Under the Paris Agreement, capping temperature rise below 1.5 degrees Celsius is vital yet challenging. “After the COVID-19 pandemic, we launched the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030, focusing heavily on environmental sustainability,” he said in a news report by TVS. Datuk Patinggi Abang Zohari spoke in a dialogue session at the Central European Hydrogen Technology Forum here, on Thursday. The Sarawak Premier was sharing on the state’s perspective and its experience in energy transition, renewable energy security, decarbonisation, and environmental sustainability. He also spoke of Sarawak’s extensive efforts to protect and enhance its natural landscapes. Being a part of Borneo, he explained that Sarawak is also serious in carrying out the restoration efforts of rainforests. “Presently, forests cover 62 per cent of our state, contributing to 52 per cent of Malaysia’s forest area,” he stated. Datuk Patinggi Abang Zohari further highlighted Sarawak’s reforestation initiatives and the promotion of planted forests to boost the quality of the environment, aligning with global standards. The commitment extends to increasing forest coverage and promoting planted forests which is integral to the state’s digital and green economy roadmap, he added. Meanwhile, the discussion also covered strategic moves implemented by the state in the hydrogen sector. According to the Sarawak Premier, strong and sustainable energy sources are essential for hydrogen production. In this regard, the state is fortunate to have a mix of hydro, solar, and biomass sources, he said. "This diversity allows us to produce affordable hydrogen, which is crucial as we embark on our roadmap to introduce hydrogen as a major power source," he added. Highlighting the global significance of these efforts, he continued, climate change is a serious concern, and Sarawak is using its assets to contribute to this global issue. He also hopes to inspire and collaborate with other regions, fostering practices that benefit the global community. Also present were Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Sarawak State Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ambassador of Malaysia to Poland, Dato’ Chitra Devi Ramiah, Permanent Secretary to the Sarawak Ministry of Energy and Environmental Sustainability, Abang Ahmad Abang Morni, and Marshal of the Wielkopolska Region, Marek Wozniak. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Premier Sarawak Ketengah Komitmen Terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui & Penyahkarbonan |
POZNAN: Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah yang berlangsung di Poznan di sini menyaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengetengahkan komitmen Sarawak terhadap tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan. Premier Sarawak dalam laporan TVS dipetik sebagai berkata, beliau membincangkan inisiatif dan rancangan Sarawak dalam meningkatkan sekuriti tenaga dan kelestarian alam sekitar serta berkongsi pandangan mendalam mengenai strategi proaktif Sarawak dalam memerangi cabaran iklim global. "Tahun 2023 disenaraikan tahun paling panas dalam sejarah, di bawah Perjanjian Paris, had suhu meningkat di bawah 1.5 darjah celsius adalah penting namun mencabar. "Selepas pandemik COVID-19 melanda, kerajaan Sarawak telah melancarkan Strategi Pembangunan Pasca-Covid (PCDS) 2030 yang turut memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar," katanya dalam laporan TVS. Dalam pada itu, Premier Sarawak memberitahu, Sarawak bernasib baik kerana dianugerahkan dengan kekayaan sumber iaitu gabungan tenaga hidro, solar dan biojisim. "Kepelbagaian sumber tenaga ini membolehkan Sarawak mampu menghasilkan hidrogen mampu milik, malah kerajaan negeri telah memulakan pelan hala tuju untuk memperkenalkan hidrogen sebagai sumber kuasa utama," ujarnya. Hadir sama mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Duta Besar Malaysia ke Poland Dato' Chitra Devi Ramiah dan Marshall Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Jenazah Mendiang Joanna Selamat Tiba Di Pangkalan Udara Kuching |
KUCHING: Jenazah mangsa nahas insiden dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 11.54 malam tadi menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lebih memilukan, cuaca hujan lebat juga seakan-akan turut bersedih dengan ketibaan jenazah mendiang Joanna. Jenazah mendiang Joanna telah disambut oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus serta ahli-ahli keluarga terdekatnya. Sebelum dibawa pulang ke Kuching, jenazah mendiang telah selesai melalui prosedur bedah siasat pada jam 2.20 petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak. Seterusnya, jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian sebelum upacara pengebumian pada 25 April ini pada jam 9 pagi di Tanah Perkuburan Kristian berdekatan kampung itu. Mendiang Joanna yang berusia 26 tahun merupakan anak kelahiran Kampung Sumpas Tampek, Serian merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan yang telah menaiki salah sebuah helikopter yang terhempas bersama enam lagi mangsa. Pada Selasa, Malaysia digemparkan dengan nahas malang itu apabila dua helikopter milik TLDM telah bertembung dan terhempas sewaktu melakukan latihan udara sempena Sambutan Hari Ulang tahun TLDM ke-90 yang menyebabkan 10 mangsa terkorban di tempat kejadian. Kesemua 10 mangsa nahas yang terkorban adalah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Leftenan Sivasutan Thanjappan, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar termasuk Joanna.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Niang Joanna Udah Dibai Pulai |
KUCHING: Niang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna udah dibai pulai, datai ba Pangkalan Udara Kuching pukul 11.54 malam tadi ngena bilun C130 enggi Soldadu Langit Diraja Malaysia (TUDM). Niang siku ari sida ti bebadi ba penusah dua buah helikopter belantak ba Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak. Penatai tubuh niang diambat Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Kandang Menua Sarawak Datuk Martin Ben, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus sereta bala niang sebilik. Niang nangkan nya dibai ngagai menua iya di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian sebedau dianjung, 25 April, pukul 9 pagi ba Pendam Kristian menua nya. Niang Joanna beumur 26 taun peranak asal Kampung Sumpas Tampek, Serian, siku raban Soldadu Tasik Diraja Malaysia (TLDM) bebadi maya ngena sebuah helikopter enggau enam iku bala ke bukai. Kena Hari Dua tu tadi, penusah bebadi dua buah helikopter enggi TLDM nya belantak maya belatih beserimbai Pengerami Nyambut Penumbuh TLDM ke-19 ti ngujungka 10 iku sida bebadi. Semua sida tu iya nya Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Leftenan Sivasutan Thanjappan, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar enggau niang Joanna.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
砂拉越总理致力于可再生能源和脱碳的承诺 |
波兹南:砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士在波兹南举行的中欧氢能技术论坛上,着重强调砂拉越对可再生能源和脱碳的承诺。 根据砂拉越电视台(TVS)报道指出,砂总理就砂拉越在改善能源安全和环境可持续性方面的举措和计划进行讨论,并分享砂拉越应对全球气候挑战的积极战略的深入看法。 “2023年被列为历史上最热的一年,在《巴黎协定》下,将气温升高限制在1.5摄氏度以下很重要,但也具有挑战性。在冠病大流行爆发后,砂拉越政府推出了2030年后冠病发展策略(PCDS 2030),有关策略也侧重于环境可持续性。” 同时,砂总理也坦言,砂拉越很幸运地拥有丰富的资源,如水能、太阳能和生物质能。 “这种能源的多样性使砂拉越能够生产负担得起的氢气,而砂政府甚至已经开始制定路线图,将氢气作为主要电力来源。” 随行人员包括砂副总理拿督阿玛阿旺登雅、砂政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基、马来西亚驻波兰大使拿督吉特拉德威以及大波兰省省长马雷克沃兹尼亚克。-UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
Premier Sarawak Mandang Pemeras Ngatur Kuasa Ulih Dikena Baru |
POZNAN: Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah ke diatur di Poznan ditu mandangka Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bekunsika pemeras Sarawak ba pekara bekaul kuasa ulih dikena baru enggau karbon. Premier Sarawak ba ripot TVS bisi madahka iya ba program nya berandauka inisiatif enggau langgur Sarawak ke deka nyungkakka pengelikun kuasa enggau pemeruan rampa menua kelimpah bisi madah enggau nyemetak bekaul pelin proaktif Sarawak dikena napi penanggul klimet global. "Taun 2023 diripotka pemadu angat ba sejarah, ba Sempekat Paris, tikas pengangat manggai ba baruh 1.5 degrees celsius besai reti tang mai penguji. "Udah pandemik COVID-19 ngelekai, perintah Sarawak numbuhka Pelin Pemansang Udah COVID-19 (PCDS) 2030 ti bela ngemeratka pemeruan rampa menua," pia ku iya. Maya nya iya mega madahka Sarawak benasit manah laban bisi pengaya ba pengereja asal baka kuasa hidro, solar enggau biojisim. "Ketegal nya Sarawak nadai penanggul ngasilka hidrogen alai perintah nengeri mega udah berengkah ngepunka langgur deka ngena hidrogen nyadi batang pun penatai kuasa," ku iya nerang. Bela nyempulang penatai iya maya nya Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Sekretari Perintah Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Duta Besai Malaysia ke Poland Dato' Chitra Devi Ramiah enggau Marshall Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sidang Media Khas Diadakan Berkenaan Cadangan Pertukaran Nama DUN Sarawak Tanpa Perkataan Negeri |
KUCHING: Satu sidang media khas akan diadakan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bermula 6 Mei depan bagi menjawab cadangan pertukaran nama DUN tanpa perkataan negeri. Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, beliau hanya akan memperjelaskan perkara itu dalam sidang media khas berkenaan kelak. "Siapa yang cakap? Nanti tanya soalan ini pada sidang media khas DUN dan saya akan jawab. Mungkin ia hanyalah perubahan kecil. "Jika saya beri kenyataan sekarang ia akan menjadi kelam kabut. Apa jua yang ditanya nanti saya akan jawab," katanya ketika ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Petronas di Hilton Kuching pada malam Rabu. Dalam pada itu, beliau turut enggan mengulas lanjut dan menyatakan akan mengadakan satu sidang media khas berhubung perkara tersebut selepas Hari Buruh (1 Mei) ini. Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, adalah wajar perkataan 'negeri' ditiadakan bila merujuk kepada DUN iaitu DUN negeri ditukar kepada Dewan Undangan Sarawak. Jelas Datuk Sharifah Hasidah, ini sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana Sarawak kini sebuah wilayah, bukan negeri dan pentadbiran juga perlu dikenali sebagai 'kerajaan Sarawak' bukan 'kerajaan negeri Sarawak. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya2261226222632264226522662267226822692270SeterusnyaTerakhir |