Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Cabaran Veteran Kota Samarahan 2025 Meriah, Regu Pestas A Juara Sulung |
KOTA SAMARAHAN: Sukan sepak takraw terus membuktikan pesonanya merentas usia apabila Kejohanan Sepak Takraw Cabaran Veteran Kota Samarahan 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan saingan sengit. Kejohanan sulung anjuran Kelab Sepak Takraw Taman Samarindah (STC) dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA) itu berjaya menghimpunkan 16 regu veteran dari seluruh Sarawak pada 24 dan berakhir pada hari ini bertempat di Dewan Perpaduan Taman Samarindah, Kota Samarahan. Regu Pestas A dari Sibu muncul juara selepas menewaskan regu Kastam dalam perlawanan akhir. Regu Kastam yang dibarisi nama-nama besar bekas pemain Sarawak seperti Mat Long, Rudy, Ajit dan Daim gagal menyaingi kekuatan regu muda veteran dari Sibu yang turut menampilkan tekong sensasi, Ahim. Tempat ketiga bersama disandang oleh regu Golden Age dari Kuching dan Mypham Veteran dari Bintulu. Juara membawa pulang piala, pingat dan wang tunai RM1,500 manakala naib juara menerima piala, pingat dan wang tunai RM800. Kedua-dua regu tempat ketiga masing-masing menerima piala, pingat dan wang tunai RM350. Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA), Mohammad Nizam Wang yang juga Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak menyempurnakan penyampaian hadiah. Beliau turut menyampaikan anugerah khas kepada Keron Mat, 64 tahun sebagai pemain paling berusia dalam kejohanan ini kerana pada usia ini beliau membuktikan usia bukan penghalang untuk terus bersaing di gelanggang. Dalam ucapannya, Mohammad Nizam Wang turut mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk Taman Samarindah atas kemudahan dewan yang serba baik bagi penganjuran pelbagai aktiviti sukan, khususnya sepak takraw. Beliau juga memberitahu bahawa Kota Samarahan telah dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 22 Jun ini. Menurut beliau, kejohanan itu akan memberi penekanan kepada penyertaan pemain belia sebagai langkah pendedahan kepada suasana kompetitif di peringkat negeri.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Confident Of Lowering Hydrogen Production Costs |
KUALA LUMPUR: The Sarawak government is confident that the cost of hydrogen production can be reduced to just 10 kilowatt hours per kilogramme (kWh/kg) compared to the current 30 kWh/kg. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said this can be achieved through collaboration with the famous German energy company, Siemens Energy in the Sarawak Government's efforts to produce hydrogen more efficiently and save energy. “There is potential for this cost to be further reduced. With the ongoing collaboration with Siemens, we are targeting an energy consumption of around 10 kWh per kilogramme of hydrogen. “What I am saying here is that we are moving towards clean hydrogen,” he said when speaking at the ASEAN Sustainability and Digitalisation Leadership session in conjunction with the ASEAN Women’s Economic Summit (AWES) here on Sunday. Datuk Patinggi Abang Zohari added that through research collaboration with the PETRONAS Research Division and a Japanese company, Sarawak has successfully reduced the energy consumption for hydrogen production from 60 kWh/kg to 30 kWh/kg using new membrane technology. “This research not only saves energy, but also helps Sarawak to meet environmental, social and governance (ESG) standards,” he explained. He stressed that the development of this clean energy will be an important contribution of Sarawak and Malaysia towards creating a more sustainable and eco-friendly world. Earlier, the Premier of Sarawak also visited the AWES 2025 exhibition with other invited guests. Also present were Malaysia’s Deputy Minister of Economy, Datuk Hanifah Hajar Taib; Deputy Sarawak Secretary (Economic Planning and Development), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Secretary-General of Investment, Trade and Industry, Dato Hairil Yahri Yaacob; Founder of Women Leadership Foundation, Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir; AWES 2025 Chairwoman and Founder of Women Leadership Foundation, Datuk (Dr) Hafsah Hashim; OUB Malaysia Chief Executive Officer, Ng Wei Wei and other invited guests.-UKASnews |
View |
|
news |
Projek MADANI Kelaman Khazanah Seni Lahanan Pelihara Warisan Budaya Tempatan |
BELAGA: Pelaksanaan Projek MADANI Kelaman Khazanah Seni Lahanan dan Laluan Pejalan Kaki di Uma Lahanan, Sungai Asap, Belaga merupakan inisiatif pembangunan berteraskan warisan budaya tempatan yang memberi penekanan kepada nilai seni dan identiti suku kaum Lahanan. Timbalan Menteri Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, pelaksanaan projek ini bukan sahaja mengangkat elemen seni ukiran dan simbolik budaya Lahanan, malah menzahirkan nilai murni masyarakat tersebut sebagai satu khazanah negara yang wajar dipelihara dan dimartabatkan. “Pendekatan ini adalah sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kemampanan, budaya, dan kesejahteraan bersama,” katanya berucap semasa merasmikan projek itu di Uma Lahanan, Sg. Asap, Belaga pada Sabtu. Tumpuan utama projek ialah pembinaan ‘kelaman’, iaitu ruang tradisional yang berperanan sebagai pusat pertemuan, perbincangan serta aktiviti kemasyarakatan komuniti. Dalam konteks kepercayaan Bungan yang diamalkan oleh masyarakat Lahanan pada zaman dahulu, ‘kelaman’ turut membawa makna spiritual yang mendalam sebagai tempat memelihara hubungan antara manusia, alam semula jadi dan roh nenek moyang. Dalam ucapannya lagi, Datuk Wilson Ugak turut memperkenalkan fungsi dan peranan Kementerian Digital Malaysia, sebuah kementerian baharu yang bertanggungjawab memperkasa pembangunan dan inklusiviti digital di seluruh negara. Sebagai tanda sokongan, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi kerja-kerja merata tapak rumah baharu, RM20,000 kepada Persatuan Lahanan Sarawak untuk menyertai Perarakan Hari Gawai Dayak 2025 yang dijadual berlangsung di Kuching pada 21 Jun 2025 dan RM50,000 kepada Biro Wanita Uma Lahanan. Dalam pada itu, Ketua Kaum Uma Lahanan, MU Lajang Nyipa dalam ucapan aluannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Datuk Wilson Ugak untuk hadir ke majlis bersejarah tersebut. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Lahanan dan dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk; Datin Leyta Kupa; Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap, Adilla Talu; Pemanca Umek Jeno; ketua-ketua masyarakat tempatan serta tetamu lain. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pelihara Keharmonian Kaum Yang Menjadi Asas Kekuatan Sarawak |
LUNDU: Orang ramai diseru untuk terus memelihara keharmonian antara kaum dalam komuniti yang sekian lama telah menjadi tunjang kekuatan di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, sambutan seumpama Pra Gawai merupakan platform penting bagi menyatukan semua lapisan masyarakat kampung serta memperkukuh semangat kekitaan tanpa mengira latar belakang. “Sambutan seperti ini mampu mempererat silaturahim, menyemai semangat perpaduan, dan mengekalkan keharmonian antara kaum yang menjadi kekuatan utama negeri Sarawak,” ujarnya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Pra Gawai yang diadakan serentak di Kampung Sebako, pada Sabtu. Dalam kesempatan itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para ibu dan guru atas pengorbanan dan jasa mereka dalam mendidik serta membentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak. “Tanpa bimbingan dan kasih sayang seorang ibu serta dedikasi seorang guru, kejayaan dalam hidup adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai,” katanya lagi. Tambah beliau, peranan guru sangat besar dalam mencorak masa depan negara kerana mereka tidak pernah mengenal penat dalam mencurahkan ilmu serta membentuk sahsiah anak-anak. Dalam majlis yang sama, Billy turut menyerahkan bantuan berupa bakul makanan kepada 39 orang penerima, terdiri daripada warga emas berumur 65 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan. Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Niponi Undek; Penghulu Wang Ering; dan Ketua Kaum Kampung Sebako 2, Normin Sujang. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
RM530,000 Disalurkan untuk Pembangunan Infrastruktur dan Komuniti di Kampung Sikog |
PADAWAN: Sebanyak RM530,000 telah diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur dan komuniti di Kampung Sikog sebagai usaha memperkasakan pembangunan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 disalurkan bagi pelaksanaan fasa kedua pembinaan jalan baharu ke kawasan air terjun Baan Gong melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Menurut beliau, perancangan turut sedang dijalankan untuk membangunkan sektor pertanian dan pelancongan sebagai pemangkin ekonomi tempatan yang mampan. Selain itu, Datuk Dr Jerip turut mengumumkan peruntukan RM30,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sikog bagi menyokong aktiviti kemasyarakatan serta pembangunan komuniti. Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam membawa kemajuan ke kawasan berkenaan, termasuk pelaksanaan projek pemasangan tiang lampu jalan, pembaikan jalan raya, dan penambahbaikan sistem perparitan. Beliau turut mengiktiraf peranan penting Sekolah Kebangsaan St. Augustine dalam bidang pendidikan serta kerjasama erat yang terjalin antara pihak sekolah dan JKKK kampung, menjadikan institusi tersebut antara yang cemerlang di kawasan Mambong. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong; Penghulu Kawasan Mambong, Sitang Dolik Sembong; serta Ketua Wanita PBB Cawangan Mambong, Kasean Nena. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
11 pelajar DUN Tasik Biru terima insentif pendidikan RM3,900 |
BAU: Seramai 11 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru yang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Sarjana Muda telah menerima insentif pendidikan berjumlah RM3,900 sebagai galakan dan sokongan permulaan pengajian. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, insentif ‘one-off’ itu merupakan wang saku kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta dalam pelbagai bidang pengkhususan. “Insentif ini diharap dapat membantu pelajar mengurangkan beban awal ketika memulakan pengajian dan menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya,” katanya ketika ditemui media semasa program penyerahan sumbangan. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan menyambut Gawai Dayak supaya berwaspada, terutamanya mereka yang menggunakan pengangkutan air, agar memakai jaket keselamatan dan tidak membawa penumpang melebihi kapasiti bot atau perahu. Dato Henry juga mengingatkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo agar berhati-hati, khususnya apabila menghampiri kawasan pusingan P, kerana terdapat kenderaan yang kerap bergerak perlahan di laluan kanan. Terdahulu, beliau turut menghadiri Program Jualan Rahmah Madani Bergerak dan menyempurnakan penyerahan bakul makanan kepada 120 penerima dari 15 kampung sekitar kawasan Singai. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pasukan YOKCAII Project Team Muncul Juara Futsal Piala Dato Sri Roland Sagah |
SIBURAN: Pasukan YOKCAII Project Team telah muncul sebagai johan dalam pertandingan akhir Futsal Terbuka Lelaki Piala Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Sinjok Siburan pada Sabtu. Perlawanan Futsal Terbuka Lelaki ini telah dianjurakan oleh Biro Sukan Sinjok Tijirak (BSST), Siburan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn sendiri telah hadir menyaksikan perlawanan akhir di antara Pasukan YOKCAII Project Team dan Pasukan SSS Team sekaligus merasmikan Gelanggang Futsal Kampung Sinjok yang telah siap dibina. Pertandingan ini bukan hanya terbuka kepada belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat sahaja, malah menarik minat belia dari luar kawasan Tarat untuk turut serta. Difahamkan, sebanyak 22 pasukan telah turut serta bagi merebut piala pusingan Dato Sri Roland Sagah ini. Naib johan bagi pertandingan akhir Futsal ini ialah Pasukan SSS Team, dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Pasukan MEITD dan Pasukan KHS FT. Bagi tempat pertama, hadiahnya berupa wang tunai berjumlah RM1,500 dan medal berserta piala manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM800 dan RM400 beserta piala dan medal. Bagi Penjaga Gol Terbaik pula dimenangi oleh Penjaga gol Yokcaii Project Team, Muhammad Syahlan Roslan manakala bagi Pemain Terbaik dimenangi pemain dari YOKCAII Project Team, Asrof Hanapiah Ahmad Untuk rekod, Pertandingan Futsal Wanita Piala Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah berlangsung pada September tahun lepas di Gelanggang Futsal Kampung Peraya, Siburan. Hadir sama, Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Agrofest Serian Tarik 12,000 Pengunjung |
SERIAN: Penganjuran Agrofest Serian 2025 selama tiga hari di Dataran Mutiara, Tebedu, mencatat kejayaan luar jangka apabila menarik lebih 12,000 pengunjung, sekali gus melepasi sasaran awal 4,000 orang. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben, berkata festival julung kali itu turut berjaya menjana pendapatan hasil jualan berjumlah RM195,000 setakat jam 11 pagi Ahad. Menurut beliau, kejayaan penganjuran kali ini menunjukkan minat dan sokongan tinggi masyarakat terhadap pembangunan sektor agromakanan dan keusahawanan luar bandar. “Mini Agrofest seterusnya akan diadakan di Selangau, manakala Agrofest Peringkat Negeri Sarawak dijadual berlangsung di Bintulu pada Ogos ini,” katanya. Tambah beliau, Kementerian (MFICORD) juga merancang untuk menjadikan Bintulu sebagai lokasi tetap penganjuran Agrofest, yang bakal dinaik taraf setanding dengan pameran pertanian bertaraf nasional seperti MAHA. Turut hadir dalam majlis penutupan ialah ADUN Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada; Timbalan Residen Bahagian Serian, Abdul Khalid Manap; Pegawai Daerah Tebedu, Gerard George Entigar dan Pegawai Pertanian Bahagian Serian, Willie Peter. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
150 Peserta Meriahkan Kejohanan Pickleball ADUN Backbencher |
KUCHING: Seramai 150 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) serta kakitangan kerajaan telah memeriahkan Kejohanan Pickleball Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Backbencher yang berlangsung sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Penyertaan besar-besaran daripada pelbagai lapisan ini menyerlahkan semangat kesukanan dan perpaduan yang menjadi teras penganjuran kejohanan tersebut. Pengerusi penyelaras kejohanan yang juga ADUN Tellian, Royston Valentine berkata, kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan sukan pickleball yang kian mendapat tempat, tetapi juga sebagai wadah mengeratkan hubungan antara pemimpin dan warga kerja kerajaan. “Kita amat berbesar hati menerima penyertaan yang begitu menggalakkan, termasuk daripada ADUN, Ahli SABATI dan kakitangan agensi kerajaan. Ini membuktikan sukan boleh menjadi jambatan yang menyatukan semua golongan dalam suasana yang sihat dan harmoni,” ujarnya ketika berucap dalam kejohanan berkenaan pada Sabtu. Sebanyak 100 peserta lelaki dan 54 peserta wanita telah bertanding dalam beberapa kategori untuk merebut hadiah yang ditawarkan di mana acara ini juga mendapat sokongan padu daripada Persatuan Pickleball Kuching selaku rakan pelaksana kejohanan. Royston turut menekankan bahawa pickleball merupakan sukan yang mudah diceburi, sekaligus sesuai untuk diperkenalkan secara lebih meluas kepada masyarakat, termasuk warga kerja kerajaan. Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; ADUN Tanjung Batu, Johny Pang Leong Ming; ADUN Jepak, Iskandar Bin Turkee; Setiausaha-Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak; dan Ketua-ketua Jabatan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Dato’ Idris Buang Tinjau Isu Gangguan Bekalan Air Di Kampung Sungai Mata & Tanjung Parang |
KOTA SAMARAHAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato Idris Buang turun padang ke Kampung Sungai Mata dan Kampung Tanjung Parang bagi meninjau secara langsung situasi gangguan bekalan air yang berlarutan di kawasan terbabit. Dalam lawatan yang diadakan pada Ahad, beliau memberi penerangan kepada penduduk mengenai punca gangguan serta langkah-langkah penambahbaikan yang sedang dan akan diambil oleh pihak berkaitan. Menurut Dato’ Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, antara faktor utama gangguan bekalan air adalah tekanan air yang rendah serta kemungkinan kebocoran paip yang sukar dikesan, sekali gus menjejaskan aliran air ke beberapa kediaman penduduk. “Sebagai langkah segera, setiap rumah yang terjejas akan dibekalkan dengan tangki air untuk mengurangkan beban penduduk sementara kerja-kerja pembaikan dilaksanakan,” jelas beliau. Lembaga Air Kuching (KWB) kini giat menjalankan pengesanan kebocoran menggunakan kaedah konvensional dan teknologi moden di samping lapan tangki statik telah ditempatkan di lokasi strategik di Kampung Sungai Mata bagi memastikan bekalan air terus dapat diakses penduduk. Penghantaran air bersih melalui lori tangki turut diteruskan dengan kerjasama Pasukan Tindakan Awal Muara Tuang serta KWB bagi menjamin keperluan asas penduduk. Dato’ Idris turut memaklumkan bahawa kerja penyambungan dan baik pulih paip agihan sedang dilaksanakan untuk meningkatkan tekanan air di kawasan terjejas, dengan projek dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025. Bagi penyelesaian jangka panjang, beliau menjelaskan bahawa terdapat tiga projek utama di bawah program penaiktarafan sistem bekalan air Bahagian Samarahan yang sedang giat dilaksanakan. “Antaranya ialah Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang No. 4 yang kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 6.4 peratus. “Selain itu, pembinaan dua Tangki Aras Tinggi (ALT) di Samarindah dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2025 dan satu lagi projek penting ialah pembinaan paip utama berdiameter 1000 milimeter dari Batu 7 ke Samajaya sehingga ke Tangki Entingan yang bakal meningkatkan kapasiti agihan air ke kawasan terlibat,” jelas beliau. Dalam masa yang sama, kerja baik pulih saluran agihan utama dari Kampung Meranek ke Kampung Tanjung Parang kini dalam proses tender dan dijangka dimulakan pada Ogos 2025. Hadir sama, Ketua Marqas Operasi DUN Muara Tuang, Aziz Mohamad; Penghulu Kampung Sungai Mata Elen Mustapha; dan Ketua Kaum Kampung Sungai Mata, Bujang Daud. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1211121212131214121512161217121812191220NextLast |