Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Peruntukan & Tuntutan Yang Ditunaikan Untuk Sarawak Bukan Kerana Desakan & Ugutan: PM

KUCHING: Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan besar dan menunaikan beberapa tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak bukan hasil desakan atau ugutan, sebaliknya atas prinsip keadilan dan tanggungjawab sebagai pemerintah yang adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang timbul di Semenanjung kononnya beliau telah dipaksa atau diugut untuk memberikan laluan mudah kepada Sarawak demi mempertahankan kuasanya. Menurut beliau, terdapat juga segelintir elit kecil di Sarawak yang menuduh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta barisan kabinet Sarawak, seolah-olah tidak tegas dalam rundingan dengan Kerajaan Persekutuan. “Orang-orang ini membuat tuduhan tanpa melihat kepada fakta dan menyebabkan keresahan terus berlaku,” ujar beliau semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai Peringkat Sarawak 2025, yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pada Ahad. Mengulas lanjut, Dato Seri Anwar menekankan bahawa proses rundingan bukanlah sesuatu yang mudah, namun jika berpegang pada prinsip bahawa semua wilayah mesti maju dan tiada kawasan sama ada di bandar, pinggir bandar, desa atau pedalaman harus dipinggirkan, maka semangat tersebut perlu dihayati tanpa mengira kaum atau negeri. “Sebab itu dalam Belanjawan, saya nyatakan dengan terang keputusan kita untuk menyediakan peruntukan terbesar kepada sahabat kita di Sarawak, juga kepada negeri-negeri miskin di Semenanjung. “Itu bukan kerana ugutan, tetapi kerana tanggungjawab kita sebagai pemerintah yang adil untuk menjamin keselesaan semua,” jelas beliau lagi. Beliau turut menyatakan bahawa tidak wajar mana-mana pihak diberi ruang untuk menyerang kepimpinan Sarawak secara melulu, seolah-olah kerajaan wilayah ini tidak bertegas. Sebaliknya, beliau mengakui bahawa para pemimpin Sarawak sangat tegas dan keras dalam menyuarakan aspirasi rakyat wilayah itu. “Saya tahu benar kerana saya sendiri mengetuai rundingan-rundingan peringkat akhir di mana perkara itu sukar, kerana ‘panglima-panglima’ Sarawak ini keras. “Namun saya faham, mereka membawa suara dan keresahan rakyat yang telah lama berasa terpinggir,” tambah beliau. -EDISI UKAS  

View

news

PETROS, PETRONAS Perlu Bergerak Seiring Demi Martabat Sarawak & Malaysia

KUCHING: Kerjasama erat antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan keperluan strategik bagi menjamin pembangunan sektor minyak dan gas yang adil, inklusif serta mengangkat martabat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan. Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun PETRONAS telah lama bertapak di Sarawak di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74), beliau yakin Sarawak kini telah berkembang dan mampu untuk menguruskan hasil sumber wilayah itu sendiri. “Sekarang Sarawak sudah ada kesedaran dan keupayaan sendiri dan sudah sampai masanya mereka mempelopori serta mengasaskan syarikat mereka sendiri seperti PETROS. Ini kita harus terima,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai Peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pada Ahad. Perdana Menteri menambah, Malaysia hari ini bukan lagi Malaysia pada era 1970-an atau 1980-an di mana golongan muda Sarawak kini mempunyai kelayakan dan pendedahan luas, termasuk pengalaman bekerja di syarikat-syarikat besar seperti PETRONAS dan Shell. Maka jelas beliau, adalah wajar untuk memberi ruang kepada PETROS, khususnya dalam pengurusan dan pengagihan gas di Sarawak. "Kerjasama ini merupakan satu situasi menang-menang meskipun perbincangan mengenainya mengambil masa kerana ia melibatkan struktur asas yang telah lama wujud," ujarnya. Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak mahu negara secara keseluruhan merasa tertekan dan dirugikan dan dalam masa sama tidak mahu rakyat Sarawak merasa tidak dihargai atau dipinggirkan. “Oleh itu, saya dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah memeterai Deklarasi Bersama untuk menegaskan bahawa kemajuan dalam industri minyak dan gas memerlukan peranan bersama PETRONAS untuk Malaysia, dan PETROS untuk Sarawak. “Jika kita menerima hakikat ini, maka kedua-duanya perlu seiring, sepakat untuk mengangkat martabat Sarawak dan negara,” tegas beliau. -EDISI UKAS  

View

news

Semangat Federalisme & Kekeluargaan Kunci Penyelesian Isu Antara Pusat & Sarawak

KUCHING: Pendekatan Kerajaan Persekutuan yang berteraskan semangat federalisme dan kekeluargaan disifatkan sebagai kunci penyelesaian kepada pelbagai isu pembangunan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyifatkan semangat kerjasama erat itu berjaya memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak. Malah menurutnya, ia menjadi asas penting dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif berskala besar yang memberi impak langsung kepada pembangunan negeri dan negara. "Antara pencapaian yang boleh dibanggakan ialah termeterainya Deklarasi Bersama antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), yang membuka laluan kepada penyelesaian beberapa isu strategik berkaitan sumber dan pembangunan tenaga. "Seperti yang saya nyatakan, jika Sarawak maju, Malaysia juga akan maju. Inilah semangat kita dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, termasuk ketegangan politik dunia masa kini," katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai Peringkat Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Ahad. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi dan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah hadir menyerikan majlis penuh warna warni tersebut. Dalam pada itu, Premier Sarawak menjelaskan, Sarawak akan memainkan peranan sebagai hab utama dalam inisiatif grid kuasa ASEAN yang bertujuan memperkukuh jaringan tenaga serantau sekali gus memacukan kedudukan Malaysia dalam sektor tenaga. Katanya, Sarawak dipilih menjadi lokasi pertemuan ASEAN Senior Officials' Meeting on Energy (SOME) membuktikan keyakinan negara serantau terhadap keupayaan negeri itu terutamanya dalam melaksanakan Grid Kuasa ASEAN. "Insya-Allah, dengan bantuan daripada Asian Development Bank (ADB), projek tenaga ini dapat dilaksanakan dan Sarawak akan memainkan peranannya sebagai satu-satunya hab tenaga yang menyerlahkan kedudukan Malaysia dalam ASEAN dari segi ASEAN Grid," katanya. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Majlis Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan dan Sarawak, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Sarawak) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sambutan Majlis Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 Datuk Gerawat Gala, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan, serta kenamaan yang lain. -EDISI UKAS  

View

news

Projek Naik Taraf Chapel St Jude Kampung Petanak Dijangka Siap Julai 2025

MUKAH: Kerja-kerja menaik taraf Chapel St Jude, Kampung Petanak yang telah bermula sejak empat bulan lalu kini berjalan lancar, dengan beberapa komponen penambahbaikan telahpun dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan para jemaah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata projek bernilai RM200,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) itu dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025. “Setakat ini, kerja-kerja naik taraf berjalan lancar. Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan, yang pastinya akan memberikan keselesaan kepada pengguna rumah ibadat ini,” katanya semasa lawatan ke Chapel St Jude bagi meninjau perkembangan semasa projek berkenaan baru-baru ini. Royston dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg atas komitmen berterusan menerusi UNIFOR dalam membantu menambah baik kemudahan rumah-rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri. “Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak sentiasa mengekalkan dasar keterangkuman yang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang bertujuan memastikan tiada komuniti yang tertinggal dalam arus pembangunan negeri,” jelas beliau. Dalam lawatan tersebut, Royston turut menyerahkan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Chapel, Munan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan rumah ibadat itu.-EDISI UKAS

View

news

PETROS, PETRONAS Patut Saum Singkang Ketegal Ngira Sarawak & Malaysia

KUCHING: Kerejasama rat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) enggau Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) nyadi pekara strategik dikena nentu pemansang sektor minyak enggau gas ti meruan, inklusif sereta ngangkat penuduk Sarawak enggau Malaysia. Menteri Besai Dato Seri Anwar Ibrahim madah, taja PETRONAS udah lama ba Sarawak nengah Akta Pemansang Petroleum 1974 (PDA74), iya andal Sarawak diatu udah majak mansang sereta ulih ngatur penatai pengeraja asal diri empu. "Diatu Sarawak udah bisi penemu enggau pengulih, lalu udah maya iya, sida ngatur kompeni diri empu baka PETROS. Tu enda ulih dikeenggai kitai," ku iya. Iya bejaku munyi nya maya Pengerami Makai Lemai Hari Gawai Renggat Sarawak 2025 ditu, Hari Minggu tu tadi. Nambah ke jaku iya, Menteri Besai nya madah, Malaysia diatu ukai baka Malaysia taun 1970-an tauka 80-an suba alai rebak baru Sarawak diatu mayuh ngembuan pengulih enggau penemu nyengkaum kala gawa ba kompeni besai baka PETRONAS enggau Shell. Ku iya, endang patut meri awak ngagai PETROS ngatur pengawa bekaul gas di Sarawak. "Kerejasama tu bela mai pemaik ngagai semua taja randau bekaul endang lama diatur laban bisi pekara besai patut dirunding ke endang udah lama bisi digaga," ku iya madah baru. Iya mega enggai menua enggau rayat berasai enda lantang tauka rugi lalu pia mega enggai meda rayat Sarawak dikemelakangka. "Ketegal nya, aku enggau Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg udah nyain Penerang Begulai bekaul pemansang ba industri minyak enggau gas ti begunaka saup PETRONAS ungkup Malaysia lalu PETROS ungkup Sarawak. "Nya alai, kitai nerima pekara tu, sama saum singkang ngangkat penuduk Sarawak enggau menua," ku iya nyemetak madah. -EDISI UKAS  

View

news

Semangat Federalisme & Diri Sebilik Kunchi Mutar Isu Entara Perintah Besai & Sarawak

KUCHING: Chara Perintah Besai bepelasarka semangat federalisme enggau diri sebilik nyadi kunchi dikena mutar macham isu pemansang entara Perintah Besai enggau Perintah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, semangat kerejasama nya mujur ngenegap kaul enggau pangan diri. Ku iya, kerejasama nyadi pelasar dikena ngatur inisiatif betikas besai ti meri empas ngagai pemansang nengeri enggau menua. "Sebagi ari pemujur ke ulih dikemegah iya nya sempekat Penerang Begulai Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) enggau Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) ti numbuh chara mutar sekeda isu strategik bekaul penatai enggau pemansang kuasa. "Baka ke dipadah aku, enti Sarawak mansang, Malaysia mega deka mansang. Tu mih semangat kitai ba pengeransing napi ekonomi global ke enda tentu, nyengkaum penyarut politik dunya maya hari tu,” ku iya. Iya madah munyi nya maya Pengerami Makai Lemai Ngintu Hari Gawai Renggat Sarawak 2025 ba Palan Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) ditu, Hari Minggu tu tadi. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi enggau Menteri Besai Dato Seri Anwar Ibrahim bela datai ngulu pengerami nya. Berebak enggau nya, Premier Sarawak nerang, Sarawak deka ngesan tanggungpengawa nyadi hab besai ba inisiatif grid kuasa ASEAN ke ngembuan tuju dikena ngenegap rentayan kuasa serantau lalu nyungkak penuduk Malaysia ba sektor kuasa. Ku iya, Sarawak dipilih nyadi palan ngatur pengawa betemu ASEAN Senior Officials' Meeting on Energy (SOME) ti mandangka pengandal menua serantau ke pengulih nengeri tu, lebih agi bekaul Grid Kuasa ASEAN. "Enti nadai penanggul, enggau bantu ari Asian Development Bank (ADB), projek kuasa tu ulih dipejalai lalu Sarawak deka nyadi hab kuasa ti ngangkatka penuduk Malaysia ba ASEAN bekaul ASEAN Grid," ku iya madah baru. Sama datai, Sapit Menteri Besai Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Besai Selangor Dato Seri Amirudin Shari, Sapit Premier Sarawak ke mega Chairman Komiti Besai Pengerami Ngintu Gawai Dayak Renggat Sarawak 2025 Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan enggau Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, raban Menteri Kabinet Perintah Besai enggau Sarawak, Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Pengereja Kasar, Imigresyen enggau Matau Projek Sarawak) ke mega Chairman Komiti Pengatur Pengerami Ngintu Gawai Dayak Renggat Sarawak 2025 Datuk Gerawat Gala, raban Sapit Menteri Kabinet Sarawak, Tuai Opis Perintah sereta pemesai ke bukai. -EDISI UKAS  

View

news

PM Backs Sarawak’s Aspiration To Become Major ASEAN Power Grid Hub

KUCHING: The Sarawak Government’s aspiration to become a key player and major hub for the ASEAN Power Grid initiative has received strong support from Prime Minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim. According to him, the ASEAN Power Grid initiative is currently a central strategy and priority for ASEAN in enhancing regional integration and competitiveness. The Prime Minister also pointed out that this initiative is part of the Kuala Lumpur Declaration on ASEAN 2045 which has been agreed upon by all ASEAN leaders, reflecting a collective commitment towards a more sustainable, inclusive, and interconnected future. “With Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg at the helm, there is no reason why this state cannot be developed as a regional energy powerhouse, a vision that will make both Sarawak and Malaysia proud. “With Sarawak’s abundant resources, particularly gas and hydrogen, we hold significant potential to penetrate energy markets, not only across Sabah and Kalimantan but also reaching as far as southern Philippines,” he said. The Prime Minister was speaking at the 2025 Sarawak-Level Gawai Dayak Celebration Dinner held at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) on Sunday. Also present to grace the event were Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, along with Sarawak Premier, Datuk Patinggi Abang Zohari. In advancing this aspiration, Dato’ Seri Anwar emphasised the need to accelerate key strategic projects, particularly the development of undersea power cable connecting Peninsular Malaysia to Singapore and Batam. Commenting on his upcoming visit to Indonesia this Friday to meet with its President, Prabowo Subianto, the Prime Minister revealed that one of the main topics of discussion will be the ASEAN Power Grid with Sarawak serving as the hub, an initiative set to benefit both nations. “That is why I urge our friends in Peninsular Malaysia, Sabah, and Sarawak to recognise the strength we possess, a strength born out of good relations and unity within the MADANI Unity Government. “The close cooperation between the Federal Government and the Sarawak Government, built upon friendship and mutual respect between the Prime Minister and Premier of Sarawak, not only strengthens national unity but is also key in addressing various shared challenges,” he added. Also present were Deputy Prime Minister, Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Senate President, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Besar of Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, Sarawak Deputy Premier and Chairman of the 2025 Sarawak-Level Gawai Dayak Celebration Main Committee, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Sarawak Deputy Premiers, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Sarawak Legislative Assembly Speaker, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Sarawak Ministers, Deputy Minister in the Sarawak Premier’s Department (Labour, Immigration and Project Monitoring) and Chairman of the 2025 Sarawak-Level Gawai Dayak Celebration Organising Committee, Datuk Gerawat Gala, Sarawak Deputy Ministers, Heads of Departments, and other distinguished guests. -UKASnews  

View

news

联邦主义与家庭精神是解决联邦与砂拉越之间问题的关键

古晋:联邦政府秉持联邦主义和大家庭精神的方针,是解决联邦政府与砂拉越政府之间各种发展问题的关键。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,密切合作的精神成功加强双边关系。 事实上,他说,这种精神已成为实施对砂拉越乃至国家发展具有直接影响的大型举措的重要基础。 “值得骄傲的成就之一,是国油公司(PETRONAS)与砂拉越石油公司(PETROS)签署了联合声明,这为解决与能源资源和发展相关的若干战略性问题铺平了道路。正如我所说,如果砂拉越发展,马来西亚也会发展。这是我们面对全球经济不确定性,包括当前世界政治紧张局势时所秉持的精神。” 他于周日在古晋婆罗洲会展中心(BCCK)举行的2025年砂拉越级达雅节庆典晚宴上,做此表示。 当晚晚宴嘉宾包括砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士和砂元首后杜潘拿督巴丁宜弗兹雅、首相拿督斯里安华等。 此外,砂拉越总理拿督巴丁宜阿邦佐哈里说,砂拉越将在东盟电网计划中扮演重要枢纽角色,该计划旨在加强区域能源网络,从而提升马来西亚在能源领域的地位。 他表示,砂拉越被选为东盟能源高级官员会议(SOME)的举办地,证明了区域国家对砂拉越能力的信心,尤其是在实施东盟电网方面的能力。 “在亚洲开发银行(ADB)的协助下,这个能源项目得以实施,砂拉越将发挥其作为唯一能源中心的作用,凸显马来西亚在东盟电网中的地位。” 出席活动的有副首相拿督巴丁宜阿末扎希博士、上议院主席拿督阿旺比米、雪兰莪州务大臣拿督斯里阿米鲁丁沙里、砂拉越副总理兼2025年砂拉越级达雅节庆典主要委员会主席拿督阿玛道格拉斯、砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅和拿督阿玛沈桂贤医生、砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚、联邦和砂拉越内阁部长、砂拉越总理部副部长(劳工、移民及项目监督)兼2025年砂拉越达雅节庆典筹委会主席拿督格拉瓦加拉,砂拉越内阁副部长,各部门主管及其他政要。- UKAS 刊  

View

news

PETROS 和 PETRONAS 须携手合作,提升砂拉越和马来西亚的地位

古晋:砂拉越石油公司 (PETROS) 和马来西亚国油 公司(PETRONAS) 之间的密切合作,对于确保石油和天然气行业公平、包容发展,并提升砂拉越和整个马来西亚的地位,具有战略意义。 首相拿督斯里安华表示,尽管国油公司早已根据 1974 年石油开发法令(PDA74) 在砂拉越扎根多年,但他相信砂拉越如今已发展壮大,有能力自主管理本身资源的能力。 “如今,砂拉越已有意识和能力,是时候让他们开拓创新及建立本身的公司,如砂拉越石油公司。我们必须接受这一点。” 他于周日在古晋婆罗洲会展中心(BCCK)举行的2025年砂拉越级达雅节庆典晚宴上,发表上述讲话。 首相补充说,如今的马来西亚已不再是上世纪七、八十年代的马来西亚,那时的砂拉越年轻人拥有丰富的资历和经验,包括在国油公司(PETRONAS)和蚬壳公司(Shell)等大型公司工作的经验。 因此,他认为,应该给予砂拉越石油公司(PETROS)发展空间,尤其是在砂拉越的天然气管理和分销方面。 “虽然讨论需要时间,但这项合作是一个双赢的局面,因为它涉及长期存在的基础架构。” 与此同时,他强调,不希望国家整体感到压力或蒙受损失,同时也不希望砂拉越人民感到不被重视或被边缘化。 因此,他与砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士签署了一份联合声明,强调石油和天然气行业的进步需要国油公司(PETRONAS)和砂拉越石油公司(PETROS)共同发挥作用。 “如果我们接受这一事实,那么双方就需要携手并进,共同提升砂拉越和国家的尊严。” - UKAS 刊  

View

news

首相:对砂拉越拨款和诉求回应并非迫于压力和威胁

古晋:联邦政府决定根据1963年大马建国契约(MA63)向砂拉越提供大笔拨款并满足其多项诉求,并非迫于压力或威胁,而是基于公正原则和作为一名对全体马来西亚人民负责任政府的立场。 首相拿督斯里安华驳斥西马半岛出现的指控,称他是被迫或受到威胁,为捍卫自己的权力而向砂拉越让步。 他说,砂拉越也有一小部分精英指责砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士及砂拉越内阁,在与联邦政府的谈判中态度不够坚定。 “这些人罔顾事实,妄加指责,导致骚乱持续。”  他周日于古晋婆罗洲会展中心(BCCK)举行的2025年砂拉越级达雅节庆典晚宴上,做此表示。 拿督斯里安华进一步强调,谈判过程并非易事,但如果我们坚持所有地区都必须发展的原则,无论城市、郊区、农村还是内陆地区,都不应被边缘化,那么无论种族或州属,都必须秉持这一精神。 “正因如此,我在预算案中明确表示,我们将为砂拉越以及半岛的贫困州属提供最大额度的拨款。这并非出于威胁,而是因为我们作为一个公正的政府,有责任确保所有人的安居乐业。” 他还表示,任何政党都不应肆意攻击砂拉越领导层,仿佛这个政府缺乏主见。 相反,他承认,砂拉越领导人在为人民争取权益时非常坚定且强硬。 “我对此深信不疑,因为我亲自领导了最后阶段的谈判,当时谈判非常艰难,因为这些砂拉越’战将们’很强硬。但我理解,他们代表了长期感到被边缘化的人民的声音和不满。”— UKAS 刊

View
FirstPrevious1041104210431044104510461047104810491050NextLast