Service Sarawak Sarikei - Program Productivity Hunt 2026 anjuran Malaysian Productivity Corporation
7 Februari 2026 - Pusat Service Sarawak Sarikei (Gabungan AMRO dari Hospital Saratok) telah menyertai Program PRODUCTIVITY HUNT 2026 anjuran Malaysian Productivity Corporation sempena Majlis Randau Akademi Dalam Industri bertempat di Dewan Suarah Sarikei.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan peserta berfikir secara analitikal,proaktif dan menguji minda dalam kalangan belia. Berlangsung juga Forum Akademi Dalam Industri : Memperkasa Bakat Anak Sarawak, yang mana menggalakkan belia lepasan SPM untuk menyambung pengajian iaitu mengikuti program ADI dan juga menekankan penggunaan Digital dalam kalangan masyarakat Sarawak pada masa kini. Penyerahan MoU di antara MPC dan TEGAS juga telah berlangsung semasa program. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Len Talif Saleh.
Gabungan Pasukan Pusat Service Sarawak Sarikei telah mendapat *JOHAN* untuk aktivity Productivity Hunt.